Karaoke Santai Bersama Ahli Keluarga

Daeng Pabitah, Susurgalur Daeng Pabitah

Karaoke Santai Bersama Ahli Keluarga – Kenangan hari minggu yang lalu untuk KK abadikan sebagai perkongsian hujung minggu kali ini. Pada kelapangan masa yang terluang, KK telah berkunjung ke Pusat Karaoke Red Box di The Curve, One Utama untuk bertemu dengan pakcik dan saudara yang turut sama hadir. Ia sebenarnya adalah satu aktiviti santai demi mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan dalam silaturrahim kekeluargaan yang telah terjalin.

Susurgalur Daeng Pabitah

Karaoke Bersama Ahli Keluarga


Kepada rakan-rakan yang biasa bertandang ke blog KK ini pastinya dapat meneka salah satu kesukaan KK bila ada peluang dan kelapangan. Kesukaan tau, bukan hobi ehehee.. Karaoke adalah salah satunya… pantang ada peluang, pasti disambar walaupun suara memang dah hebat sumbang. Antara lagu pilihan.. ehemm.. ialah lagu rock dulu-dulu. Sebagai peminat setia Deep Purple, lagu ‘Soldier of fortune’ sememangnya tak akan dilepaskan huhu… layanzzz… :D :D   

Selain bersantai sambil berhibur, peluang bersama-sama ahli keluarga juga pastinya membawa perkhabaran tentang perkara-perkara berkaitan kekeluargaan. Kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dalam acara Hari Perjumpaan Keluarga Jamak 2014 yang lalu. Justeru, kesempatan yang ada ini diisikan juga dengan beberapa perancangan menarik untuk kebaikan jangka panjang perhubungan seluruh ahli keluarga kami.

Jom Berkaraoke Sampai Lebam.. :D


Susurgalur Daeng Pabitah
Berkaraoke mengikut giliran dan lagu pilihan masing-masing
Susurgalur Daeng Pabitah
Ada yang berkaraoke dan ada yang berbicara santai
Susurgalur Daeng Pabitah
Selfie karok neh... yeah.. :D

Mengukuhkan Silaturrahim Susurgalur Keluarga


Bagi KK apa yang lebih menarik dalam perjumpaan santai ini adalah antara intipati perbincangan yang menyentuh tentang hubungan jangka panjang silaturrahim dan arah tuju keluarga. Ia meliputi hubungan persaudaraan yang lebih luas dalam keluarga Daeng Pabitah. Keluarga Jamak merupakan sebahagian dari susurgalur keluarga besar Daeng Pabitah, berketurunan bugis yang meliputi sehingga ke Makasar di Sulawesi, Indonesia. Kali terakhir perjumpaan keluarga Daeng Pabitah diadakan adalah pada 2013 dan pernah KK nukilkan dahulu di sini >>> Tanda Putera, Tanda Silaturrahim.

Bagi perkara tersebut, ada beberapa tugasan kekeluargaan yang menyeronokkan akan dilaksanakan nanti. Oleh itu pada kesempatan ini juga, KK mohon doa dari sahabat pembaca yang dihormati sekelian agar urusan kekeluargaan ini sentiasa berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya… in shaa Allah.

Selamat berhujung dan berhari minggu kepada semua. Salam ceria selalu… J J


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 35
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Karaoke Santai Bersama Ahli Keluarga
Karaoke Santai Bersama Ahli Keluarga
Daeng Pabitah, Susurgalur Daeng Pabitah
http://1.bp.blogspot.com/-8JC9b6EnQSg/VEFU5KJAkxI/AAAAAAAAH5Q/sT1UOVONkmM/s1600/1901870_927431050604853_2508004269974373575_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-8JC9b6EnQSg/VEFU5KJAkxI/AAAAAAAAH5Q/sT1UOVONkmM/s72-c/1901870_927431050604853_2508004269974373575_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/karaoke-santai-bersama-ahli-keluarga.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/karaoke-santai-bersama-ahli-keluarga.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy