Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul

Pusat Rawatan Al-Qayyum

Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul - Pernahkah anda mengalami situasi yang pelik dan sukar untuk diterangkan malah dirungkai dengan logik akal manusia? Paling menghampakan bila ada pula yang sangsi dengan apa yang kita lalui bila bercerita dengan mereka. Sesungguhnya, kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib dan halus ini adalah salah satu dari Rukun Iman. Berdasarkan Al-Quran juga banyak terdapat keterangan tentang wujudnya makhluk halus yang tidak boleh kita pandang ringan. Ia juga menjadi perjuangan Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk kesejahteraan ummah.

“Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah”

Pusat Rawatan Al-Qayyum
www.facebook.com/alqayyum2u

Pengalaman Tentang Tahyul Dan Kurafat


Setelah membaca beberapa artikel dari blog Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum terutama berkenaan Symptom-Simptom Terkena Gangguan Jin (Sihir, Saka, Lintasan atau A’in), ingatan KK kembali menyoroti satu kisah kenangan sewaktu alam remaja tentang makluk halus serta amalan tahyul dan kurafat.

OK… dahulu KK pernah aktif dalam persatuan silat sama ada di sekolah atau di luar. Selain mempelajari ketahanan fizikal, pengaruh rakan telah mendorong KK untuk mencuba pelbagai kaedah spiritual yang kurang jelas pucuk pangkal asalnya bila difikirkan kini. Hanya istigfar yang mampu diungkapkan bila mengenang kembali pengalaman zaman remaja tersebut… kerja tahyul, mengarut dan kerja gila

Persatuan Silat SMK Sri Perhentian, Pontian - Batch 1992
Kenangan Persatuan Silat Sekolah

Disebabkan obsess dengan dunia persilatan, pernah satu ketika dahulu KK bersama rakan ‘bertapa’ di tanah perkuburan lama di Muar, Johor, kononnya untuk menyeru semangat panglima dahulu kala. Ya.. hampir sama seperti cerita Bujang Lapok. Apa yang membezakannya ialah, kami berempat melakukannya secara berasingan di sekitar perkuburan tersebut. Perasaan takut memang ada tetapi darah muda ingin tahu itu lebih tinggi menutup gementar yang ada dalam diri. Jampi mentera yang entah betul atau tidak kami baca sepanjang malam untuk menyeru semangat kepahlawanan. Menuntut ilmu penggerun, ilmu penyeri dan ilmu ketangkasan yang semuanya telah KK lupa jauh sekali mengamalkannya… nauzubillah. Suasana perkuburan yang menyeramkan namun kami pulang sebelum subuh tanpa sebarang kejadian pelik. Tiada sesiapa mengetahui tentang kegiatan tahyul ini kecuali kami berempat sahaja.

Terkena Gangguan Jin, Iblis Dan Syaitan


Malam berikutnya, KK mula merasakan perubahan ketika masuk waktu maghrib. KK beberapa kali terperasan kelibat terutamanya sewaktu mendirikan sembahyang, bermain-main di tepi pandangan mata. Perkara tersebut berlaku selama 2 minggu dan semakin memburukkan. Kelibat wanita berambut panjang… kelibat lelaki berpakaian ala-ala karakter Laksmana Sunan karya Ramlee Awang Mursyid merenung tajam memerhatikan KK terutama bila berseorangan.

Jin, iblis dan syaitan
Gangguan lembaga, makhluk-makluk dan wajah wanita yang amat menyeramkan muncul menjengah di tingkap bilik dalam mimpi berlapis mimpi. KK dihempap sewaktu tidur dan paling mengesankan apabila ibu KK sendiri mengalami pelbagai kejadian aneh di rumah seperti mendengar suara orang berbual, barang-barang dialihkan ke tempat lain dan bermacam lagi yang sukar untuk diceritakan.

Berat badan KK susut dan berwajah seperti ‘zombie’ atau penagih dadah kepada yang melihat. Ketika itulah ada yang memberitahu bahawa KK dikatakan terkenan badi orang mati… wallahualam. KK telah dibawa berubat di masjid dan Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, KK berjaya pulih dan bersemangat kembali. Namun, rupa-rupanya kejadian mistik ini telah juga menyerang salah seorang rakan sehingga meninggal dunia. Di saat-saat akhir kehidupan, abangnya menceritakan yang arwah asyik bermuram, termenung dan bercakap sendirian. Arwah pernah memberitahu, ada puteri cantik berkali-kali datang mengajaknya untuk berkahwin. 

Makhluk Halus Dan Rawatan Islamiah Al-Qayyum


Peristiwa tersebut merupakan salah satu asbab utama KK terpanggil untuk bersama-sama Pusat Rawatan Al-Qayyum menyebarkan risalah kebenaran untuk kebaikan masyarakat seluruhnya. Mungkin ada diantara kita yang sengaja mencari pasal, namun ada juga yang terjebak tanpa disengajakan atau disebabkan penganiayaan orang. Di sini KK tampilkan 2 link berkaitan untuk pengetahuan dan rujukan pembaca yang dihormati sekelian.



Permasalahan berkaitan makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan ini janganlah ia dipandang ringan. Usahlah berasa berat hati, khuatir atau malu untuk merujuk kepada mereka yang pakar sebagai ikhtiar mencari jalan penyelesaian. KK sarankan agar anda berhubung sendiri Pusat Rawatan Al-Qayyum melalui maklumat yang KK sediakan di bawah ini.

Pusat Rawatan Al-Qayyum

Laman Blog

Facebook Page

Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar yang anda lakukan menjadi ibadah
serta beroleh kesembuhan dengan sepenuh keberkatan dari Allah SWT… aamiin.

Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200
Kuala Lumpur

Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul

Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan
Dan iblis laknatullah

EKSKLUSIF . MENYELURUH . SISTEMATIK . TERBUKTI

Pusat Rawatan Al-Qayyum


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 55
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul
Jin, Iblis, Syaitan Dan Kepercayaan Tahyul
Pusat Rawatan Al-Qayyum
https://3.bp.blogspot.com/-tqwwkThFGY4/VDqzBXLjUgI/AAAAAAAAH1w/RL3mHqGet-M/s1600/10425501_685603008179510_813095757365287568_n.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-tqwwkThFGY4/VDqzBXLjUgI/AAAAAAAAH1w/RL3mHqGet-M/s72-c/10425501_685603008179510_813095757365287568_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/jin-iblis-syaitan-dan-kepercayaan-tahyul.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/jin-iblis-syaitan-dan-kepercayaan-tahyul.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy