Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan

Pengaruh sikap dalam membina kejayaan

Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan – Ingin aku berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi dari salah satu seminar yang telah dihadiri tidak lama dahulu. Berdasarkan pandangan dari kebanyakkan pakar motivasi menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan dalam hidup ini bergantung kepada sikap, 19 peratus kejayaan bergantung kepada ilmu dan hanya 1 peratus sahaja yang bersandar kepada nasib. Sikap dan ilmu adalah penentu kepada faktor yang 1 peratus, sama ada bernasib baik atau tidak. Justeru, terpanggil untuk aku coretkan sedikit ulasan sekadar renungan bersama.   

Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan
Suasana dalam satu seminar motivasi sosial yang pernah dihadiri
p/s : jangan pedulikan gambar di cermin tu.. :D

Pengaruh Sikap Dalam Kehidupan Kita


Secara kasar dalam kehidupan ini, kita dapat lihat ada antara orang berilmu tetapi kurang berjaya, ramai yang bijak tetapi kurang cemerlang. Mereka tahu, jika mahukan kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat perlulah bersungguh-sungguh, bekerja keras dengan kesabaran dan perancangan yang bijak. Tetapi sebaliknya ada yang bersikap negatif seperti tidak komited, malas, sambil lewa atau main-main. Namun, apabila seseorang yang bersungguh-sungguh dan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan, sayangnya, timbul pula perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki dari dikalangan yang sambil lewa itu lantas memperkatakan tentang nasib atau lain-lain yang tidak sedap kita dengar.  

Berdasarkan pengkajian, sikaplah yang membezakan antara mereka yang berjaya dengan yang gagal. Definasi kejayaan dan kegagalan pula tidak perlu aku perjelaskan kerana ia bergantung kepada diri individu itu sendiri berdasarkan apa yang dicitakan untuk berjaya. Sebagai contoh, ramai orang yang mahu berjaya dalam kerjaya akan menghadiri pelbagai kursus dan seminar. Mereka diberi input pembelajaran tentang selok belok sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjaya mereka. Segalanya boleh dikatakan tersedia dihadapan mereka untuk dihadamkan oleh minda. Tetapi percayalah, jika sikap negatif yang ada pada diri sendiri tidak mahu diubah, maka tiada apa pun kejayaan yang mampu dicapai.

Keupayaan Niat Membentuk Sikap Untuk Berjaya


Kalau benar kita mempunyai niat mahu memilih untuk berjaya, maka tiada pilihan lain selain berubah kepada sikap yang positif. Ia pasti melibatkan pengorbanan yang antaranya pasti menguji kesabaran kita terhadap tingkah laku insan dan keadaan persekitaran. Ada ketika juga kita mungkin kurang tidur dan terpaksa bekerja dalam satu tempoh masa yang panjang setiap hari. Semua ini adalah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar dalam pembentukan sikap positif jika benar-benar mahu berjaya dalam mencapai matlamat.  

Tiada siapa pun yang berkata mencapai kejayaan itu sesuatu yang mudah kerana sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan sama ada dalam bentuk masa, tenaga, perasaan mahu pun wang ringgit. Setiap kejayaan yang hendak dicapai pasti ada cabaran, dugaan dan rintangan yang menguji kesabaran kerana masa untuk mencapainya itu kebiasaannya panjang. Walau apa sahaja yang dihadapi atau dilakukan perlulah ditempuhi dan dilaksanakan dengan positif kerana kita telah memilih untuk berjaya.

Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan
Kenangan bersama peserta (motivasi & kaunseling) yang dihormati

Membentuk Sikap, “Aku Memilih Untuk Berjaya” Sebagai Motivasi Diri


Antara kata-kata yang mampu menyuntik kekuatan dalaman dan membentuk sikap tidak berputus asa mencapai matlamat untuk berjaya adalah seperti petikan berikut….

Aku pilih untuk berjaya dan segala cabaran yang aku hadapi adalah proses untuk aku berjaya. Aku perlu tempuhi dengan sikap yang positif kerana aku memilih untuk berjaya”.

Sesuatu perubahan yang mahu dicapai dalam hidup ini mestilah dengan reformasi pemikiran diri sendiri. Ia bermula dengan sikap berserta doa, usaha dan tawakkal kepada Allah swt. Cuma, ada diantara kita termasuk aku tidak terkecuali yang kadang-kadang meminta dari Allah swt sedangkan kita kurang melaksanakan usaha di pihak kita. Perumpamaannya sama seperti orang yang belum melaksanakan kerja tetapi sudah meminta upah bayaran yang penuh… wallahualam.

Sesungguhnya, perkongsian tentang pengaruh sikap dalam membina kejayaan ini bukanlah bermaksud bahawa aku seorang yang tinggi ilmunya apatah lagi berjaya. Sekadar berkongsi ilmu yang diperolehi bersama sahabat pembaca yang dihormati sebagai peringatan buat diri ini. Marilah kita perhati sikap kita dan membentuknya ke jalan yang positif. Perlu banyak berbuat kebaikan serta kebajikan, perlu lebih taqwa, perbanyakkan zikir dan mengingati Allah, perlu banyak fikir serta perbanyakkan doa. Barulah Allah swt ubah nasib kita kerana sesungguhnya Allah swt itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana… subhanallah.


Salam Hormat
Khir Khalid



COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan
Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan
Pengaruh sikap dalam membina kejayaan
http://2.bp.blogspot.com/-yi1hJk16RR0/VAyFGUipebI/AAAAAAAAHd0/8rw76ue9ClI/s1600/24032012169.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-yi1hJk16RR0/VAyFGUipebI/AAAAAAAAHd0/8rw76ue9ClI/s72-c/24032012169.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/pengaruh-sikap-dalam-membina-kejayaan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/pengaruh-sikap-dalam-membina-kejayaan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy