Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum – Kesempatan pada kelapangan malam minggu yang lalu, saya sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu ...

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum – Kesempatan pada kelapangan malam minggu yang lalu, saya sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu sendiri dengan Cikgu Indera Saifullah yang merupakan pengasas kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pertemuan santai menjalin keakraban silaturrahim itu mengetengahkan perkongsian ilmiah tentang rawatan dan perubatan holistik Islamiah. Sesungguhnya, ilmu Allah itu terbentang luas dan hanya kita sahaja yang kadang kala alpa atas segala nikmat kurniaanNYA… subhanallah.


Kelebihan Rawatan Perubatan Islam


Pada artikel sebelum ini, saya ada memperkenalkan tentang Pusat Rawatan Holistik Islamiah Al-Qayyum. Justeru, perkongsian kali ini adalah mengenai keistimewaan kaedah penyembuhan holistik Pusat Rawatan Al-Qayyum itu sendiri.

Pusat Rawatan Al-Qayyum mengamalkan kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang bukan hanya menitikberatkan penyembuhan dari sudut jasmani semata-mata, tetapi merangkumi sudut rohani, minda, hati dan jiwa insan. Antara perkongsian Cikgu Indera Saifullah ialah berkenaan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam merawat sesuatu penyakit yang dihidapi pesakit. Rawatan ‘scanning’ adalah kaedah permulaan yang dilakukan bagi memastikan simptom dan tahap keseriusan penyakit atau masalah yang dihidapi pesakit sebelum meneruskan rawatan selanjutnya.

Punca penyakit atau masalah akan dikenalpasti melalui kaedah ‘scanning’ tersebut berpandukan amalan ayat-ayat suci Al-Quran serta kaedah yang berteraskan As-Sunnah. Perlu juga kita fahami bahawa bukan semua penyakit itu berpunca semata-mata dari gangguan makhluk halus. Ada diantaranya disebabkan ‘stress’ atau masalah yang boleh disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Kebijaksanaan serta keperihatinan Perawat dalam mengenal pasti punca penyakit atau masalah dalam menyembuhkan pesakit merupakan faktor penting yang dititikberatkan oleh Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan rumah dan premis perniagaan
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Rawatan dan terapi Al-Quran
Pusat Rawatan Al-Qayyum
Prosedur rawatan penuh Terapi Al-Quran

13 Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum


Di sini, saya lampirkan maklumat berkenaan 13 keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum yang disalin dari laman blog Pusat Rawatan Al-Qayyum (www.alqayyum2u.blogspot.com). Ia boleh juga di baca di sini:
>>>> 13 Keistimewaan Untuk Anda Di Pusat RawatanAl-Qayyum

- Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah Al-Qayyum;

1. Boleh diaplikasikan sebagai Rawatan UTAMA, Rawatan TERAPI dan Rawatan SOKONGAN kepada perubatan moden.

2. Dapat Mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit ATAU dapat MENGURANGKAN rasa kesakitan ATAU dapat MENYEMBUHKAN Penyakit yang tidak dapat diubati oleh Perubatan Moden ATAU KESEMUANYA. In shaa Allah.

3. Mengaitkan aspek BADAN, MINDA, ROHANI, HATI DAN JIWA seseorang pesakit itu dan bukan semata-mata hanya merawat aspek kesihatan fizikal.

4. Gabungan khasiat dan fadhilat ayat-ayat suci AL-QURAN, AS-SUNNAH, ZIKRULLAH, ASMA'UL HUSNA SERTA DOA-DOA MUSTAJAB SECARA INTENSIF.

5. Gabungan variasi pelbagai kepakaran PERUBATAN ISLAM, TRADISIONAL, ALTERNATIF, KOMPLIMENTARI DAN SUPLIMENTARI.

6. PENDEKATAN MENYELURUH ISLAMIAH melalui kaunseling, psykologi, kerohanian Islam (dakwah), sumber dan tenaga alam semulajadi, terapi (berbagai jenis), herba tradisional dan produk kesihatan Islam; yang berlandaskan SYARIAT ISLAM DAN HUKUM SYARAK sepenuhnya.

7. Sesi Rawatan dan Terapi yang dijalankan secara EKSKLUSIF ke atas setiap Pesakit; yakni tidak bercampur dengan mana-mana Pesakit lain dalam bilik yang sama. Ini akan dapat memastikan privasi menjaga maruah diri dan kerahsiaan Pesakit.

8. ETIKA MELINDUNGI - segala maklumat peribadi pesakit sentiasa dianggap Sulit dan Rahsia.

9. Kaedah yang dijalankan telah diintepretasi, direkabentuk dengan teliti serta dilaksanakan secara SISTEMATIK; menurut protokol dan Prosedur Operasi Tetap (Standard Operation Prosedure) demi keselamatan, faedah dan kepuasan kepada para pesakit.

10. Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah kami jalankan adalah TERBUKTI BERKESAN di dalam merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit dan masalah yang berkaitan - melalui PENGALAMAN SEBENAR kami merawat pesakit sebelum ini.

11. LAYANAN ISTIMEWA - secara peribadi, terperinci, profesional dan mesra oleh Perawat bagi setiap penyakit dan masalah.

12. USAHA SECARA ISTIQOMAH (BERTERUSAN) - demi untuk menyembuhkan penyakit atau masalah dengan sempurna; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua.

13. SUASANA DALAMAN YANG KONDUKTIF, SELESA DAN MENENANGKAN - yang menggabungkan ciri-ciri Surau, Spa dan Klinik sebagai interpretasi mantap Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah.

Penyembuhan Holistik Islamiah Al-Qayyum menggabungkan kepakaran Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Komplimentari dan Suplimentari yang berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Zikrullah, Asma’ul Husna serta doa-doa mustajab secara intensif.


Jelaslah sesungguhnya Perubatan Holistik Islamiah Pusat Rawatan Al-Qayyum, tidak menentang sebarang elemen dalam perubatan moden. Malahan, Perubatan Islam ini sepatutnya menjadi asas paling utama khususnya kepada masyarakat Islam sebagai rawatan sokongan kepada perubatan moden. Persepsi sesetengah masyarakat kita yang memandang perubatan Islam ini sekadar perubatan alternatif dan hanya diperlukan apabila tiada penyelesaian yang diperolehi dari perubatan moden perlulah diubah. Ketahuilah bahawa Islam itu sendiri merupakan paksi utama untuk kehidupan kita. Melalui amalan yang disertakan kaedah-kaedah tertentu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya mampu merawat penyakit dan merupakan penyembuh yang paling mujarab… subhanallah.

Pusat Rawatan Al-Qayyum, Cikgu Indera Saifullah Tahir, Khir Khalid
Santai ilmu bersama Cikgu Indera Saifullah, Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum

Justeru, saya sediakan di bawah link rujukan ke laman blog dan Facebook page Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk maklumat lanjut termasuk temujanji Perawat kepada yang berhasrat mendapatkan rawatan penyakit dan masalah yang dihadapi;
  
Laman Blog
 www.alqayyum2u.blogspot.com

Facebook Page
 www.facebook.com/alqayyum2u

Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment,
Bandar Sri Damansara, 52200, Kuala Lumpur

Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum


'Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan 
dan iblis laknatullah'

Pusat Rawatan Al-Qayyum
Pusat Rawatan Al-Qayyum

EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI


COMMENTS

BLOGGER: 45
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum
Keistimewaan Pusat Rawatan Al-Qayyum
https://1.bp.blogspot.com/-6n8Nd4Lf_ys/VCqyLB5GA6I/AAAAAAAAHtU/17d5XeBMfUs/s1600/1555552_914462131901745_8759419097907366833_n.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-6n8Nd4Lf_ys/VCqyLB5GA6I/AAAAAAAAHtU/17d5XeBMfUs/s72-c/1555552_914462131901745_8759419097907366833_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/keistimewaan-pusat-rawatan-al-qayyum.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/keistimewaan-pusat-rawatan-al-qayyum.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy