Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur

Parol Kuala Lumpur, Parol dan Perkhidmatan Komuniti

Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur - Ibadah qurban pasti menjadi amalan yang dilaksanakan kebanyakkan kita setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha. Atas seruan tersebut, Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) telah menganjurkan program intervensi qurban sempena menyambut Aidiladha pada pagi Isnin (6/10/2014) yang dilaksanakan di Rumah Perantaran W.P. Kuala Lumpur.

Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur

Matlamat Intervensi Ibadah Qurban Parol


Intervensi Ibadah Qurban Parol WPKL diadakan bertujuan merebut peluang dalam melaksanakan tuntutan sunat muakkad di hari yang mulia ini. Selain itu, ia juga merupakan sebagai salah satu program intervensi yang dapat menyuntik kesedaran serta pendedahan praktikal kepada ODP dan penghuni Rumah Perantaraan WPKL yang beragama Islam terhadap ibadah qurban yang dilaksanakan setahun sekali. Melalui penglibatan pelbagai pihak dalam komuniti serta kakitangan dan anggota Parol WPKL sendiri, ia dapat mewujudkan ruang sokongan dalam membantu mengintegrasi ODP dan Penghuni Rumah Perantaraan WPKL ke dalam masyarakat secara positif dengan lebih berkesan.    

Program intervensi seperti ini adalah yang pertama kali diadakan atas rezeki yang diperolehi Parol WPKL, secara langsung menjadi organisasi bertanggungjawab melaksanakan urusan qurban ini. Sumbangan 3 ekor lembu telah diperolehi yang mana, 2 ekor adalah sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEM) dan seekor lagi telah disumbangkan oleh salah seorang ODP yang berkemampuan sebagai penghargaannya kepada Parol WPKL diatas bimbingan, sokongan serta kepercayaan peluang kedua yang diberikan agar beliau dapat meneruskan kehidupan ke arah kebaikan. Sesungguhnya, intervensi qurban ini menjadi satu pengalaman berharga kepada semua yang terlibat… subhanallah walhamdulillah.

Gambar-Gambar Sewaktu Intervensi Qurban


Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur

Segala urusan qurban dilaksanakan secara bergotong-royong sepertimana kebiasaan ia dilakukan dalam komuniti masyarakat setempat. Bahagian daging qurban yang siap dibahagikan mengikut bahagian yang dituntut telah diagihkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim An Nur, Cheras dan Rumah Penjagaan Anak-Anak Autisme (CADS) yang terletak berhampiran dengan Rumah Perantaraan WPKL ini. Selain itu, Penghuni Rumah Perantaraan dan ODP juga turut menerima bahagian daging qurban masing-masing.

Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Bergambar dengan sebahagian daging qurban yang telah siap untuk diagihkan
Bagi menghargai sokongan serta penglibatan pelbagai pihak yang menjayakan program intervensi ini, sebahagian daging qurban turut dimasak dan dihidangkan kepada semua. Juadah sup tulang, kurma, sayur-sayuran dengan nasi putih menjadi hidangan tengah hari yang menyelerakan buat kami.

Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur, PP Saidun Othman, YAPEM
Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman menyampaikan daging qurban kepada wakil YAPEM

Intervensi Qurban Sebagai Jambatan Ilmu Dan Silaturrahim


Intervensi yang bermula seawal jam 8 pagi ini selesai sekitar jam 1 tengah hari. Segala amanah dan tanggungjawab yang dipikul telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dalam suasana silaturrahim penuh ilmu dan ukhwah kesepakatan. Semoga program Intervensi Qurban ini bukan sahaja dapat memberi pengisian yang bermanfaat tetapi mudah-mudahan ia beroleh keberkatan dari Allah swt kepada semua… aamiin.

Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh di rujuk di link ini:
Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 36
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Intervensi Ibadah Qurban Parol Kuala Lumpur
Parol Kuala Lumpur, Parol dan Perkhidmatan Komuniti
http://2.bp.blogspot.com/-gWITJWVLkJQ/VDbWrJwcO3I/AAAAAAAAHyw/U9EHnyFnEO4/s1600/10653308_921432324538059_5220292508691097588_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-gWITJWVLkJQ/VDbWrJwcO3I/AAAAAAAAHyw/U9EHnyFnEO4/s72-c/10653308_921432324538059_5220292508691097588_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/intervensi-ibadah-qurban-parol-kuala-lumpur.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/intervensi-ibadah-qurban-parol-kuala-lumpur.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy