Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2

Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2, Bandar Tasik Puteri, Rawang, sukan tahunan sekolah.

 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2

Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2 – Kenangan yang menceriakan saya abadikan sebagai perkongsian jurnal kekeluargaan minggu ini. Sambutan Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor telah diadakan pada Sabtu (18/10/2014). Ia melibatkan penyertaan 3 orang anak saya yang bersekolah di sini. Maka, kami sekeluarga kecuali anak sulung yang berada di asrama, telah hadir menyokong aktiviti sukan tahunan ini.

Hari Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2


Acara bermula jam 8 pagi yang menyaksikan kehadiran ramai termasuk guru, ibu bapa dan ahli keluarga pelajar SK Tasik Puteri 2. Namun, disebabkan beberapa perkara yang perlu saya lakukan pada awal pagi, Puan Mem telah pergi terlebih dahulu membawa anak-anak dengan kereta. Lagipun jarak sekolah tidak jauh dari rumah dan saya datang sekitar jam 9 pagi dengan berjalan kaki.

Hujan lebat yang melanda pada malam sebelumnya telah melecakkan seluruh padang. Namun ia tidak menjadi penghalang kemeriahan acara sukan tahunan ini. Malah, kelecakkan padang tersebut menjadi satu keriangan terutamanya kepada pelajar yang hadir. Biasalah… zaman sekolah dahulu pun perkara yang paling seronok bila padang lecak… lagi seronok bersukan. Sambil bersukan, sambil bermain lecak hehee…

 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2

Gambar Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2


Saya sempat merakamkan beberapa gambar sewaktu acara sukan tahunan SK Tasik Puteri 2 berlangsung. Oleh kerana banyak waktu dihabiskan dengan berbual bersama yang lain, maka tidak banyak gambar menarik yang dapat dirakamkan. Hanya beberapa gambar dapat dijadikan sebagai kenangan untuk diabadikan di sini.

 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Suasana yang meriah dengan kehadiran ibu bapa, bersantai walaupun panas
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Meja urusetia dan khemah berteduh untuk yang hadir
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Puan Mem dengan anak kedua yang semakin kembang huhu..
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Anak bongsu yang turut menyertai acara sukaneka
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Selfie dengan anak ke 3 pulak.. :D
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Acara pertandingan tarik tali
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Menerima pingat tempat kedua pertandingan tarik tali
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Bersama member kamcing Puan Mem di Bandar Tasik Puteri

Acara Sukan  Olahraga Ibu Dan Bapa SK Tasik Puteri 2


Acara menjadi bertambah meriah apabila ada acara sukan olahraga yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan guru. Kali terakhir saya menyertai olahraga sekolah menengah pun lebih 20 tahun yang lalu. Bila melihat generasi muda beraksi dalam pelbagai acara, sedikit sebanyak ‘mood’ olahraga datang. Maka, sebagai salah seorang bekas atlit sekolah yang hebat, tentunya saya tidak melepaskan peluang menyertai acara 100 meter untuk bapa dan guru. Namun, jarak larian telah dipendekkan kepada 60 meter sahaja. Maklumlah, ramai yang dah pancit bila bergelar bapa… :D

 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Fuhh kiri, fuhh kanan... ambil nafas... semangat
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Berlari dengan penuh semangat juang.. mana kaki saya sebelah lagi eh?.. :D
 Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Hanya berjaya menduduki tempat ketiga.. ada yang lagi hebat. Berlari sepantas peluru...

Alhamdulillah, acara berakhir sekitar jam 1 tengah hari dengan lancar dan meriah. Walaupun kepenatan, kali ini saya berasa puas dan seronok. Selain menunaikan tanggungjawab bapa dalam menyokong anak-anak untuk aktiviti positif seperti ini, saya juga berpeluang melibatkan diri dalam acara sukan. Ia membuatkan saya terasa muda kembali… teringat kembali zaman kegemilangan alam persekolahan… J

Akhir kata, syabas kepada SK Tasik Puteri 2 atas penganjuran Sukan Tahunan yang meriah dan bermanfaat buat semua. Semoga terus maju dan berjaya hendaknya… aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Kenangan Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2
Sukan Tahunan SK Tasik Puteri 2, Bandar Tasik Puteri, Rawang, sukan tahunan sekolah.
https://4.bp.blogspot.com/--nPp2qzg94w/VEtoMBD-ViI/AAAAAAAAH9k/i_a85c8pg0Y/s1600/1904240_932379290110029_2291785562219529326_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/--nPp2qzg94w/VEtoMBD-ViI/AAAAAAAAH9k/i_a85c8pg0Y/s72-c/1904240_932379290110029_2291785562219529326_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/kenangan-sukan-tahunan-sk-tasik-puteri-2.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/kenangan-sukan-tahunan-sk-tasik-puteri-2.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy