Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL 2014

Majlis Sambutan Aidilfitri Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur 2014

Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL 2014 – Syawal 1435H telah pun berlalu pergi. Meraikan majlis sambutan Aidilfitri Merdeka tetap penuh dengan kemeriahan bersama keluarga Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) bertempat di Rumah Perantaraan W.P. Kuala Lumpur.

Kemeriahan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL


Pada kesibukan waktu yang dirasakan cepat berlalu, masih berkesempatan untuk berkumpul bersama meraikan Aidilfitri Merdeka. Majlis diraikan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga seluruh warga Parol Kuala Lumpur dan yang berkaitan dengannya. Ia dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh PP Saidun bin Othman selaku Pengarah Parol WPKL dan diteruskan dengan jamuan makan sambil bersantai bersama-sama.

Antara aktiviti yang menambahkan kemeriahan majlis adalah persembahan deklamasi sajak yang menyentuh aspek kesedaran, kerohanian, perpaduan serta semangat untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi rencah kehidupan ini. Selain itu, anak-anak yang hadir turut menerima saguhati ‘duit raya’ pemberian Parol WPKL sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis turut diceriakan dengan aktiviti ‘karaoke’ kepada yang berminat sekadar memeriahkan lagi suasana disamping menonjolkan bakat-bakat yang terpendam.

Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Penyampaian 'duit raya' oleh Timbalan Pengarah Parol WPKL

Ketibaan aku sekeluarga ke majlis ini agak sedikit terlewat dari yang dijadualkan disebabkan keadaan jalan raya yang tidak dijangka. Maklumlah, kesesakan jalan raya di hujung minggu penghujung Syawal sememangnya menjadi ‘trend’. Semakin hujung, semakin rancak sana sini dengan rumah terbuka. Namun, kemeriahan majlis sambutan Aidilfitri keluarga Parol WPKL ini dengan kunjungan ramai dan pelbagai aktiviti santai, menghilangkan kisah tentang kesesakan jalan raya yang telah ditempuhi. 

Suasana Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL


Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Antara yang hadir sedang menjamu selera
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Santai-santai, makan-makan sambil bersembang..
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Rakan yang sedang mendeklamasikan sajak.
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Rakan-rakan yang sedang sibuk memilih lagu
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Pieww... feeling bos.. :) :)
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Boleh tahan suara... :)
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Tidak melepaskan peluang berduet dengan puan mem... peweett.. ;*
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL
Sudahlah... cukup-cukuplah tu bro... :D

Kekeluargaan Parol WPKL Dalam Konteks Komuniti Dan Masyarakat


Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL yang bermula sekitar jam 10 pagi berakhir pada 1 petang. Disebabkan keseronokan berkaraoke dan rancak berbual bersama yang lain menjadikan aku kurang prihatin untuk mengambil gambar-gambar lain ketika majlis sedang berlangsung. Sembang sana, sembang sini, banyak perkara bermanfaat diperolehi. Jika diizinkanNya, banyak juga perkara berkaitan segmen kehidupan yang berlaku di sekeliling kita ingin aku kongsikan nanti. Mudah-mudahan dapat menjadi sebagai wadah kesedaran sosial, iktibar dan tauldan buat kita semua… in shaa Allah.


Artikel yang berkaitan:


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 59
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL 2014
Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Parol WPKL 2014
Majlis Sambutan Aidilfitri Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur 2014
http://3.bp.blogspot.com/-a3Rxi-ZxnRQ/U_ztkNeB8xI/AAAAAAAAHS0/kpmAMGiSGb8/s1600/10641143_896989253649033_4132420487428876869_n.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-a3Rxi-ZxnRQ/U_ztkNeB8xI/AAAAAAAAHS0/kpmAMGiSGb8/s72-c/10641143_896989253649033_4132420487428876869_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/majlis-sambutan-aidilfitri-keluarga.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/majlis-sambutan-aidilfitri-keluarga.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy