Laman Diraja Pontian

Hari Raya Aidilfitri telah pun menjejaki hari ke 3 sewaktu artikel ini ditulis. Saya sekeluarga masih berada di Pontian Johor, menyambut Syawal di kampung halaman. Usai menunaikan solat Aidilfitri, kami mengambil kesempatan waktu singgah ke Laman Diraja Pontian untuk bergambar.

Ini pengalaman kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke sini sejak ia siap dibuka. Sebelum ini hanya melihat gambar-gambar yang dikongsikan rakan- rakan sekolah di FB sejurus ia dibuka kepada pengunjung baru-baru ini.

Laman Diraja Pontian Aidilfitri

Laman Diraja Pontian

Saya ada kongsikan artikel pada Aidilfitri tahun lepas tentang Panorama Bandar Pontian Johor. Pada masa itu Laman Diraja Pontian ini masih belum lagi dibina. Sungguh pantas masa berlalu, kini menjadi sebahagian lanskap menghiasi tepi laut Pontian… lokasi yang menyimpan pelbagai nostalgia buat saya.

Lokasi Laman Diraja Pontian ini menyimpan pelbagai kenangan sewaktu saya membesar. Inilah kawasan saya bersantai masa petang bersama arwah bapa melihat matahari terbenam sambil makan burger atau rojak. Bermain dan bersenam ketika saya masih bersekolah.

Laman Diraja Pontian
Tepi laut Pontian Aidilfitri

Inilah juga kawasan saya bermain bersama rakan-rakan terutama masa di sekolah menengah.

Lokasi jogging pagi hujung minggu, bermain basikal, skateboard, memancing, ponteng sekolah, ngorat aweks hahaa… adakala berkumpul ulangkaji pelajaran pada waktu petang malah melepak tanpa matlamat, sekadar habiskan masa berborak kosong, petang atau malam.

Paling meninggalkan kesan hingga ke hari ini ialah… tempat ini juga antara lokasi saya ‘dating’ dengan puan mem… alhamdulillah, berjodoh. Kini dengan izinanNya juga masih dapat ke sini menyaksikan perubahan bersama isteri dan anak-anak.. 😀

Laman Diraja Pontian Aidilfitri

Setelah 20 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di Selangor, kehadiran Laman Diraja Pontian ini pastinya membuatkan hati ini senantiasa terpaut segar dengan nostalgia kehidupan membesar di bandar Pontian, Johor, penghujung tanah besar benua Asia ini.

Daulat Tuanku dan salam ceria Aidilfitri buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Terima kasih kepada Razenn Wardrobe atas tajaan jahitan Baju Melayu saya dan abang Ngah untuk Aidilfitri 2015. Semoga terus sukses hendaknya… aamiin.

27 Thoughts to “Laman Diraja Pontian Dan Nostalgia Aidilfitri”

  1. Uncle Zuan

    seronok rasanya bila pulang ke kampung halaman, nak nak lagi tempat yang ada 1001 kenangan kepada kita 😀

  2. salam idilfitri maaf zahir batin…indahnya laman diraja pontian yg sarat kenangan buat khir khalid ya…kak xpernah sampai ke sana lagi…

  3. oh beraya kat Johor ye.. Selamat hari raya en.khir dan keluarga.. 🙂

  4. Bila agaknya dapat beraya di Johor.

  5. Kenapa tiba-tiba rasa homesick 🙁 🙁

  6. Raya ke dua saya dah bertolak ke rumah mertua di Pahang. Jadi tak sempat nak berposing di tepi laut Pontian…
    Melihat matahari terbenam, kenangan berjogging bersama abah dan arwah mak suatu ketika dulu dan tempat laluan dari sekolah ke bus-stand Pontian juga masih segar dalam ingatan.

  7. ikhwan yusuff

    best tgk raya En.Khir… hihihihihih… Apa2 pon selamat hari raya En.Khir.. 😀 saya baru mula balik bersiaran..

  8. Salam Aidilfitri brother KK, semoga bergembira bersama keluarga tersayang

  9. Mohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    ooo.. kat pontian mselim3 pun balik pontian tu hari… sayang kalau ada rezeki boleh jumpa khir..

    mselim3

  10. teddia.. raya diraja la ni…

  11. salam aidilfitri En.Khir…
    Maaf zahir dan batin 🙂

  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat KK dan keluarga.. 🙂

  13. boleh buat photoshoot raya ni..hehe.cantik gambar, patut bawak spek hitam, takdelah semua pun tutup mata. Hehehe.salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

  14. Dah 3 kali ronda..baru ingat belum wish lagi 🙂
    Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Khir dan family. Maaf Zahir & Batin

    Taqabbal Allahu Minna WaMinkum Wa Ja'alana Minal 'Aidin Wal Faizin

  15. Memang nampak akan keceriaan dan kemeriahan disetiap raut wajah2 kalian… hepy enjoy..

  16. Wah menarik juga tempat ni untuk sesi fotografi hehehe..Gambar2 yang ceria dan menarik..Salam Aidilfitri KK dan family

  17. banyak kenangan ni..seronok bila dikenang kembali

  18. selamat hari raya maaf zahir batin

  19. Ija Rased

    selamat hari raya. singgah syawal

  20. salam aidilfitri..cantik jugak laman diraja pontian.. belum pernah smpai lagi di pontian..Semoga ada rezeki saya ke sana..

  21. ehem ehem. tempat dating rupanya eh. kikiki… banyak memori dekat situ rupanya eh. nasib baik dapat lagi jejak kaki ke sana kan ^^

  22. Salam Lebaran buat bro KK sekeluarga

  23. ingat tadi kat laman istana 😉

    p/s salam aidilfitri…belum terlambat lg sbb esok ada 1 hari lg

  24. haha…dah habis raya baru saya sampai sini
    boleh lagi ke nak ucap selamat hari raya ni =)

  25. Asalam..wah menarik ya dekat Pontian tu ya KK..dtng terjah blog, selamat hari raya..dah berlalu..maaf zahir batin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.