Panorama Bandar Pontian Johor

Bandar Pontian Johor, suasana Pontian, gambar bandar Pontian,

Panorama Bandar Pontian Johor – Kepada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki bersiar-siar atau bermastautin di Pontian pasti ada pengalaman tersendiri tentang sebuah bandar yang terletak di penghujung paling selatan tanah air dan tanah besar benua Asia ini. Bandar di tepi laut Selat Melaka dan merupakan salah satu bandar yang sedang pesat membangun di negeri Johor.

Bandar Pontian Johor

Bandar Pontian Johor


Sewaktu kesibukan cuti meraikan Aidilfitri, aku berkesempatan meluangkan waktu tengah hari meronda sekitar bandar Pontian untuk mengabadikan beberapa gambar. Inspirasi ini timbul secara tiba-tiba memandangkan keadaan ketika itu lengang disebabkan cuti. Walaupun aku tidak mempunyai kamera taraf professional ketika bercadang untuk mengambil gambar-gambar tersebut, tetapi ia tetap membuatkan hati aku puas kerana dapat juga merakamkan ekspresi panorama bandar Pontian di blog ini.

Kepada sesiapa mengikuti perkembangan serta kemajuan Bandar Pontian pasti dapat melihat perbezaan yang ada dari dahulu sehingga sekarang. Ia pasti lebih dirasakan kepada mereka yang telah berhijrah keluar disebabkan urusan kehidupan termasuklah aku sendiri. Jika dihayati dari tahun 80an sehingga kini, sememangnya terlalu banyak perubahan yang berlaku sehinggakan ada kawasan yang tidak pernah terfikir akan dimajukan seperti bandar baru di Tambak Pontian, telah pun membangun dengan pesatnya.    

Justeru, aku kongsikan beberapa gambar terkini panorama bandar Pontian yang dirakam pada Aidilfitri 2014 buat tatapan maya. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah daerah Pontian Johor boleh baca di >>> SINI.
  

Panorama Bandar Pontian

Bandar Pontian Johor
Staduim Mini Pontian
Bandar Pontian Johor
Masjid Daerah Pontian
Bandar Pontian Johor, Tepi laut Pontian
Jalan Tepi Laut Pontian... tempat port kami dulu-dulu di waktu petang
Bandar Pontian Johor, tepi laut Pontian
Kawasan beriadah dan bersantai di tepi laut Pontian
Bandar Pontian Johor, Dewan Jubli Intan Pontian
Dewan Jubli Intan, Pontian
Bandar Pontian Johor, Majlis Daerah Pontian, MDP
Pejabat Majlis Daerah Pontian (MDP)
Bandar Pontian Johor
Tempat kami beraksi BMX dan Skateboard dahulu telah dinaiktaraf dan diselenggara dengan baik
Bandar Pontian Johor
Ke Bandar Pontian dari Jalan Tepi Laut, Pontian
Bandar Pontian Johor
Bandar Pontian mengarah ke Batu Pahat
Bandar Pontian Johor, Jalan Bakek Pontian
Bandar Pontian dari arah Kukup dan Johor Bahru
Bandar Pontian Johor
Deretan kedai di Tambak Pontian
Bandar Pontian Johor, Terminal Bas Pontian
Terminal Bas Pontian di kawasan Tambak Pontian
Bandar Pontian Johor
Kawasan Tambak Pontian yang dahulunya adalah kawasan paya bakau dan laut
Tambak Pontian
Kawasan Tambak Pontian yang telah dipulihara dan dinaiktaraf
Panorama Bandar Pontian Johor, Pulau Pisang
Nun di kejauhan kelihatan Pulau Pisang... Port kaki pancing..

Kenangan Aku Dan Bandar Pontian


Bagi aku, bandar Pontian meninggalkan banyak nostalgia pahit manis zaman persekolahan kerana di sinilah kehidupan aku bermula. Aku dilahirkan di Johor Bahru namun dibesarkan di Bandar Pontian sehinggalah berumur 18 tahun, berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1994 dan kini bermastautin di Selangor. Sungguh pun begitu, kenangan bandar Pontian yang terpahat masih tetap utuh dan sentiasa tersemat dekat dihati.

Panorama Bandar Pontian Johor, Khaled Nordin

Sayang sekali, aku tidak dapat lama meneroka Panorama Bandar Pontian Johor untuk diabadikan di blog pada cuti Aidilfitri yang lalu. Tidak berkesempatan bertemu sahabat handai disebabkan jadual masing-masing yang tidak mengizinkan. Ziarah berhari raya di Pontian, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar, masih ada saudara mara yang tidak sempat untuk aku ziarahi juga. Sambil mengukur jalan, terfikir untuk berkongsi panorama menarik tempat-tempat di Johor termasuk negeri-negeri di Malaysia jika berpeluang diwaktu yang lain… in shaa Allah….

COMMENTS

BLOGGER: 94
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Panorama Bandar Pontian Johor
Panorama Bandar Pontian Johor
Bandar Pontian Johor, suasana Pontian, gambar bandar Pontian,
http://4.bp.blogspot.com/-gYL9-3EpjnA/U-YU6CrHuSI/AAAAAAAAHAo/ib7bp-1ntPA/s1600/1907778_887209441293681_7009847655881279718_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-gYL9-3EpjnA/U-YU6CrHuSI/AAAAAAAAHAo/ib7bp-1ntPA/s72-c/1907778_887209441293681_7009847655881279718_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/08/panorama-bandar-pontian-johor.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/08/panorama-bandar-pontian-johor.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy