Majlis Solat Hajat SK Tasik Puteri 2

Majlis Solat Hajat, S.K. Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor

Pada Jumaat (5/9/2014), telah diadakan majlis solat hajat SK Tasik Puteri 2 bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Majlis solat hajat ini diadakan sebagai salah satu usaha SK Tasik Puteri 2 untuk persediaan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR bermula pada 9 September ini.  

Majlis Solat Hajat Sempena Peperiksaan UPSR


Majlis Solat Hajat SK Tasik Puteri 2 sempena peperiksaan UPSR ini dihadiri oleh ibu bapa, guru dan pelajar terutamanya calon-calon UPSR termasuk penduduk sekitar qariah masjid ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan Ya’asin yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid  Bandar Tasik Puteri. Pihak sekolah turut menyediakan botol-botol minuman untuk dibacakan Ya’asin dan diagihkan kepada ibu bapa serta pelajar yang terlibat. Solat hajat pula dikerjakan sejurus selepas solat Isyak dan selesai sekitar jam 9:30 malam.

Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2

Saya sekeluarga turut hadir dalam majlis solat hajat ini kerana anak lelaki kami juga akan menghadapi peperiksaan UPSR. Ia juga merupakan pengalaman kedua sebagai ibu bapa menghadapi anak yang menduduki peperiksaan UPSR selepas anak sulung kami pada tahun 2012. Apa yang membezakan dahulu dan sekarang ialah kerenah persediaan antara anak lelaki dan perempuan. Kalau diikutkan dari soal pembelajaran sememangnya anak lelaki agak sedikit mencabar.. huh.. nama pun budak lelaki kan… :D

Apa pun, itu hanyalah pandangan sendiri sebagai seorang bapa yang mungkin berbeza dari pengalaman orang lain. Beberapa bulan lepas, anak saya telah pun mendaftar kad pengenalan. Kini sedang melewati saat akhir persediaan menghadapi peperiksaan UPSR dan sedikit waktu lagi pula akan menempuhi gerbang alam remaja. Secara peribadi, cabaran sebagai seorang bapa semakin dirasai. Semoga Allah jua yang memberi kekuatan dan dipermudahkan segalanya, in shaa Allah…

Gambar Sekitar Majlis  Solat Hajat SK Tasik Puteri 2


Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Suasana sebelum bacaan surah Ya'asin bermula
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Menutup botol-botol yang telah selesai dibacakan Ya'asiin
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Suasana selepas selesai menunaikan solat hajat
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
Turut menerima makanan untuk dibawa pulang
Majlis Solat Hajat S.K. Tasik Puteri 2
All the best guys... Semoga berjaya!!!

Semoga majlis solat hajat SK Tasik Puteri 2 ini beroleh perkenan serta keberkatan Allah swt. Justeru, kesempatan melalui artikel ini, saya memohon kepada sahabat pembaca sekelian agar sudi mendoakan kejayaan buat anak kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Tidak lupa juga, bersama-sama kita mendoakan kejayaan seluruh anak bangsa kita yang akan menghadapi peperiksaan UPSR ini di mana jua, semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang… aamiin.

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Calon-Calon UPSR SK Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor… Semoga Berjaya!



COMMENTS

BLOGGER: 56
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Solat Hajat SK Tasik Puteri 2
Majlis Solat Hajat SK Tasik Puteri 2
Majlis Solat Hajat, S.K. Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor
http://1.bp.blogspot.com/-KtITJTzLg74/VAnyvS-T5zI/AAAAAAAAHaI/iCcG5G427hE/s1600/10590476_902399179774707_7533509458290491335_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-KtITJTzLg74/VAnyvS-T5zI/AAAAAAAAHaI/iCcG5G427hE/s72-c/10590476_902399179774707_7533509458290491335_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/majlis-solat-hajat-sk-tasik-puteri-2.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/majlis-solat-hajat-sk-tasik-puteri-2.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy