Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah

Tawaf Haji Dan Umrah, bacaan tawaf, haji, umrah, tawaf haji, tawaf umrah, ibadah haji dan umrah

Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah – Bertamu ke rumah Allah adalah satu anugerah dan pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan. Begitu juga saya yang masih mengingati hampir setiap keadaan yang dilalui sewaktu mengerjakan ibadah haji walaupun telah bertahun-tahun pengalaman itu berlalu. Setiap kali hadirnya musim haji, pasti akan timbul perasaan sayu di hati. Semoga Allah sudi menjemput lagi berserta seluruh keluarga kami menjadi tetamuNya nanti… aamiin.

Tawaf Haji Dan Umrah

Amalan Dan Bacaan Ketika Tawaf


Ingin saya berkongsi sedikt pengetahuan tentang amalan dan bacaan ketika tawaf yang diperolehi sewaktu kursus dan mengerjakan ibadah haji dan umrah satu waktu dahulu. Mudah-mudahan ia menjadi rujukan yang baik buat sesiapa jua... in shaa Allah.

1. Bacaan semasa menunaikan haji dan umrah

Bacaan yang paling penting semasa mengerjakan ibadat haji termasuk umrah adalah talbiyah. Ia dibaca sepanjang perjalanan dari tempat miqat hinggalah masuk ke Masjidilharam. Bacaan talbiyah yang perlu diperbanyakkan sejak berniat ihram adalah seperti berikut;

Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika laka labbaika, innalhamda wannii mata, laka wal mulka, la syarika la.”

Adalah dinasihatkan agar anda merujuk bacaan ini dalam tulisan jawi agar segala sebutan tajwidnya bertepatan.

2. Bacaan ketika memasuki Masjidilharam

Tiada bacaan khusus ketika memasuki Masjidilharam kecuali doa yang biasa kita baca ketika memasuki masjid. Begitu juga halnya ketika melihat Kaabah, tiada doa yang khusus untuk dibaca. Jika ada tertera pada buku panduan haji, ia sekadar garis panduan dan membacanya adalah lebih baik.

3. Mengerjakan tawaf

Melangkah mengerjakan tawaf yang dimulakan di sudut Hajarulaswad. Niat dibaca tanpa perlu berdiri terlalu lama digarisan yang ditandakan dengan lampu hijau bagi mengelakkan kesesakan. Apabila hendak memulakan tawaf di Hajarulaswad kita baca “Bismillahi Allahuakbar.”

4. Bacaan sewaktu tawaf

Tiada bacaan khusus ditetapkan pada pusingan pertama hingga ke7 tawaf. Bacaan yang dianjurkan dalam buku panduan haji hanya garis panduan yang sebaiknya dibaca. Namun berdasarkan pengalaman, kita perlulah terlebih dahulu melatih bacaan yang ditulis dalam buku panduan haji tersebut bagi mengelakkan hilangnya tumpuan sewaktu tawaf. Pernah terjadi dimana ada yang terlupa jumlah tawaf yang telah dilaksanakan akibat cuba menumpukan bacaan pada buku dan keadaan persekitaran yang sesak. Jika tidak mampu untuk membacanya, bacalah apa sahaja bacaan yang baik seperti zikir atau pun doa.

5. Syarat serta bacaan sewaktu tawaf

Apabila sampai di rukun Yamani, bacaanya pula adalah : “Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wakina ‘aza bannar.” Itulah bacaan yang khusus di dalam tawaf. Seterusnya bacalah “Bismillah Allahuakbar,” untuk memulakan pusingan ke2 dan seterusnya.

Tawaf Haji Dan Umrah

Tidak ada zikir atau bacaan khusus semasa tawaf. Kita boleh buat apa sahaja perkara yang baik termasuk berfikir tentang kebesaran Allah, bertafakur, meminta ampun, berdoa, zikir dan membaca surah-surah Al Quran. Perkara yang paling baik adalah membaca doa yang kita sendiri fahami. Doa yang paling afdal adalah yang dibaca dengan bahasa kita sendiri kerana ianya datang terus dari hati.

Amalan Setelah Selesai Tawaf


Berdasarkan penerangan, Rasulullah saw akan pergi ke belakang makam Ibrahim untuk menunaikan solat dua rakaat setelah selesai mengerjakan tawaf. Baginda membaca ayat 125 surah Al Baqarah yang bermaksud “… dan jadikanlah oleh kamu makam Ibrahim sebagai tempat solat.". Aku difahamkan bahawa maksud makam Ibrahim adalah keseluruhan Masjidilharam dan sebaiknya carilah tempat yang tidak sesak meskipun hingga ke tingkat yang teratas.

Setelah selesai, Rasulullah minum air zamzam dan membasahkan kepala untuk menyegarkan kembali badannya. Baginda kembali ke sudut Hajarulaswad dan membaca “Bismillahi Allahuakbar.” Kemudian berpusing menuju ke Safa bagi memulakan Sa’i. Maklumat tentang Sa’i ada saya kongsikan pada artikel lain yang boleh dirujuk di bawah artikel ini.

Pesanan Ketika Mengerjakan Tawaf Sekadar Untuk Peringatan


Sewaktu tawaf adalah dinasihatkan agar bergerak secara berkumpulan terutamanya wanita. Ini adalah bagi mengelakkan dirempuh oleh kumpulan-kumpulan lain terutamanya jemaah Timur Tengah dan Afrika. Pernah terjadi dimana suami tidak berjumpa dengan isteri akibat dirempuh sewaktu tawaf ketika keadaan sedang sesak dan sarat dengan jemaah haji.  

Semoga perkongsian amalan ketika tawaf haji dan umrah ini membawa manfaat kebaikan serta keberkatan bersama… aamiin.

p/s: Kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini. Saya memohon dapatlah kiranya mendoakan agar dipermudahkan saya sekeluarga untuk menziarahi Baitullah lagi sama ada mengerjakan haji atau umrah, in shaa Allah. Semoga anda mendapat haji dan umrah yang mabrur... aamiin.

Rujukan Berkaitan : Amalan Rasulullah Ketika Sa'i



COMMENTS

BLOGGER: 59
Loading...
Name

Bisnes,42,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,11,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,102,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,86,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah
Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah
Tawaf Haji Dan Umrah, bacaan tawaf, haji, umrah, tawaf haji, tawaf umrah, ibadah haji dan umrah
https://4.bp.blogspot.com/-hHLzASs0FOQ/VBXAC8GaTSI/AAAAAAAAHg0/Lax-sA5hIeY/s1600/kaabah1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-hHLzASs0FOQ/VBXAC8GaTSI/AAAAAAAAHg0/Lax-sA5hIeY/s72-c/kaabah1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/amalan-ketika-tawaf-haji-dan-umrah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/amalan-ketika-tawaf-haji-dan-umrah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy