Tafsir Mimpi Penjara Bentong

Penjara Bentong, Jabatan penjara Malaysia, Kenangan Keusahawanan Sosial dalam segmen Koreksional di penjara bentong,

Tafsir mimpi Penjara Bentong
MyMetro - 27 April 2012
Mimpi berulang lagi… kali ini masuk kali ke 4 saya bermimpi perkara yang sama. Lantas, membuatkan saya ingin mencoretkan sedikit perkongsian dan bertanyakan pendapat dari sahabat pembaca yang dihormati tentang tafsiran mimpi tersebut.

Mimpi yang berlaku lantaran peristiwa yang tak disangka, seterusnya mengheret kembali memori satu kisah di Penjara Bentong, Pahang.


Kisah Di Penjara Bentong


Sebelum itu, ingin saya ceritakan kisah yang terkait dengan 2 gambar di atas.

Ia bermula sekitar 2010, sewaktu saya terlibat dalam menjayakan Program Bengkel Akademik di Penjara Bentong, Pahang. Saya diberi tanggungjawab membantu tenaga pengajar koreksional dalam menyuntik motivasi kepada penghuni penjara yang menduduki SPM pada tahun 2010.

Kebanyakkan penghuni berusia 20an mengambil keputusan menduduki SPM atas kesedaran sendiri. Berhasrat menebus kesilapan serta berubah membina kehidupan yang baik apabila dibebaskan. Alhamdulillah… ada yang berjaya tersenarai antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam senarai pelajar-pelajar SPM di negeri Pahang bagi tahun 2010.

Sungguh pun begitu, peristiwa gambar yang diperolehi dari petikan berita ini berlaku pada tahun 2012. Allahyarham bernama Nasrul, pernah dipenjarakan kerana memiliki senjata api dari negara jiran merupakan antara penghuni yang saya bimbing.

Arwah antara pelajar muda yang tercicir pembelajaran sebelum dipenjarakan tetapi jelas menampakkan keinsafan. Berita tersebut amat menyentap hati bila saya membacanya. Segala perasaan timbul dalam diri. Secara jujur, bergenang air mata… sedih, marah, sayu, hampa, terkilan…

Tafsir mimpi penjara bentong
Harian Metro - 27 April 2012

Saya Dan Arwah Nasrul Di Penjara Bentong      


Kepada sesiapa yang membaca artikel ini sama ada pernah bertugas atau dari kalangan bekas penghuni a.k.a pelajar Bengkel Akademik Penjara Bentong 2010, pasti kenal saya.

Saya menjadi tempat meluahkan isi hati peribadi pelajar. Arwah antara yang tegar dan banyak luahan saya dengar darinya. Tentang peribadi, keluarga, ibu bapa, adik beradik dan dunia gelapnya dulu.

Boleh dikatakan, saya seolah-olah sudah mengenali perwatakan arwah melalui setiap ahli keluarga yang diceritakan walaupun tidak pernah bersua dengan mereka. Keluarga yang baik dan hampir setiap bulan juga, arwah tidak pernah sepi dari kunjungan lawatan keluarganya.

Saya menganggap arwah antara insan yang mempunyai impian dan harapan tinggi untuk berubah. Arwah seorang yang amat tekun dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Secara jujur, selain membantu dalam pelajaran, waktu terluang antaranya kami penuhkan dengan menyemak pembacaan Al Quran yang arwah baca hingga khatam.

Saya diangkat arwah sebagai ‘cikgu’ dan abang. Sayang, sungguh menyedihkan apabila ini yang berlaku dalam waktu kurang setahun dibebaskan. Kegagalan arwah untuk berubah sedikit sebanyak mencerminkan kegagalan saya dalam membantu.

Tafsir mimpi penjara bentong

Mimpi Penjara Bentong Hadir Berulang Kali


Setahun setelah arwah meninggal dunia, saya didatangi mimpi yang sama malah lebih kerap dalam tahun 2014 ini. Saya bermimpi bertemu arwah di Bengkel Akademik Penjara Bentong, tetapi jeriji besi memisahkan arwah yang duduk berteleku di lantai sebelah sana.

Arwah memandang dan berkata-kata seperti ingin menyampaikan sesuatu, malang apa yang diperkatakan tidak langsung saya dengar seumpama menonton rancangan televisyen tanpa suara. Sedang saya cuba mendekati jeriji besi merapati arwah, saya ditarik kuat oleh wardar penjara seperti menyelamatkan dari sesuatu ancaman sehingga saya tersedar. Mimpi sama berlaku 4 kali.      

Mengingati saat akhir pertemuan, arwah pernah berkata “abang… bila saya bebas, kalau abang ada problem yang tak tahu mana nak pandang.. cari saya.. saya akan tolong abang apa cara pun…”.

Banyak kata-kata seperti itu saya terima termasuk dari yang lain dan tidak pernah jadikan sebagai sandaran. Saya ikhlas membantu sebagai antara pencetus aspirasi Keusahawanan sosial yang diceburi. Malah tidak terlintas menganggap apa yang arwah perkatakan itu mendorong kepada yang negatif.

Cuma… mengapa kini, saya rasakan bahawa arwah yang mencari saya untuk pertolongan atau ada sesuatu yang cuba disampaikan?

Adakah ia sekadar mainan tidur minda separa sedar yang terkesan dengan peristiwa diluar kotak pemikiran terhadap seorang yang tidak saya menyangka sanggup melakukannya. Atau ada maksud lain yang perlu diperhalusi untuk kebaikan arwah.. wallahualam.

Jika ada yang pernah mengalami mimpi yang hampir sama, saya mohon sedikit pandangan untuk dikongsikan.

#Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Nasrul Mat Nasir. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesilapannya… aamiin.

Tambahan Terkini.

Alhamdulillah, terima kasih kepada ahli keluarga yang menghubungi setelah hampir 4 tahun artikel ini ditulis. Ada amanah yang perlu saya lunaskan atas permintaan arwah sebelum beliau meninggal dunia.

Mohon sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan doakan moga arwah beroleh pengampunan, sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sana.. aamiin.

Al-Fatihah.


COMMENTS

BLOGGER: 63
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Tafsir Mimpi Penjara Bentong
Tafsir Mimpi Penjara Bentong
Penjara Bentong, Jabatan penjara Malaysia, Kenangan Keusahawanan Sosial dalam segmen Koreksional di penjara bentong,
https://3.bp.blogspot.com/-KvILBlrsz_A/VCdSTYpAfNI/AAAAAAAAHrg/VUwGaI8x3fo/s1600/Dua%2Bpenjenayah%2Bmati%2Bditembak%2B1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-KvILBlrsz_A/VCdSTYpAfNI/AAAAAAAAHrg/VUwGaI8x3fo/s72-c/Dua%2Bpenjenayah%2Bmati%2Bditembak%2B1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/09/tafsir-mimpi-penjara-bentong.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/09/tafsir-mimpi-penjara-bentong.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy