Ini Rumah Bapak Aku, Bukan Bapak Kau!

Taman Zalinah, Pontian, Johor

Ini Rumah Bapak Aku, Bukan Bapak Kau! – Hah… Nampak kurang ajar je tajuk tu kan. Memang kurang ajar... Namun itulah realiti yang KK ingin sampaikan. Satu perkara yang telah sampai ke telinga KK tentang sebuah rumah sekangkang kera di Pontian, Johor. Bagi KK, sikit-sikit punya cerita bolehlah didiamkan, tetapi kalau berlanjutan… memang kes sengal. Kali ini KK nak meluahkan kisah sengal yang dah berbuku ini. Jom baca…

Taman Zalinah, Pontian, Johor

Rumah Bapak Aku


Gambar di atas adalah rumah bapa KK yang telah ditinggalkan tanpa penghuni (bukan tanpa pemilik) bermula tahun 2007. Ia disebabkan bapa KK telah diserang strok, tambahan lagi beliau telah menjalani pembedahan kepala disebabkan pendarahan salur darah pada tahun 2013. Oleh itu, KK sekeluarga mengambil tanggungjawab untuk menjaga beliau sehingga kini. Kisah tentang pembedahan kepala bapa KK boleh di baca di sini >>>> Pulang Sudah...

Kami mula mendiami rumah ini pada tahun 1986 sewaktu KK berusia 10 tahun. Di sinilah rumah KK membesar sehingga melanjutkan pelajaran dan merantau ke Johor bahru, Kuala Lumpur, United Kingdom dan kini menetap di Selangor Darul Ehsan. Sejak 1994 KK memang dah tak menetap di sini lagi, hanya pulang menziarahi ibu dan bapa. Kini, rumah ini dibiarkan kosong dan hanya menjadi tempat untuk kami sekeluarga bermalam jika balik ke kampung menziarahi keluarga dan saudara mara di Johor.

Keadaan Dan Lokasi Rumah Bapak KK


Taman Zalinah, Pontian, Johor

Bermula tahun lepas, KK telah diberi amanah untuk menjaga rumah sekangkang kera ini sepenuhnya. Walaupun keluarga membenarkan penukaran hak milik kepada KK, tetapi KK tidak sanggup untuk mengusahakannya selagi ibu bapa masih hidup. Banyak kenangan sewaktu membesar di rumah ini. Dari zaman basikal BMX, skateboard, main guli, ponteng sekolah, belajar gitar, cinta monyet huhu… banyak kenangan.. banyak nostalgia.

Rumah bapak KK yang bersaiz 22’ x 80’, 4 bilik dan 3 bilik air ini terletak di sebuah taman perumahan berhadapan Hospital Daerah di Bandar Pontian, Johor. Ia juga terletak di jalan utama yang menghubungkan perjalanan selama 1 jam ke Batu Pahat, Johor Bahru dan Singapura. Selain itu, ia juga terletak di jalan utama ke Tanjung Piai dan Tanjung Bin di penghujung Tanah Besar Benua Asia termasuk hanya mengambil waktu perjalanan sekitar 30 - 40 minit  ke Nusajaya (Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Legoland, Hello Kitty, Galeri Lat dan kawasan sekitarnya).

Taman Zalinah, Pontian, Johor
Ruang menonton TV... selalu KK baring je kat carpet tu bila menonton.. :D
Taman Zalinah, Pontian, Johor
Tangga yang belum sempat KK pasang carpet baru lagi...
Taman Zalinah, Pontian, Johor
Ruang tengah atas yang sedang dikemas.. Bilik utama di kanan dan 2 bilik di sebelah kiri.
1 bilik lagi di tingkat bawah (bilik tetamu) 

Rumah buatan tahun 1986 yang kini telah mencecah 28 tahun telah langsai hutang bank dan mempunyai struktur yang kemas dan teguh berbanding kebanyakkan rumah yang didirikan pada waktu kini. Terdapat beberapa bahagian juga yang telah diubahsuai dan dijaga dalam keadaan baik. Disebabkan rumah ini boleh dikatakan tidak berpenghuni sejak 2007, ibu pernah menyarankan agar rumah ini dijual. Sekurang-kurangnya hasil jualan rumah tersebut dapat KK gunakan sebagai tambahan untuk mendapatkan rumah banglo bernilai 4 juta yang lebih baik dalam keadaan hartanah yang meningkat naik sekarang ini… Alhamdulillah, siapa yang tidak suka kan.

Taman Zalinah, Pontian, Johor
Ruang makan
Taman Zalinah, Pontian, Johor
Ruang dapur... berterabur sedikit disebabkan KK malas nak kemas.. :D

Namun. setelah mengambil kira kesemua faktor di atas, KK bukanlah dalam situasi ‘desperado’ untuk suka-suka menjual rumah tersebut. Cuma, jika ia sesuai dengan penawaran serta perundingan yang menguntungkan kedua belah pihak, in shaa Allah, KK sanggup melepaskannya. Jika tidak berbaloi, adalah lebih baik sekiranya ia diwariskan kepada anak-anak KK yang 4 orang ini nanti... Rumah buruk?.. rumah buruk, tapi nilai tanah tak buruk beb...

Rumah Bapak Aku Atau Rumah Bapak Kau


Disebabkan ada ura-ura yang rumah ini hendak dijual, ada pula beberapa suara sengal telah sampai ke telinga KK yang mengatakan harga rumah ini tersangat mahal. Mereka mengatakan KK gila meletakkan harga rumah yang tinggi walaupun ia sebenarnya dibuat berdasarkan perbincangan dengan banyak pihak dan setelah mengambil kira pelbagai faktor rasional. “Apa sampai cakap ‘gila-gila’ pulak ni makcik? Siapa yang gila ni... lu ke gua?”

Kalau nak dikatakan marah, sememangnya KK marah. Sewaktu KK terlibat dalam urusan pelaburan saham satu ketika dahulu pun, ada beberapa puak, tanpa mengira sensitiviti datang ke rumah untuk urusan saham setiap kali KK pulang ke kampung untuk bercuti hujung minggu. Disebabkan menghormati, KK layankan juga tanpa berkira atas alasan mereka tak mampu untuk ke Kuala Lumpur berurusan di pejabat pada waktu berkerja. Bila banyak untung, senyap… bila rugi, KK yang disalahkan… langsung tak pernah nak ambil tahu situasi sebenar, pergi pejabat KK pun tak pernah…  Penting diri… “Kau ingat aku macai korang ke? Kerja aku makan komisyen broker ke??”

Taman Zalinah, Pontian, Johor

Sejarah tersebut tetap KK ingat. Namun, isu menjual rumah ini sememangnya memanaskan hati dan telinga. Tambahan pula, mereka bukannya hendak membeli atau berunding… sekadar suara sengal yang menjengkelkan. KK bukan tak tahu menghargai harta bapak sendiri walaupun hanya sekangkang kera. Hatta KK nak jual dengan nilai 10 sen atau 10 Juta sekali pun  “ini harta bapak aku tau…hak aku, bukan harta bapak kau.” Lebih baik diam kalau tidak mampu membantu. Jangan menyibuk tak tentu pasal dengan menjaja cerita yang tak jelas pucuk pangkal dan yang pastinya akan memakan diri sendiri di akhirat kelak!

… Hormatilah hak orang lain... Jangan jadi sengal sampai ke tua…

Kalau korang dalam situasi KK, apa pendapat korang?  Bengang tak kalau kena macam ni??

P/S: Nak propose tajuk lagu baru kat Waris dan Altimet..”Ini rumah bapak aku, bukan bapak kau” Ok tak?… :D:D:D


Salam Hormat

Khir Khalid 

   

COMMENTS

BLOGGER: 81
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ini Rumah Bapak Aku, Bukan Bapak Kau!
Ini Rumah Bapak Aku, Bukan Bapak Kau!
Taman Zalinah, Pontian, Johor
http://1.bp.blogspot.com/-C3vunEWeWeo/VDTEHSkeqqI/AAAAAAAAHxE/GQH7bTzDkvo/s1600/IMG_0663.JPG
http://1.bp.blogspot.com/-C3vunEWeWeo/VDTEHSkeqqI/AAAAAAAAHxE/GQH7bTzDkvo/s72-c/IMG_0663.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/ini-rumah-bapak-aku-bukan-bapak-kau.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/ini-rumah-bapak-aku-bukan-bapak-kau.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy