Amalan Tawaf Haji Dan Umrah
Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah – Bertamu ke rumah Allah adalah satu anugerah dan pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan. Begitu juga saya yang masih mengingati hampir setiap keadaan yang dilalui sewaktu mengerjakan ibadah haji walaupun telah bertahun-tahun pengalaman itu berlalu. Setiap kali hadirnya musim haji, pasti akan timbul perasaan sayu di hati. Semoga Allah sudi menjemput lagi berserta seluruh keluarga kami menjadi tetamuNya nanti… aamiin.
 
 

Amalan Dan Bacaan Ketika Tawaf

 
Ingin saya berkongsi sedikt pengetahuan tentang amalan dan bacaan ketika tawaf yang diperolehi sewaktu kursus dan mengerjakan ibadah haji dan umrah satu waktu dahulu. Mudah-mudahan ia menjadi rujukan yang baik buat sesiapa jua… in shaa Allah.
 
1. Bacaan semasa menunaikan haji dan umrah


Bacaan yang paling penting semasa mengerjakan ibadat haji termasuk umrah adalah talbiyah. Ia dibaca sepanjang perjalanan dari tempat miqat hinggalah masuk ke Masjidilharam. Bacaan talbiyah yang perlu diperbanyakkan sejak berniat ihram adalah seperti berikut;
 
Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika
laka labbaika, innalhamda wannii mata, laka wal mulka, la syarika la
.”
 
Adalah dinasihatkan agar anda merujuk bacaan ini dalam tulisan jawi agar segala sebutan tajwidnya bertepatan.
 
2. Bacaan ketika memasuki Masjidilharam


Tiada bacaan khusus ketika memasuki Masjidilharam kecuali doa yang biasa kita baca ketika memasuki masjid. Begitu juga halnya ketika melihat Kaabah, tiada doa yang khusus untuk dibaca. Jika ada tertera pada buku panduan haji, ia sekadar garis panduan dan membacanya adalah lebih baik.
 
3. Mengerjakan tawaf

 

Melangkah mengerjakan tawaf yang dimulakan di sudut Hajarulaswad. Niat dibaca tanpa perlu berdiri terlalu lama digarisan yang ditandakan dengan lampu hijau bagi mengelakkan kesesakan. Apabila hendak memulakan tawaf di Hajarulaswad kita baca “Bismillahi Allahuakbar.”

 
4. Bacaan sewaktu tawaf

 

Tiada bacaan khusus ditetapkan pada pusingan pertama hingga ke7 tawaf. Bacaan yang dianjurkan dalam buku panduan haji hanya garis panduan yang sebaiknya dibaca. Namun berdasarkan pengalaman, kita perlulah terlebih dahulu melatih bacaan yang ditulis dalam buku panduan haji tersebut bagi mengelakkan hilangnya tumpuan sewaktu tawaf. Pernah terjadi dimana ada yang terlupa jumlah tawaf yang telah dilaksanakan akibat cuba menumpukan bacaan pada buku dan keadaan persekitaran yang sesak. Jika tidak mampu untuk membacanya, bacalah apa sahaja bacaan yang baik seperti zikir atau pun doa.

 
5. Syarat serta bacaan sewaktu tawaf

 

Apabila sampai di rukun Yamani, bacaanya pula adalah : “Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wakina ‘aza bannar.” Itulah bacaan yang khusus di dalam tawaf. Seterusnya bacalah “Bismillah Allahuakbar,” untuk memulakan pusingan ke2 dan seterusnya.

 
Tawaf Haji Dan Umrah
 
Tidak ada zikir atau bacaan khusus semasa tawaf. Kita boleh buat apa sahaja perkara yang baik termasuk berfikir tentang kebesaran Allah, bertafakur, meminta ampun, berdoa, zikir dan membaca surah-surah Al Quran. Perkara yang paling baik adalah membaca doa yang kita sendiri fahami. Doa yang paling afdal adalah yang dibaca dengan bahasa kita sendiri kerana ianya datang terus dari hati.
 

Amalan Setelah Selesai Tawaf

 
Berdasarkan penerangan, Rasulullah saw akan pergi ke belakang makam Ibrahim untuk menunaikan solat dua rakaat setelah selesai mengerjakan tawaf. Baginda membaca ayat 125 surah Al Baqarah yang bermaksud “… dan jadikanlah oleh kamu makam Ibrahim sebagai tempat solat.”. Aku difahamkan bahawa maksud makam Ibrahim adalah keseluruhan Masjidilharam dan sebaiknya carilah tempat yang tidak sesak meskipun hingga ke tingkat yang teratas.
 
Setelah selesai, Rasulullah minum air zamzam dan membasahkan kepala untuk menyegarkan kembali badannya. Baginda kembali ke sudut Hajarulaswad dan membaca “Bismillahi Allahuakbar.” Kemudian berpusing menuju ke Safa bagi memulakan Sa’i. Maklumat tentang Sa’i ada saya kongsikan pada artikel lain yang boleh dirujuk di bawah artikel ini.
 

Pesanan Ketika Tawaf Sekadar Peringatan

 
Sewaktu tawaf adalah dinasihatkan agar bergerak secara berkumpulan terutamanya wanita. Ini adalah bagi mengelakkan dirempuh oleh kumpulan-kumpulan lain terutamanya jemaah Timur Tengah dan Afrika. Pernah terjadi dimana suami tidak berjumpa dengan isteri akibat dirempuh sewaktu tawaf ketika keadaan sedang sesak dan sarat dengan jemaah haji.
 
Semoga perkongsian amalan ketika tawaf haji dan umrah ini membawa manfaat kebaikan serta keberkatan bersama… aamiin.

 

p/s: Kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini. Saya mohon dapatlah kiranya mendoakan agar dipermudahkan saya sekeluarga untuk menziarahi Baitullah lagi sama ada mengerjakan haji atau umrah, in shaa Allah. Semoga anda mendapat haji dan umrah yang mabrur… aamiin.

 
 
 
 
 

61 Thoughts to “Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah”

  1. Mardiah Diana

    Assalamualaikum dan salad singgah pagi Khir….InsyAllah ada rezeki nak juga pergi ke Tanah Suci….

    1. Waalaikummussalam Mardiah.. in shaa Allah.. semoga dipermudahkan di makbulkan doa… aamiin.

  2. ain diyana

    very good revision.. huhuhu
    dulu ada belajar, tp sbb x pnah g umrah or haji lg.. dh lupa plak…
    tq 🙂

    1. Mmg betul tu Ain.. mmg biasanya kita akan terlupa sbb tak dilakukan kan.. T kasih kembali.

  3. Nurfaezah Abdullah

    terbaik 🙂 perkongsian yg bermanfaat 🙂

  4. InshaaAllah kalau di izinkan mesti dapat pergi lagi…

  5. mudah mudahan dapat jejak ke sana 🙂

    1. In shaa Allah Inani.. mudah2an dipermudahkan buat kita semua utk ke sana… aamiin..

  6. alhamdulillah..perkongsian yg sangat bermanfaat..in sha Allah satu hari nanti akan sampai ke sana..

    1. T kasih Mar.. in shaa Allah… aamiin.

  7. Lynn Munir

    Doakan saya ya,mudah-mudahan dapat sampai ke sana.

    1. In shaa Allah Kak Lynn.. semoga dipermudahkan.. aamiin.

  8. bagusnya! hope dapat jejak kaki kat sana.

    1. In shaa Allah Asma.. aamiin..

    1. Alhamdulillah.. your welcome Idzwa.

  9. Semoga dapat sampai ke sana..In Shaa Allah..aamiin

    1. In shaa Allah Fidah… aamiin.

  10. InsyaAllah…mudah-mudahan sampai juga kesana…

    1. In shaa Allah Bunda.. aamiin.

  11. ayah CN di tanah suci sekarang ni, semoga ayah mendapat haji yang mabrur dan sihat dalam menunaikan haji 😉

    1. Aamiin.. semoga dipermudahkan segalanya buat ayah CN serta beroleh haji yg mabrur… aamiin.

  12. Semoga giliran kita akan menyusul nanti…Tp kalau ikut giliran ngan yg Lya daftar TH lambat lg leh pergi Khir…moga2 impizn kita terlaksana..

    1. Semoga segalanya dipermudahkan buat kita semua Lya.. aamiin.

  13. Insyallah suatu hari nad pergi tempat ni

  14. Satu panduan yang ringkas dan mudah difahami. Semoga semua tetamu2 Allah pada tahun ini akan mendapat haji yg mabrur…amiin.

    1. Alhamdulillah… semoga semua jemaah beroleh haji yg mabrur.. aamiin.

  15. ms sy pergi dulu, org x ramai. tapi yg dok menebeng kt kaabah tu..aduyaiii..

    1. Mmg betul tu Anies.. klu nak dekat ke Hajarulaswad tu pun tak boleh. Klu boleh pun bahaya klu nak menciumnya sbb ada yg kene rempuh smpai berdarah hidung…

  16. acik idah

    Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini…

    1. Alhamdulillah.. t kasih kembali Idah.

  17. Bagus perkongsian seperti ini. mudah-mudahan mendapat manfaat dan keberkatan dariNya

    1. In shaa Allah… aamiin. T kasih Arz.

  18. Anonymous

    moga suatu hari di murahkan rezeki kathy menjadi salah seorang jemaah haji.,….

    1. Aamiin Kathy.. mudah2an.. bersamalah kita semua mendoakannya… aamiin.

  19. Thanks for sharing. BIlalah boleh jadi tetamuNYA nih.

    1. In shaa Allah… mudah2an dipermudahkanlah kita semua menjadi tetamuNya… aamiin.

  20. Eshamz Halim

    Perkongsian yang bermanfaat bro… terima kasih…semoga kita semua akan kesana satu hari nanti…

  21. Semoga impian untuk ke Tanah Suci lagi akan menjadi kenyataan. Insha Allah…

  22. seronoknya kalau dapat ke sana. semua family dah pergi. saya je belum berkesempatan ke sana. moga-moga ada rezeki..

  23. entah bila pula saya dapat juga ke sana
    hati tu sekali sekala ada terdetik rasa keinginan

  24. amin
    insyaallah kalau diizinkan, kesana
    suatu hari nanti…

  25. terima kasih atas info Khir…good sharing

  26. Vee Sandi

    my bonda terpisah dgn kumpulannya masa mengerjakan haji . Alhamdulillah , Allah terangkan hatinya untuk mencari jalan pulang wpun my bunda seorg yg tak pandai membaca dan bkn org yg berani … proton iriz lagi … mcm nak suruh beli jer gamaknya ni .

  27. InsyaAllah sekiranya ada umur..

  28. perkongsian menarik,.tempat idaman kita semua untuk menjejakinya,.InshaAllah Satu Hari Nanti,.

  29. Menawarkan Ground Haji VIP dan Umrah 2015 / 1436H

    Untuk maklumat lanjut layari http://www.abkhgc.com

  30. Semoga semuanya dipermudahkan untuk saudara KK dan keluarga mengerjakan haji @ umrah

  31. Mardiah Diana

    InsyAllah….satu hari nanti ingin juga ke sana…semoga KK dan keluarga di permudahkan untuk mengerjakan haji dan umrah…

  32. Terima kasih sebab share pengalaman dan tips ni. Semoga Khir Khalid dimurahkan rezeki utk pergi lagi.

  33. InshaAllah saya & suami akan mengerjakan umrah pada 3Jan 2016. Saya doakan moga saudara & keluarga dapat menjejakkan kaki lagi ke tanah suci aamiin. Terima kasih atas artikel ini. Banyak manfaat buat saya & suami

  34. Salah taip pula. Haha.. Tarikh berangkat 3 Jan 2017. Mohon pada semua yang membaca untuk doakan saya ya. Terima kasih
    Terima kasih sekali lagi pada Saudara Khir berulang kali saya membaca artikel ini

    1. Khir Khalid

      Alhamdulillah.. terima kasih. Semoga sentiasa dirahmati setiap amalan dgn berkat yg berpanjangan dunia akhirat.. aamiin.

      Maaf lambat sgt reply ni.. terima kasih sekali lagi 🙂

  35. samsuddin

    As salam.. info yg sgt bagus & menarik.. bole dijadikan rujukan ketika menunaikan umrah 1 hari nanti.. in shaa Allah

  36. good sharing !

    bila la nk ada rezeki pegi sini agaknya.
    semoga ada kesempatan buat cikyan.

  37. Paket Wisata

    semoga secepatnya dapat mengunjungi Tanah Suci, sharingnya dapat menambah wawasan buat saya,, terimakasih

  38. […] berkaitan : Amalan Ketika Tawaf Haji Dan Umrah  Khir […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.