Mee Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan

Mee Rebus Mastan Ghani

Mee Rebus Mastan Ghani sememangnya terkenal dan tersohor di Teluk Intan, Perak. Itulah yang diperkatakan oleh kebanyakkan orang apabila bercerita tentang lokasi pilihan antara makanan popular di sekitar bandar Teluk Intan ini. Kesempatan dalam program FAM Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak, aku berpeluang merasai sendiri keenakan mee rebus Mastan Ghani yang menyelerakan.

Mee Rebus Mastan Ghani

Restoran Mee Rebus Mastan Ghani


Selesai acara memancing udang di Sungai Perak, kami telah dibawa menjamu selera petang ke restoran Mastan Ghani yang terletak di Bandar Teluk Intan. Kepenatan kami setelah hampir seharian memancing udang terubat apabila dihidangkan dengan air lychee bersama sepinggan mee rebus. Oleh kerana aku juga boleh dikira sebagai peminat mee rebus, hidangan ini umpama pucuk dicita, ulam yang mendatang hehee…

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, restoran ini telah wujud sejak sekitar tahun 60an lagi. Namun ia bukanlah di restoran yang kami makan ini, tetapi di sebuah lagi restoran pertama yang hanya beberapa meter sahaja di seberang jalan. Kepada sesiapa yang biasa berkunjung ke bandar ini atau warga Teluk Intan pastinya lebih mengetahui tentang sejarah mahu pun keistimewaan restoran Mastan Ghani ini. Kalau tak tahu, aku pun tak boleh nak kata apa… Apa yang aku pasti, mee rebus Mastan Ghani ini memang terbaik… sedap!

Pekena Mee Rebus Mastan Ghani


Mee Rebus Mastan Ghani
Tuuu dia...

Selain mee rebus, terdapat juga rojak, nasi ayam dan briyani. Makanan kami ditaja oleh Tourism Malaysia Perak, dan memadailah mee rebus yang cukup popular ini memenuhi selera dan perut kami yang dalam kepenatan selepas memancing udang. Bila dah pekena mee rebus Mastan Ghani, memang dah tak pandang kiri kanan… Tak percaya? Kenalah datang ke Teluk Intan dan mencubanya sendiri…

Mee Rebus Mastan Ghani
Menu berserta harga untuk rujukan anda.
Mee Rebus Mastan Ghani
Selfi dulu sebelum makan... baru happening... :D
Mee Rebus Mastan Ghani
Kasi up load lagi sekali hehee.. mee rebus bersama segelas lychee.. perfecto.. :)
Mee Rebus Mastan Ghani
Restoran pertama di seberang jalan... sebaris dengan Menara Condong

Moh Ke Teluk Intan Pekena Mee Rebus Mastan Ghani!!!


Kepada anda yang bercadang untuk berkunjung ke Teluk Intan, melihat keunikan Menara Condong, memancing udang atau pun sekadar berjalan-jalan, pastikan mee rebus Mastan Ghani ini disenaraikan sebagai salah satu destinasi menjamu selera santai anda... Memang best!

Mee Rebus Mastan Ghani
Yeah makan!!... Bismillah...

Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan yang terdapat di negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang pelancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Anda juga dipersilakan like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk mengikuti maklumat dan aktiviti terkini di Perak.
Like Facebook - Tourism Malaysia Perak



Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 53
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Mee Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan
Mee Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan
Mee Rebus Mastan Ghani
http://4.bp.blogspot.com/-54diyq-PqMI/VAi4kE9E_aI/AAAAAAAAHYk/1uIpAYx7BhA/s1600/P_20140817_174259.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-54diyq-PqMI/VAi4kE9E_aI/AAAAAAAAHYk/1uIpAYx7BhA/s72-c/P_20140817_174259.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/mee-rebus-mastan-ghani-teluk-intan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/mee-rebus-mastan-ghani-teluk-intan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy