Keunikan Menara Condong Teluk Intan, Perak

Menara Condong Teluk Intan, Perak

Menara Condong Teluk Intan merupakan tarikan utama yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan, Perak. Justeru, dalam program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak pada 16 hingga 18 Ogos 2014 yang lalu, kami juga berkesempatan untuk singgah melihat sendiri dan menghargai keunikan senibina Menara Condong Teluk Intan yang bersejarah ini.

Menara Condong Teluk Intan, Perak

Sejarah Menara Condong Teluk Intan, Perak


Sejarah Menara Condong Teluk Intan yang memiliki ketinggian 85 kaki dengan 110 anak tangga ini telah dibina pada tahun 1885 dan masih teguh berdiri walaupun telah menjangkau usia lebih 100 tahun. Ia sebenarnya merupakan tangki air untuk bekalan air bersih serta sebagai persediaan sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Selain itu, ia dilengkapi dengan jam sebagai penentu waktu serta pernah berperanan sebagai penunjuk arah kapal-kapal ke Teluk Anson. Bandar ini telah bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan berkuatkuasa 1 Januari 1982.

Menara unik dengan senibina berbentuk pagoda ini mempunyai 3 tingkat walaupun kelihatan seperti 8 tingkat dari luar. Ia pada asalnya didirikan tegak oleh arkitek bernama Leong Choon Chong seperti mana bangunan-bangunan yang lain. Namun ia mula condong setelah berlakunya banjir besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan menara tersebut. Antara faktor lain yang turut menyumbang kecondongan adalah disebabkan ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut serta dipengaruhi dengan bebanan tangki menakung air di menara tersebut.    

Menara Condong Teluk Intan, Perak

Menara Condong Teluk Intan ini sudah tidak lagi digunakan dan kini hanya menjadi ‘landmark’ tarikan pelancong yang mengunjungi Bandar Teluk Intan, Perak.

Suasana Sekitar Menara Condong Teluk Intan


Kami berpeluang singgah 2 kali ke menara tersebut. Kali pertama adalah pada malam pertama kami berada di Teluk Intan. Walaupun keadaan di bandar Teluk Intan pada malam tersebut agak sibuk disebabkan adanya pasar malam, kami berpeluang juga singgah atas ihsan pemandu pelancong yang sudi membawa kami selepas selesai acara makan malam bersama. Keadaan juga telah mula reda dari kesibukan pasar malam setibanya kami di sana.  

Terpesona melihat suasana malam Menara Condong Teluk Intan dengan lampu yang sentiasa berubah warna.  

Menara Condong Teluk Intan, Perak
Panorama malam Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Peluang keemasan ber'selfie'.. tak lepas peluang.. :D

Kami singgah lagi buat kedua kalinya pada hari terakhir di Teluk Intan sebelum berangkat menuju ke Pasir Salak. Sayangnya, kami singgah pada hari Isnin iaitu hari ianya ditutup. Berdasarkan papan tanda yang terdapat di sana, waktu lawatan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin. Walaupun begitu, aku tetap gembira kerana berpeluang merakamkan beberapa gambar ceria di luar, bersama kakitangan Tourism Malaysia Perak dan peserta FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 di Menara Condong Teluk Intan ini untuk diabadikan sebagai kenangan.   

Menara Condong Teluk Intan, Perak
Panorama dari seberang jalanraya.. di kiri adalah bas yang membawa kami.
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Ambil peluang jadi model blog huhu.. :D
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Gate masuk ke Menara Condong yang dikunci
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Waktu lawatan untuk rujukan anda
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Bersama abam-abam hensem.. :))
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Manis-manis dengan senyuman.. :D
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Groupfie dari master groupfie www.eshamzhalim.com ... yeay!

Menghargai Keunikan Senibina Menara Condong Teluk Intan, Perak


Menghargai keunikan senibina Menara Condong Teluk Intan sebagai satu warisan sejarah negara yang berharga. Ia secara tidak langsung memberi gambaran kepada kita tentang suasana kehidupan lampau yang diterjemahkan melalui senibina yang ditinggalkan. Menara Condong Teluk Intan di Perak ini juga tersenarai antara 7 keajaiban menarik yang terdapat di Malaysia. Maka, jangan lepakan peluang anda untuk berkunjung ke sini sekiranya anda berada di Perak.

Moh Kite Ke Menara Condong Teluk Intan, Perak!!!  

Menara Condong Teluk Intan, Perak
Menara Condong Teluk Intan, Perak
Kredit gambar : Tourism Malaysia Perak

Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan yang terdapat di negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang pelancongan di negeri Perak.Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh 
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Anda juga dipersilakan untuk like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk mengikuti maklumat dan aktiviti terkini di Perak.

Like Facebook - Tourism Malaysia Perak 


COMMENTS

BLOGGER: 79
Loading...
Name

Bisnes,45,Blogging,147,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,119,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,34,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,139,MDEC,3,Motivasi,118,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,46,RWGenting,28,Sosio-Pendidikan,90,Sunway,7,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Keunikan Menara Condong Teluk Intan, Perak
Keunikan Menara Condong Teluk Intan, Perak
Menara Condong Teluk Intan, Perak
https://1.bp.blogspot.com/-pJzBu11Fh0s/VASYtftEv9I/AAAAAAAAHVI/8-4RtkJvLsg/s1600/P_20140818_093013.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-pJzBu11Fh0s/VASYtftEv9I/AAAAAAAAHVI/8-4RtkJvLsg/s72-c/P_20140818_093013.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/keunikan-menara-condong-teluk-intan-perak.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/keunikan-menara-condong-teluk-intan-perak.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy