Kata Ganti Diri Aku Kepada KK

Kata Ganti Diri Aku Kepada KK – Setelah meneliti dengan mendalam hasil inspirasi dari blog beberapa rakan blogger, akhirnya aku juga menga...

Kata Ganti Diri Aku Kepada KK – Setelah meneliti dengan mendalam hasil inspirasi dari blog beberapa rakan blogger, akhirnya aku juga mengambil keputusan untuk menukar kata ganti diri ‘Aku’ dalam penulisan blog ini kepada ‘KK’, iaitu singkatan kepada nama Khir Khalid. Macam mana… ok tak KK?… ke ‘abang KK’ huhu.. :D


Kata Ganti Diri Untuk Membendung Plagiarisme


Berikutan beberapa faktor termasuk isu plagiat (copy paste) yang berlaku, antara penyebab KK mengambil keputusan ini. Baru-baru ini, selepas beberapa artikel diplagiat, terjumpa pula kisah perogol yang KK tulis tahun lepas juga rupa-rupanya telah di copy paste. Lemah semangat sekejap… entah berapa banyak lagi artikel yang lanun-lanun ni copy paste pun KK tak tahu lah. Artikel-artikel dari blog picisan macam KK ini pun sanggup sewenang-wenangnya disalin tampal tanpa sebarang backlink. Rakus betul... penat tau nak mengarang dan menulis… Baik-baik tersenarai di muka pertama carian, ada yang jatuh ke muka 2 dan ke 3… baik-baik berpeluang menjana trafik 20k – 30k sehari, jatuh 2k – 3k sahaja... :D  

Sebenarnya, KK dah mula redha atas isu plagiat yang banyak berlaku dikalangan blogger ni. Redha kenalah redha… tetapi untuk tidak menggalakkan ia menjadi lebih memburukkan sememangnya memerlukan ikhtiar. KK berpendapat adalah satu tindakan pencegahan terbaik untuk menukarkan kata ganti diri seperti ‘aku’, ‘saya’ dan sebagainya kepada kata ganti diri yang sekali gus menjadi trade mark dalam penulisan. Sekurang-kurangnya, bila terjumpa artikel kita dicopy paste, kita masih boleh bertenang tengok trademark kata nama kita jelas terpampang di artikel blog tersebut… wallahualam.

Kata Ganti Diri Untuk Kebaikan Ranking Alexa


KK tak pasti sekiranya hal plagiat ini mempunyai kesan terhadap ranking Alexa. Cuma pada waktu kini, ranking blog ini agak merundum. Walaupun ada kemajuan pada ranking global, tetapi mencatatkan kejatuhan dari 786 ke 813 dalam ranking Malaysia jika dibandingkan dengan sebelum ini >>> Ranking Alexa khirkhalid.com #3. Apa pun, semoga dengan menukar kata ganti nama ini juga menjadi usaha yang membawa kebaikan.. in shaa Allah.


Ranking Alexa Khirkhalid.com (29/9/2014)

KK masih belum mampu untuk menerbitkan banyak artikel dalam sehari dan bukanlah gila dalam mengejar trafik. Apa yang KK cuba lakukan adalah menggunakan apa yang dipelajari agar artikel yang ditulis berbaloi dikongsikan dan sekurang-kurangnya sentiasa menerima kunjungan organik melalui penyenaraian carian seperti google dan sebagainya, walaupun sudah berbulan atau bertahun ia diterbitkan. Bila sesuatu artikel itu dicetak rompak, sememangnya akan terasa sebab... hmmm.. ada ke yang suka. Kalau ada, beritahulah, boleh KK copypaste artikel di blog tu dan terbitkan 10 artikel setiap hari... 

Kaki Plagiat Perosak Trafik, Penyekat Rezeki... Pencuri... #Apa hukum makan hasil curi eh?... 


Artikel di copy paste
Semasa lah sangat lu punya berita... dahlah tipu sumber... puii!!
Kesan plagiat pada blogger
Tajuk huruf besar dengan artikel yang 100% sama
5 bulan lepas artikel KK diterbitkan.. memang kacau lah kau ni...
Jadilah beretika, Blogger Malaysia
Jadilah blogger yang beretika dan bersaing secara sihat...

Sungguhpun begitu, dengan mengganti kata ganti diri ini hanyalah keputusan yang berdasarkan pemerhatian serta pandangan peribadi sahaja. Ada juga yang pendapat, seseorang blogger itu perlu mengukuhkan nilai dan ciri-ciri SEO pada penulisan dan blog agar blog lanun-lanun copy paste tersebut tidak dapat mengatasi penyenaraian blog kita dalam enjin carian walaupun menyalin tampal 100% sesuatu artikel itu. Tetapi, bagi KK yang baru bejinak-jinak dengan SEO yang tak berapa nak SEO ni, menukar kata ganti diri kepada KK adalah perkara permulaan yang sebaiknya. Selagi termampu akan sentiasa juga mendalami apa jua pengetahuan SEO agar artikel yang ditulis tidak sekadar menjadi seperti status yang di ‘share’ di laman sosial fb dan twitter semata-mata… hanya panas sewaktu diterbitkan, tetapi mengalir hanyut... sepi tanpa pengunjung organik…
 

Kata Nama KK Untuk Lebih Mesra


Selain itu juga, bila cuba menggunakan kata ganti diri aku kepada KK secara rasmi dalam penulisan blog rasanya lebih macam comel je mesra dari aku atau saya. Ada sentuhan peribadi seperti gaya bercakap adik beradik juga ye tak. Walaupun masih kekok untuk menggayakan penggunaan KK dalam penulisan, tetapi akan terus diusahakan yang sebaiknya. Justeru, KK harap ia menjadi satu langkah yang baik, strategik dan mesra blogger untuk kebaikan jangka panjang, in shaa Allah.

Terima kasih atas ukhwah silaturrahim rakan-rakan blogger semua... :)


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 72
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kata Ganti Diri Aku Kepada KK
Kata Ganti Diri Aku Kepada KK
http://2.bp.blogspot.com/-ybdQv94SNOk/VClQo_C1UsI/AAAAAAAAHsQ/AQ3Yu5g-6Vw/s1600/FB%2BLogo%2BBaru%2BKK.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-ybdQv94SNOk/VClQo_C1UsI/AAAAAAAAHsQ/AQ3Yu5g-6Vw/s72-c/FB%2BLogo%2BBaru%2BKK.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/kata-ganti-diri-aku-kepada-kk.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/kata-ganti-diri-aku-kepada-kk.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy