Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL

Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL, Parol Kuala Lumpur, Parol dan perkhidmatan komuniti

Pada 15 September 2014, telah diadakan Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 dan Hari Malaysia buat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P Kuala. Lumpur (Parol WPKL). Program yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa ini diadakan khusus kepada Orang DiParol (ODP) dan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW) dibawah seliaan Parol WPKL agar dapat berkumpul bersama ahli keluarga mereka termasuk anggota serta sukarelawan Parol sebagai kelompok sokongan sosial dalam satu intervensi ilmu melalui aktiviti riadah di dalam komuniti.

Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL

Peranan Kelompok Sokongan Sosial


Intipati program selain menghargai Hari Kemerdekaan ke 57 dan Hari Malaysia adalah untuk menyuntik kesedaran kepada ODP dan PKW tentang pemikiran yang positif bermula dengan cara hidup yang sihat. Ia juga merupakan program intervensi dalam komuniti yang memberi pendedahan kepada mereka yang terlibat dengan memperkenalkan salah satu lokasi riadah dan santai di kota metropolitan ini berteraskan konsep sosial dan kekeluargaan dalam persekitaran komuniti yang positif.

Bagi memastikan keberkesanan jangka panjang pemulihan melalui program intervensi seperti ini, ODP dan PKW diberi pendedahan dan ruang untuk memperbaiki diri ke arah kehidupan yang baik melalui pergaulan bersama kelompok sokongan sosial yang ada bersama-sama mereka. Dengan adanya kelompok yang berperanan menerima dan memahami, ia secara tidak langsung mampu dijadikan sebagai benteng kepada ODP dan PKW dalam membina jati diri untuk menangkis segala anasir negatif seterusnya mencegah dari terjurus kembali ke kancah keburukan. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting sebagai sumber motivasi dan sokongan moral merangkumi ahli keluarga mereka agar sentiasa tabah dalam mengharungi cabaran kehidupan diatas landasan yang diberkati.  

Program yang bermula jam 8 pagi ini disertakan dengan aktiviti riadah ‘berjalan 1000 langkah’ mengelilingi persekitaran Taman Tasik Titiwangsa dan berakhir sekitar 12 tengah hari dengan pengisian santai yang cukup bermanfaat dalam menyokong pembentukan masyarakat yang sejahtera.

Gambar-Gambar Semasa Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Berlangsung


Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Sesi memanaskan badan sebelum 'berjalan 1000 langkah'
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Berjalan bersama-sama mengelilingi Tasik Titiwangsa
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Panorama Kuala Lumpur yang sempat dirakam
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Walaupun berbaju kerja, namun ia bukan penghalang untuk aku berjalan sejauh 3km
mengelilingi tasik... Ketat je muka tu huhu.. - Kredit Gambar : Parol WPKL 
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Berjalan terus maju ke hadapan
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Perkongsian motivasi dan nasihat yang disampaikan oleh Pengarah Parol WPKL
PP Saidun Othman, yang turut serta 'berjalan 1000 langkah' bersama-sama. 

Peranan Parol Sebagai Tapak Sokongan Sosial Dalam Pemutihan Kitar Semula Modal Insan


Justeru, peranan kelompok sokongan sosial amatlah penting bagi memastikan mereka yang insaf dan bertekad untuk berubah tidak berasa tersisih atau dipinggirkan walaupun perlu berhadapan dengan stigma masyarakat. Melalui dorongan positif yang berterusan juga dapat melahirkan kesedaran yang mendalam kepada ODP dan PKW untuk sentiasa memegang amanah dan menghargai kepercayaan yang dianugerahkan atas nama peluang kedua.

“No Trust, No Parole”… Tanpa kepercayaan, maka tiadalah peluang untuk parol...

Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL


Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Logo Parol, Parol Kuala Lumpur, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia



Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 58
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL
Program Sambutan Kibar Jalur Gemilang Parol WPKL, Parol Kuala Lumpur, Parol dan perkhidmatan komuniti
http://2.bp.blogspot.com/-d7eKf1S27is/VBlC1JPqwMI/AAAAAAAAHhs/1iIzdaVENPE/s1600/10703752_908418599172765_1727926949189053374_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-d7eKf1S27is/VBlC1JPqwMI/AAAAAAAAHhs/1iIzdaVENPE/s72-c/10703752_908418599172765_1727926949189053374_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/program-sambutan-kibar-jalur-gemilang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/program-sambutan-kibar-jalur-gemilang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy