Amalan Rasulullah Ketika Sa’i

Amalan ketika sa'i, bacaan sa'i, umrah dan haji,

Amalan Rasulullah ketika Sa’i – Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang amalan ketika tawaf haji dan umrah. Pada artikel kali ini pula, saya berhasrat berkongsi secebis pengetahuan yang mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi keyakinan diri ketika melaksanakan Sa’i. Amalan ketika sa’i ini dikongsi berdasarkan pengalaman, kursus dan juga pembacaan untuk kemudahan bersama.. in shaa Allah.

Amalan ketika Sa’i

Apa itu Sa’i


Sa’i merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilaksanakan dengan berjalan kaki (berlari-lari anak) berulang alik sebanyak 7 kali dari bukit Safa ke bukit Marwa dan dimulakan dari bukit Safa. Kedua-dua bukit tersebut mempunyai jarak sekitar 405 meter antara keduanya. Ketika jemaah melintasi Bathnul Waadi iaitu kawasan yang ditandakan dengan lampu berwarna hijau, (kawasan yang terletak di perjalanan antara bukit Safa dan Marwa) adalah disunatkan kepada jemaah lelaki untuk berlari anak manakala jemaah wanita sebaiknya berjalan cepat.

Berdasarkan penerangan, Rasulullah saw membaca ayat ke 158, surah Al Baqarah ketika menghampiri bukit Safa. Ia bermaksud, “Sesungguhnya Safa dan Marwa itu adalah sebahagian dari syiar agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa’i di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala , lagi Maha Mengetahui.”
  

Apa Rasulullah Lakukan Ketika Sa’i


1 - Rasulullah memulakan Sa’i dengan naik ke bukit Safa hingga kelihatan Kaabah dari bukit tersebut. Di situ Baginda menghadap ke kiblat lalu membaca tahlil,

Lailahaillallahu wahdahu la syarikalahu, lahumulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli saiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wa nashara abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu.”

Seperti yang dinyatakan pada artikel sebelum ini, adalah digalakkan agar anda merujuk kepada penulisan jawi tentang pembacaan tersebut bagi memastikan tetepatan tajwid bacaan.

2 - Selesai membaca, Rasulullah saw berdoa kerana di situ adalah tempat makbulnya doa. Setelah habis berdoa, Baginda membaca tahlil “Lailaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syaiin qadir. La ilaha illallahu wahdahu, anjaza wa’dahu wa nashara abdahu wa hazamal ahzaba wahdahu.” Kemudian berdoa sekali lagi sehingga selesai dan membaca tahlil yang sama sekali lagi hingga selesai. Ini bermakna, Rasulullah membaca tahlil sebanyak 3 kali dan berdoa 2 kali ketika berdiri di bukit Safa.

3 - Setelah selesai tahlil dan doa, barulah Baginda turun menuju ke Marwa. Bacaan doa pula tidak ada yang dikhususkan dan mintalah apa sahaja yang baik dan terniat di hati. Justeru jika benar-benar mengikut cara Rasululah ini, maka sa’i yang dilakukan akan mengambil sedikit masa yang lama.

4 - Berjalan ketika sa’i tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa, sebaliknya buatlah dengan tenang dan khusyuk. Tambahan pula rukun itu tidak diberatkan dengan bacaan yang panjang. Apa sahaja bacaan boleh dibaca sama ada zikir, tahlil, tahmid mahu pun berdoa. Ketika sampai di Marwa, Baginda mengulangi perbuatan yang sama ketika di bukit Safa iaitu membaca tahlil sebanyak 3 kali dan berdoa 2 kali. Semua perbuatan ini dilakukan 7 kali ulang-alik Safa dan Marwa sehingga selesai sa’i.

Amalan ketika Sa’i
Kredit Gambar : Detikfoto

Kemanisan Sa'i Dalam Ibadah Haji Dan Umrah


Sesungguhnya sa'i mempunyai kemanisan tersendiri ketika kita mengerjakannya. Selain merupakan satu penghormatan kepada peristiwa Siti Hajar yang berusaha mencari sumber air dengan meninjau di bukit Safa dan Marwa ketika puteranya (Nabi Ismail) masih bayi. Kisah tersebut serta peristiwa yang berkait rapat sehingga terbitnya mata air (zamzam) pastinya membuatkan kita sedar betapa kuatnya erti keimanan dan berpegang teguh kepada Allah SWT.

Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah haji kepada semua jemaah haji sekelian. Semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah serta beroleh haji yang mabrur. Jangan sesekali mensia-siakan panggilan Illahi kerana sesungguhnya jemaah haji dan umrah adalah dikalangan yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT. Subhanallah walhamdulillah…

p/s: Kepada sesiapa jua yang membaca artikel ini. Saya memohon dapatlah kiranya mendoakan agar dipermudahkan saya sekeluarga untuk menziarahi Baitullah lagi sama ada mengerjakan haji atau umrah, in shaa Allah. Semoga anda beroleh haji dan umrah yang mabrur... aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 62
Loading...
Name

Blogging,132,British Council,2,Durex,2,ECERDC,20,Ekspresi,127,English,40,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,124,Intervensi,51,INTI,51,Keusahawanan,54,Komuniti,41,Lazada,3,Lifestyle,176,MDEC,4,Motivasi,136,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,58,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,145,Sunway,25,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,4,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Amalan Rasulullah Ketika Sa’i
Amalan Rasulullah Ketika Sa’i
Amalan ketika sa'i, bacaan sa'i, umrah dan haji,
https://3.bp.blogspot.com/-S3Xh1NlF0Vc/VCFm6lmYW4I/AAAAAAAAHpg/yutjOXbqF7I/s1600/Paket%2Bumroh%2Bbulan%2Bmei%2B2014%2B(2).jpg
https://3.bp.blogspot.com/-S3Xh1NlF0Vc/VCFm6lmYW4I/AAAAAAAAHpg/yutjOXbqF7I/s72-c/Paket%2Bumroh%2Bbulan%2Bmei%2B2014%2B(2).jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/amalan-rasulullah-ketika-sai.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/amalan-rasulullah-ketika-sai.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy