Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak

Terowong Sejarah Pasir Salak, Pembunuhan JWW Birch, pasir salak, terowong sejarah, kompleks pasir salak, koleksi keris pasir salak, diorama pasir salak

Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak - Pasir Salak satu nama yang tidak asing dalam lipatan sejarah tanah air kita. Peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch yang telah mencetuskan peperangan diantara pentadbiran Kolonial British dengan orang-orang Melayu pastinya tidak akan lekang dari ingatan bila memperkatakan tentang sejarah yang telah berlaku di sini. Dalam FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourisam Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 – 18 Ogos yang lalu, kami berpeluang menghargai kronologi sejarah negara melalui lawatan ke Terowong Sejarah Pasir Salak di Perak.

Terowong Sejarah Pasir Salak, Kompleks Sejarah Pasir Salak

Terowong Sejarah Pasir Salak


Terowong Sejarah Pasir Salak ini terletak di dalam kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak, kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia merupakan antara memorial terpenting yang dibina bertujuan memelihara sejarah peristiwa berdarah Pasir Salak yang merupakan pencetus kepada tertubuhnya sistem demokrasi berparlimen yang digunapakai di Malaysia pada hari ini.

Terowong Sejarah ini sebenarnya bukan hanya mempamerkan tentang peristiwa yang berlaku di Pasir Salak sahaja, tetapi menjelaskan kronologi sejarah negara melalui konsep diorama yang bermula dengan penempatan awal di Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi sehingga 1000 masihi. Ia juga memuatkan rentetan peristiwa sewaktu era Kesultanan Melayu Melaka, perjuangan-perjuangan sewaktu era penjajahan, kemerdekaan dan pasca kemerdekaan.

Ia bertujuan memberi pemahaman berpandukan fakta berkenan rentetan peristiwa bersejarah di Tanah Melayu serta hubungkaitnya dengan peristiwa Pasir Salak yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris di Perak. Disamping itu, ia juga dibina untuk menghargai jasa serta pengorbanan para pahlawan serta masyarakat terdahulu dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara demi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme kepada generasi kini dan seterusnya.

Gambar-gambar Sewaktu Lawatan ke Terowong Sejarah Pasir Salak


Terowong Sejarah Pasir Salak
Jalan masuk ke Terowong Sejarah Pasir Salak
Terowong Sejarah Pasir Salak
Penerangan yang disampaikan oleh en Fauzi, Penolong Kurator Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak
Catatan ringkas yang terdapat di pintu masuk Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak
Suasana dalam yang gelap mempamerkan diorama bersejarah
Terowong Sejarah Pasir Salak, Kesultanan Melayu Melaka
Diorama Kesultanan Melayu Melaka sebelum era penjajahan
Terowong Sejarah Pasir Salak, Penentangan Melaka terhadap Portugis
Diorama pahlawan Melaka menentang Portugis
Terowong Sejarah Pasir Salak, Perjanjian Pangkor
Diorama sewaktu Perjanjian Pangkor
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Abdullah bermesyuarat dengan pembesar Perak dan peguam F.W. Duke
di rumah Dato' Sagor, Kg Gajah. Baginda menyatakan tidak puas hati terhadap
JWW Birch dan meminta F.W. Duke memaklumkan kepada gabenor.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Pembunuhan J.W.W. Birch : Pandak Indut, Panjang Bur, Kulup Ali, Dato' Sagor
dan Dato' Maharaja Lela merejam lembing ke arah J.W.W Birch yang sedang mandi
di rumah mandi, Pasir Salak pada pagi 2 November 1875
p/s: Tidak dapat memasukkan gambar kerana kawasan dioramanya agak luas.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksmana Wan Muhammad Amin
dan Syahbandar Uda Mansor menaiki kapal Cartheston pada 20 Julai 1877
ke Pulau Seychelles bagi menjalani hukuman buang negeri.
Manakala Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Sultan Idris menggesa kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
memulangkan kuasa kepada negeri dalam mesyuarat DURBAR
(Majlis Raja-Raja) di Kuala Lumpur pada Julai 1903.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama kemerdekaan
Terowong Sejarah Pasir Salak, Pusat Bandar Seri Iskandar
Pelan pembangunan Pusat Bandar Seri Iskandar, Perak

Selesai menyelami rentetan sejarah tanah air yang meninggalkan kesan mendalam, kami dibawa ke bahagian lain yang menempatkan pelbagai jenis keris berserta maklumat mengenainya. Kami difahamkan, selain keris yang diperolehi oleh pihak muzium, terdapat juga yang diserahkan oleh waris untuk disimpan dan dipamerkan di sini. Terdapat pelbagai keris yang diperolehi dari seluruh pelusuk Nusantara. Kami dinasihatkan agar tidak mengambil gambar keris-keris tersebut secara dekat disebabkan telah berlaku pelbagai kejadian sebelum ini yang aku sendiri sukar untuk menerangkannya di sini. 

Melalui maklumat yang disampaikan juga, banyak pengetahuan baharu yang kami perolehi tentang keris merangkumi dari segi pembuatan, penjagaan dan penggunaan. Setiap keris juga sebenarnya menampilkan perwatakan pemakainya yang boleh dikenalpasti melalui kaedah-kaedah tertentu. Teknik yang dilakukan dalam aspek pembuatan keris-keris ini juga sebenarnya melangkaui kemajuan sains pada waktunya. Sesungguhnya, ia tersenarai antara senjata yang paling berbahaya di dunia. Walaupun kecil, pendek, berbengkok-bengkok... tetapi ia bukan sesuatu yang boleh diperlekehkan... Tak percaya, kajilah sendiri...

Terowong Sejarah Pasir Salak, Mohd Fauzi Mohd Razali, Penolong Kurator
Bahagian lain di Terowong Sejarah yang menempatkan pelbagai keris
Terowong Sejarah Pasir Salak
Terdapat pelbagai jenis keris dari seluruh pelusuk Nusantara
Terowong Sejarah Pasir Salak
Mendengar penerangan tentang pembuatan keris.
Terowong Sejarah Pasir Salak
Masing-masing mendengar dengan khusyuk
Terowong Sejarah Pasir Salak
Antara teknik pembuatan besi yang dipamerkan
Terowong Sejarah Pasir Salak
Kembali ke dunia kini...
Terowong Sejarah Pasir Salak
Menikmati suasana pemandangan Sungai Perak yang menyaksikan banyak peristiwa silam.
Terowong Sejarah Pasir Salak, Mohd Fauzi Mohd Razali, Penolong Kurator Kompleks Sejarah Pasir Salak, Khir Khalid
Kenangan bergambar bersama En Fauzi, Penolong Kurator Terowong Sejarah Pasir Salak

Waktu Lawatan Ke Terowong Sejarah Pasir Salak adalah seperti berikut:
Dibuka setiap hari Isnin - Khamis (9:30 pagi - 5:00 petang)
Hari Jumaat (9:30 - 11:45 pagi) (2:45 - 5:00 petang)
Sabtu, Ahad dan Cuti Am (9:30pagi - 5:00 petang)
Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
- Bayaran masuk -
Dewasa : RM 4.00
Kanak-kanak (7-12 Tahun) : RM 2.00

Terowong Sejarah Pasir Salak Mempamerkan Warisan Dan Sejarah Malaysia


Aku berpendapat, Terowong Sejarah Pasir Salak ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk generasi muda agar dapat menyelami pengorbanan generasi terdahulu mempertahankan maruah tanah air melalui diorama kronologi sejarah yang dipamerkan. Justeru kepada yang ingin menghayati sejarah negara, Terowong Sejarah Pasir Salak merupakan tempat yang terbaik untuk anda.

Tidak ketinggalan juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak terutamanya yang bersekolah diperingkat menengah. Adalah disarankan agar membawa anak anda untuk menyelami warisan sejarah yang dipamerkan di sini. Ia sememangnya amat membantu dalam pembelajaran mereka terutamanya untuk mata pelajaran sejarah melalui penyerapan ilmu secara praktikal. Tidak ketinggalan juga, kepada sesiapa jua yang melancong ke Perak, Terowong Sejarah Pasir Salak adalah salah satu lokasi penting yang harus anda lawati.  

Terowong Sejarah Pasir Salak, Tourism Malaysia Perak, Jom Mancing Udang 2014, Emas Putih, Eshamz Halim, Khir Khalid
Kredit Gambar : Tourism Malaysia Perak

Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan yang terdapat di negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Anda juga dipersilakan like facebook rasmi untuk mengikuti maklumat dan aktiviti terkini di Perak.

Like Facebook : Tourism Malaysia Perak



Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Bisnes,40,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,10,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,101,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,85,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak
Diorama Terowong Sejarah Pasir Salak
Terowong Sejarah Pasir Salak, Pembunuhan JWW Birch, pasir salak, terowong sejarah, kompleks pasir salak, koleksi keris pasir salak, diorama pasir salak
http://4.bp.blogspot.com/-S5-e1BDqvVU/VBsQ89Ks6WI/AAAAAAAAHjs/ajiEOjRQKik/s1600/P_20140818_110259.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-S5-e1BDqvVU/VBsQ89Ks6WI/AAAAAAAAHjs/ajiEOjRQKik/s72-c/P_20140818_110259.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/diorama-terowong-sejarah-pasir-salak.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/diorama-terowong-sejarah-pasir-salak.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy