Islam, September Dan Keganasan Global

Islam, September Dan Keganasan Global – Masih aku ingat tragedi yang berlaku pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat (A.S). Tragedi 9/11 tersebut menjadikan September sebagai bulan peringatan buat seluruh warga A.S terhadap peristiwa hitam yang menimpa negara mereka. Walaupun telah lebih sedekad berlalu, ia masih menjadi peringatan yang tetap segar. Atas dasar kemanusiaan, kita juga turut bersimpati terhadap insiden tersebut yang secara tidak langsung telah mengheret nama Islam dalam kancah keganasan global.

Tragedi 9 September 2001 di New York

Islam Dalam Kancah Keganasan Global


Baru-baru ini, tercetus lagi krisis terbaru di Asia Barat yang menyaksikan A.S dan sekutunya bangkit memerangi isu keganasan global demi menjaga keamanan dunia. Berdasarkan pemerhatian dari rentetan peristiwa yang bermula sejak tragedi 11 September 2001, sebenarnya telah mengizinkan kuasa barat yang diketuai A.S membentuk satu dimensi geo politik dunia yang amat sukar untuk dijelaskan, kabur, keliru serta tidak menentu. Apa yang jelas ialah istilah yang digunakan sebagai tiket untuk mereka bertindak iaitu ‘memerangi keganasan’ sehingga hari ini.

Apa hakikat sebenar maksud memerangi keganasan itu? Setelah lebih sedekad berlalu, siapakah sebenarnya pengganas yang dimaksudkan… adakah ianya sebuah negara atau kumpulan tertentu? Atau beberapa individu yang melakukan serangan ke atas kepentingan dunia tanpa melibatkan mana-mana kuasa atau kepimpinan negara? Atau sekadar disebabkan serangan itu berlaku terhadap kepentingan A.S dan kuasa barat semata-mata?

Kuasa A.S dan sekutunya

Lebih menyedihkan apabila segala apa yang dilakukan A.S dan sekutunya secara tidak langsung juga telah mengistiharkan bahawa Islam itu seolah-olah sebagai paksi keganasan. Seluruh media dan masyarakat barat menjadi sangsi terhadap masyarakat Islam walaupun seseorang yang beragama Islam itu merupakan jiran tetangga mereka. Pelbagai tekanan yang dihadapi oleh komuniti Islam di barat.  Hakikat yang berlaku sama ada secara langsung atau tidak, secara disedari atau tidak, Islam dijadikan sebagai musuh global yang baharu.

Protes terhadap Islam


Memerangi Keganasan Global Dari Perspektif Barat


Kita boleh lihat dengan jelas bermula Osama bin Laden yang mencipta nama sebagai tokoh penentangan menggantikan tokoh komunis dan sosialis yang selama ini diperangi A.S dan kuasa-kuasa barat. Selepas itu, Saddam Hussein yang merupakan presiden sah negara Iraq yang kaya dengan petroleum juga dikaitkan dengan paksi keganasan global. Kedua-dua insan ini telah menerima bahagian mereka tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya dari mana-mana badan dunia. Kita boleh lihat bagaimana A.S secara ‘koboi’nya membenamkan mereka begitu sahaja. Itu tidak termasuk yang berlaku kepada yang lain selepas mereka.

Bermula tarikh 11 September 2001, dunia mula mengenali WMD (Weapon of Massive Destruction) atau senjata pemusnah besar-besaran dan menyenaraikan Iraq, Iran dan Korea Utara sebagai negara pemula paksi keganasan. Akhirnya, disebabkan kurangnya risiko untuk menduduki Iraq, ia terlebih dahulu diserang dengan rakusnya, melupakan Iran, Korea Utara atau negara-negari krisis yang lain. Berikutan dari peristiwa tersebut, satu demi satu negara seluruh rantau Asia Barat menjadi kucar kacir dengan banyak lagi perpecahan dan keganasan yang timbul akibat penghakiman A.S dan sekutunya yang kononnya memerangi keganasan demi menjaga keamanan dunia.

Para pejuang di Asia Barat

Hasilnya, apabila lebih ramai pejuang-pejuang negara yang timbul untuk mempertahankan kedaulatan tanah air dari menjadi boneka A.S dan sekutunya, ia menjadi alasan untuk mereka gunakan dalam mencapai matlamat penaklukan atas nama memerangi pengganas… Kalau kita perhatikan betul-betul berdasarkan rentetan sejarah peristiwa, kita pasti dapat mengetahui siapakah sebenarnya yang mula-mula menjadi pengganas dan mencetuskan segala keganasan…

Islam Dan Keganasan Buat Renungan Dibulan September


Jika dikaji apa kepentingan negara-negara teluk atau Islam seluruhnya mencipta keganasan. Apakah kekayaan khazanah bumi yang ada di negara teluk berpasir itu tidak mencukupi jika dibandingkan yang terdapat di A.S atau seluruh negara barat sendiri? Kita boleh menilai apakah faktor utama yang mendorong A.S dan sekutunya untuk begitu prihatin terhadap Asia Barat atas nama memerangi keganasan global. Namu apa yang lebih mengesankan lagi ialah apabila menjadikan Islam sebagai satu faktor ancaman keganasan dalam menjayakan agenda keamanan mereka.

Secara jujur, tidaklah aku katakan bahawa segala yang A.S atau sekutunya lakukan itu semuanya salah. Mungkin kesalahan juga boleh diletakkan kepada umat Islam dan negara Islam itu sendiri. Akibat kurangnya keperihatinan akan kepentingan bernegara serta mengejar keuntungan secara rakus dan membuta tuli menjadikan sebahagian umat Islam tidak ubah seperti mereka. Namun, itulah kelemahan yang patut di atasi oleh umat Islam seluruhnya... wallahualam. 

Sekadar nukilan buat renungan bersama dibulan September…


Salam Hormat

Khir Khalid  


34 comments:

  1. secara logiknya AS dan sekutunya adalah penganas sebenar..serangan mereka menumpukan kepada negara dan rakyat tak kira lelaki atau wanita..motif yang cuba disembunyikan ialah cuba memboilot kekayaan hasil bumi negara tersebut

    ReplyDelete
  2. Ingat lgi lya peristiwa 11 September tu mengejutkan satu dunia

    ReplyDelete
  3. Diharap negara kita tidak dijadikan sasaran agenda A.S tersebut...

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik bro... memang sebenarnya US ni nak bolot dan takluk semua negara.... skrg ni pon dah terang terangan drg backup Israel... risau gak takut Malaysia lepas ni dijadikan sasaran... :(

    p.s: Sori bro...dah lama tak blogwalking ni... busy memanjang...ekekekeke.. :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum . selamat pg. singgah membaca entry ini :)

    ReplyDelete
  6. peristiwa bersejarah yg rasa macam baru je berlaku..

    ReplyDelete
  7. pd sy, US dan konco2 sbnr nyer takut dgn byg2 sendiri. diorg sbnr nyer pengganas 'dlm selimut'

    ReplyDelete
  8. Dunia akhir zaman khir. Keganasan dihalalkan untuk menjustifikasikan "act of terrorism".

    ReplyDelete
  9. salam. AS dan sekutunya jahat dan banyak tipu muslihat..mereka la pengganas yg sebenar..

    ReplyDelete
  10. AS and Israel is real terrorist...
    Betul tak ^_^

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan singgah ptg Jumaat Khir...sedar tak sedar dah sedekad rupanya serangan 11 september ni kan....tapi sampai saat ini Islam masih di anggap penganas....

    ReplyDelete
  12. Peperangan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah akan membawa kepada masalah yang lain. Dalam setiap peperangan, korban pertamanya adalah kebenaran.

    ReplyDelete
  13. allahakhbar!!..
    perkongsian yg sangat mnarik bro.. pngupasan yg sangat mendalam..
    rasa mcm baca buku ilmiah.. x sangka dah dkat sdekat pristiwa ni..
    tq sharing bro

    ReplyDelete
  14. AS lah yang pengganas sebenarnya..sebab mereka anggap diri mereka polis dunia..

    ReplyDelete
  15. Hakikatnya tarikh 9/11 memang sentiasa menjadi igauan ngeri buat barat. Positivenya dari situ
    semakin ramai masyarakat mereka yang mendekati islam untuk lebih mengenali agama ini.

    ReplyDelete
  16. Good sharing KK.Isu besar ni susah nk paham jadi confuse AA jadinya

    ReplyDelete
  17. Rasa baru saja peristiwa 11 sept berlaku....kerana itu Islam di label sebagai pengganas...tapi kerana itu juga semakin ramai yang mengenali Islam...dan baru mengetahui keindahannya..

    ReplyDelete
  18. sekarang perhatian us sudah beralih ke Asia . sbb itu m'sia perlu berhati2 menangani kerenah us agar tdk menyusahkan rakyatnya sendiri ... jumap HP kat sini .

    ReplyDelete
  19. Diorg kata org.. Tapi diorglah pengganasnya...

    ReplyDelete
  20. tiba2 terimbau kembali tragedi 11 sept tu... segala yg berlaku itu ada hikmahnya kan... :)

    btw, idah ada tag khir dalam The Versatile Blogger Award :)
    http://acikidah.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html#

    ReplyDelete
  21. gila kuasa macm tulah jadinya... semoga negara kita dilindungi... malaysia kena hati2 sebab perhatian mereka dah ke arah asia...

    ReplyDelete
  22. Say masih ingat lagi, beberapa minggu selepas tragedi 9/11... Saya dihantar ke Korea. Masa di imigresen kat Incheon Airport, saya dan beberapa orang Islam lain di asingkan utk pemeriksaan. Semua barang dalam beg diperiksa. Akhirnya kami dilepaskan... Memang masa tu orang-orang Islam terutama lelaki yg berjanggut dan wanita berpurdah akan mendapat sedikit kesukaran utk melepasi imigresen dan dilayan umpama pengganas!

    ReplyDelete
  23. semoga kita dilindungi ya abg khir, ngeri tengok keadaan diluar... malaysia juga kena tempias dengan tragedi yang menimpa mh370 & mh17...

    ReplyDelete
  24. Sampai sekarang barat masih dengan Islamophobia

    ReplyDelete
  25. Menanti perpaduan umat Islam diseluruh dunia menentang kezaliman yang memalukan.

    ReplyDelete
  26. Kita kadang2 tak berapa nk ambik tahu mengenai hal ini..sebenarnys kita sendiri perlu alert akan benda2 begini dan sentiasa bersedia dlm menangani isu2 ttg keganasan..moga2 negara kita tdk djadikan sasaran keganasan olh pihak luar

    ReplyDelete
  27. takkan di lupa pasal 11 september ini...sama usia dengan anak dara kathy..

    ReplyDelete
  28. setuju sangat dengan entry ni
    peristiwa tu sememangnya membuat dunia memandang serong ke atas agama Islam
    pada saya ianya sesuatu benda yang sengaja diwar-warkan
    pendek kata memang dirancang untuk menguasai negara teruk yang kaya dengan sumber minyak
    banyak bukti mengatakan ianya sememangnya dirancang

    ReplyDelete
  29. atas dasar memerangi keganasan, maka dengan rakusnya mereka menghancurkan negara-negara Islam...nyawa kanak-kanak dan wanita2 yg lemah menjadi mangsa...semuanya halal utk memerangi keganasan...yang terbaru...memerangi ISIS...lagi sebuah negara Islam yang akan hancur..begitu pantas mereka membuat keputusan...Bagaimana isu Israel - Palestine? mmg sedih...

    ReplyDelete
  30. Trajedi 11 September masih segar dalam ingatan...yang tak sedap tu kaum islam juga di tarik dalam kancah keganasan global ini...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.