Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial

Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial, memahami remaja, kaji selidik remaja, remaja dan belia, kesedaran tentang remaja, motivasi sosial remaja,

Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial – Baru-baru ini saya telah membaca beberapa rujukan intelek pengkajian sains sosial berkenaan isu remaja dalam konteks perspektif sosial. Ia adalah teori yang dihasilkan dari pemerhatian serta penyelidikan terperinci oleh yang berkelayakan. Walaupun nampak ‘simple’, ia berbeza apabila dikupas sebagai bahan rujukan pengkajian. Justeru, terpanggil untuk saya kongsikan sebagai rujukan berkaitan jika diperlukan nanti.

Remaja Dari Perspektif Sosial

Konsep Remaja Dalam Pengkajian Sains Sosial


Terlebih dahulu, semangat saya sedikit kendur apabila ada diantara artikel-artikel berkaitan isu sosial telah di’copy paste’ oleh lanun-lanun blogger yang tidak beretika. Namun atas minat berblogging yang masih teguh, saya tulis juga dari masa kesemasa demi sokongan kerjaya. Cuma, haluan berblog perlu diperkemas agar tidak menjadi seperti Titanic. Makanya, kalau artikel ini pun mahu di’copy paste’ masukan sekali perkataan Khir Khalid ini… Sesungguhnya, bukan tidak suka ilmu dikongsi tetapi biarlah dengan cara yang elok. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.

Berbalik kepada konsep remaja dalam pengkajian sains sosial, kategori remaja adalah golongan yang berumur antara 12 hingga 21 tahun. Ini bermakna, seseorang itu dikategorikan sebagai remaja bermula seawal tingkatan 1 lagi. Remaja normal, membesar dengan kematangan seiring perkembangan fisiologi tubuh badan, manakala dari segi psikologi, remaja adalah waktu peringkat peralihan yang menghubungkan usia antara peringkat kanak-kanak kepada dewasa. Tahap pemikiran seseorang remaja pula berkembang mengikut pendidikan, persekitaran dan sub-budaya yang diserap dikalangan mereka sepanjang dalam tempoh garis usia peralihan tersebut.

Remaja Dari Perspektif Sosial

Teori Pembentukan Personaliti Sosial Remaja


Pada usia remaja, seseorang akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuk perubahan emosi, jasmani dan sosial. Pada peringkat ini emosi seseorang remaja mudah terganggu walaupun dari segi penerampilan fizikalnya jelas bertenaga. Inilah juga peringkat waktunya setiap remaja menempuhi masalah kecelaruan identiti serta personaliti keperibadian diri.

Mereka kebiasaannya sukar ditegur, sensitif dan memberontak secara nyata atau senyap. Mereka adalah golongan yang mudah terarah untuk ‘mencuba’ dan sukar untuk berkata ‘tidak’ kepada diri sendiri. Remaja juga akan mengalami peringkat perubahan emosi dimana mereka mula tertarik kepada berlainan jantina dengan perasaan yang berbeza dari sebelumnya. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Namun kesemua perkara tersebut perlu dikendalikan sendiri oleh individu remaja itu berbekalkan pengaruh dan bimbingan ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat seluruhnya yang diserap secara separa sedar.

Identiti keperibadian seorang remaja berdasarkan konsep keremajaan iaitu ‘siapa diri mereka sebenar’ hanya boleh terbentuk melalui persepsi sendiri yang diserap melalui persekitaran alam kehidupan mereka. Jika remaja itu gagal menyerap kesemua elemen dengan harmoni, atau terdapat banyak elemen negatif berbanding positif, ia mampu menjejaskan psikologi mental mereka apabila memasuki alam dewasa dan sukar dipulihkan.

Dalam perkara ini, saya jadikan isu ‘copy paste’ atau ‘plagiarisme’ sebagai contoh dalam pembentukan personaliti sosial. Pengaruh negatif yang banyak diserap ketika alam remaja menyebabkan lanun-lanun keyboard ini menjadi selesa dengan ‘plagiarisme’ sehingga dewasa. Ia berpunca dari pengaruh ibu bapa, keluarga atau rakan mereka yang kuat meniru, maka pembawakan itu kekal sehingga dewasa. Maaf jika contoh yang diberikan ini kasar tetapi itulah hakikatnya jika berpandukan konsep sains sosial keremajaan yang diguna pakai oleh pengkaji sosial diseluruh dunia. Pengaruh persekitaran sepanjang waktu remaja itu yang membentuk personaliti dan tingkahlaku sosial seseorang dalam kehidupan mereka apabila dewasa.
  
Seringkali juga kita dengar mengenai pelbagai kerenah golongan remaja. Mereka berpeleseran, melepak, lari dari rumah, terjebak dengan dadah, rempit, bohsia dan merogol serta pelbagai lagi masalah keruntuhan moral. Apakah remaja semuanya bermasalah? Kenapa situasi remaja masa kini menjadi sedemikian rupa? Justeru, segala rujukan berdasarkan konsep dan teori saling terkait dengan catatan di atas. Solusinya terletak ditangan individu itu sendiri. Hakikatnya tidak kurang juga golongan remaja yang mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Cuma, golongan remaja bermasalah mendapat lebih isu pelbagai pihak termasuk para pengkaji sosial, para pendidik dan juga masyarakat.

Remaja Dari Perspektif Sosial

Pengaruh Persekitaran Membentuk Personaliti Remaja


Tidak guna menuding jari kerana semua pihak perlu bertanggungjawab memahami remaja dari perspektif sosial demi menangani dan mengekang permasalahan ini. Dalam konteks keremajaan dan alam kehidupan, kita sebagai orang dewasa perlu bersama-sama mencari jalan berdepan dengan golongan remaja dengan cara yang sesuai. Sebagai ibu bapa mahupun individu dewasa seluruhnya, perlulah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik kepada seluruh generasi muda. Kepimpinan melalui teladan… Ia perlu bermula dari kita sendiri sebagai orang dewasa, dari segi perbuatan, tingkah laku dan sikap agar minda mereka menyerap perwatakan baik menjadi sebahagian identiti diri mereka dikemudian hari nanti. Ini menjadi peringatan buat saya juga… in shaa Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 41
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial
Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial
Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial, memahami remaja, kaji selidik remaja, remaja dan belia, kesedaran tentang remaja, motivasi sosial remaja,
https://3.bp.blogspot.com/-FOWW5-kO86U/VAencz2D91I/AAAAAAAAHX8/N7hJgeDtkmY/s1600/2013-10-26%2B17.05.44.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-FOWW5-kO86U/VAencz2D91I/AAAAAAAAHX8/N7hJgeDtkmY/s72-c/2013-10-26%2B17.05.44.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/memahami-remaja-dari-perspektif-sosial.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/memahami-remaja-dari-perspektif-sosial.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy