Hargai Nyawa Dan Sayangi Keluarga

Bandar Tasik Puteri, Rawang, kesedaran sosial, hargai nyawa

Hargai Nyawa Dan Sayangi Keluarga - Setelah beberapa kali terjumpa dengan situasi seperti di bawah, kali ini puan Mem sempat merakam beberapa gambar untuk KK kongsikan sebagai peringatan bersama. Ia diambil di sekitar taman perumahan sewaktu dalam perjalanan pulang mengambil anak balik dari sekolah.

Bandar Tasik Puteri, Rawang

Tentang Keselamatan Dan Nilai Nyawa


Apa pun artikel ini bukanlah bermaksud yang kami ibu bapa sempurna. Tetapi kalau dah memandu, sememangnya KK sendiri tidak akan membenarkan perlakuan seperti ini. Pasti anak-anak dah kena marah, paling tidak kalau menumpang kereta saudara yang masih muda pasti akan dipesan… “jangan sekali-kali keluar kepala dari tingkap kereta”… “hati-hati memandu… “. Ye tak?

Walaupun KK tak pasti sama ada pemandu kereta tersebut adalah bapa, abang atau saudara kepada budak yang ‘bertenggek’ itu, semestinya pemandu tentulah lebih dewasa dan bertanggungjawab. Kereta pula bergerak di jalan utama taman perumahan dalam kelajuan yang sememangnya boleh memudaratkan. Lebih membimbangkan, ia bukanlah pertama kali berlaku dan ada lebih kurang 3 kereta yang selalu dilihat berbuat seperti ini hampir setiap petang…

Bandar Tasik Puteri, Rawang

Sebenarnya, bukan KK nak menyibuk tepi kain orang, tetapi kalau anda sebagai ibu bapa atau saudara kepada anak tersebut, adakah anda menggalakkan aksi seperti ini sewaktu anda memandu? 

Nilai Nyawa Dan Erti Kasih Sayang


Dalam elemen kesedaran sosial, ada frasa yang disebut “nampak tetapi membiarkan. Ia sebenarnya berkait rapat dengan Islam dalam hubungan bermasyarakat. Sebagai insan yang bertanggungjawab, kita dituntut untuk saling ingat mengingati, tegur-menegur dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan agar kita tidak tergolong sebagai manusia yang nampak sesuatu kesalahan tetapi hanya membiarkan.

Tetapi realiti sosial bermasyarakat dalam sesebuah komuniti masa kini, ada sesetengah perkara yang sukar untuk kita tegur. Secara jujur ada yang pernah ditegur, tetapi kita dianggap macam bagus. Tak ditegur rasa bersalah… ditegur jadi gaduh pula…

Malang tidak berbau. Janganlah ‘nampak tetapi membiarkan’ nyawa insan yang kita sayangi melakukan perkara seperti ini…


Sememangnya ajal dan maut itu ditangan Allah SWT, tetapi kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, siapakah yang akan dipersalahkan. Menyesal air mata darah pun sudah tiada gunanya lagi. Justeru, jadikanlah perkara ini sebagai peringatan (berpesan-pesan kepada kebaikan) buat kita bersama.

Hargai nyawa dan sayangi keluarga.


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hargai Nyawa Dan Sayangi Keluarga
Hargai Nyawa Dan Sayangi Keluarga
Bandar Tasik Puteri, Rawang, kesedaran sosial, hargai nyawa
http://4.bp.blogspot.com/-h9oVbr5rgTQ/VDwS8BfniGI/AAAAAAAAH2Y/EHbTGdMmgdA/s1600/10613112_924525484228743_225000371244142250_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-h9oVbr5rgTQ/VDwS8BfniGI/AAAAAAAAH2Y/EHbTGdMmgdA/s72-c/10613112_924525484228743_225000371244142250_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/hargai-nyawa-dan-sayangi-keluarga.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/hargai-nyawa-dan-sayangi-keluarga.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy