Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3)

Kisah Pesalah Kehadiran Wajib dalam segmen Wanita Hari Ini, TV3. Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur.

Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3) – Kisah pengajaran untuk iktibar dan peringatan bersama. Pada Khamis (2/10/2014), saya bersama Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur telah ke Sri Pentas untuk segmen Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dalam program Wanita Hari Ini (WHI) yang diadakan 'live' pada jam 12:00 tengah hari. Program tersebut mengetengahkan informasi dan kesedaran untuk iktibar masyarakat.  

Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3), TKPj Abdul Aziz bin Mohamad

Program Wanita Hari Ini di TV3 banyak mengetengahkan perkongsian isu kepenjaraan dan pada kali ini, segmen yang diadakan meliputi aspek koreksional dan pemulihan di luar penjara.

Penjelasan berkenaan PKW telah disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad dari Ibu pejabat Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti bagi memperjelaskan peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Untuk pengetahuan lanjut, saya pernah berkongsi tentang PKW di sini >>>> Perintah Kehadiran Wajib (PKW).
  

Perkongsian Delilah Dalam Wanita Hari Ini


Delilah (bukan nama sebenar) adalah seorang Pesalah Kehadiran Wajib berusia 20 tahun yang mempunyai 6 orang adik beradik. Disebabkan penceraian kedua ibubapa, beliau terpaksa menamatkan persekolahan sewaktu di tingkatan 3 untuk membantu ibu dalam menyara keluarga dengan bekerja di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

Kini, adik lelaki beliau yang masih menuntut di tingkatan 4 juga terpaksa bekerja selepas waktu persekolahan demi membantu menyara kehidupan keluarga. Lebih mengharukan apabila dua orang adik kembarnya terpaksa diserah dan dibesarkan oleh keluarga angkat disebabkan kesempitan hidup yang beliau sekeluarga alami.

Bekerja dalam usia yang muda pasti banyak cabaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, trend sosial dan perasaan ingin mencuba. Hanya disebabkan pengaruh rakan, Delilah akhirnya ditangkap oleh pihak pengurusan pusat membeli belah kerana mencuri seluar berjenama di pusat tersebut. Apa yang lebih malang, beliau bukan sahaja diberhentikan kerja tetapi telah dilaporkan kepada pihak polis sebagai peringatan kepada pekerja-pekerja yang lain.

Delilah disabitkan kesalahan mencuri dibawah seksen 381 Kanun Kesiksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun. Namun disebabkan kesalahan pertama serta beberapa faktor yang diambilkira, Delilah dijatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama 4 jam setiap hari untuk tempoh 3 bulan oleh pihak mahkamah.

Perintah Kehadiran Wajib, Wanita Hari Ini (WHI-TV3)

Sebagai Pesalah Kehadiran Wajib, Delilah ditempatkan ke sebuah rumah amal orang-orang tua di pinggir kota. Beliau ditugaskan mengurus orang-orang tua termasuk memberi mereka makan di sana. Ia menginsafkan Delilah tentang realiti kehidupan dan menyesali perbuatan yang dilakukan. 

Pengakuan telus beliau yang pada mulanya tidak menyangka bahawa kesalahan yang dirasakan kecil sebenarnya memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada dirinya, malah ibu dan seluruh keluarga yang bergantung kepadanya untuk menyara kehidupan.

Beliau menyatakan tidak mahu ibunya ditempatkan di rumah amal orang-orang tua satu hari nanti hanya kerana kesilapan yang dilakukan olehnya sebagai anak sehingga tidak berpeluang menjaga ibunya sendiri. Beliau juga bertekad untuk lebih berhati-hati dalam soal berkawan agar kesalahan seperti ini tidak akan berulang lagi.

Gambar-Gambar Sekitar Program Wanita Hari Ini (WHI-TV3)


Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
Sesi perbualan PKW bersama TKPj Abdul Aziz dan Pegawai Parol, Jabatan Penjara Malaysia
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
PKW bersama Pegawai Kehadiran Wajib, KIP Kasim Sharif sebelum acara bermula
Perintah Kehadiran Wajib, Wanita Hari Ini, TV3, TKPj Abdul Aziz
Menunggu sebelum acara WHI bermula
Wanita Hari Ini, Khir Khalid, KIP Kasim Sharif
Kenangan di belakang tabir bersama pengacara WHI, PKW dan Pegawai Parol
Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
TKPj Abdul Aziz bersama pegawai bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti,
Jabatan Penjara Malaysia

PKW Sebagai Peluang Kedua


Berdasarkan usia yang masih muda, Delilah masih bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman Perintah Kehadiran Wajib telah membuka mata hatinya untuk tidak mudah menerima ajakan kawan semata-mata kerana peluang keseronokan walaupun diketahui ia sesuatu yang salah.

Kesan dari perbuatan tersebut bukan sahaja ditanggung oleh si pelaku, malah turut memberi kesan kepada mereka yang disayangi terutamanya keluarga. Kini, beliau bercita-cita mendalami kemahiran memasak sebagai satu jalan memajukan diri dan kehidupan keluarganya. Mudah-mudahan segala hasrat yang baik dipermudahkan jalan oleh Allah SWT… aamiin.

Semoga perkongsian Kisah PKW Dalam Wanita Hari Ini (WHI - TV3) ini dapat dijadikan peringatan, iktibar serta pengajaran untuk kebaikan kita semua.

Wanita Hari Ini (WHI-TV3), TKPj Abdul Aziz Mohamad, KIP Kasim Sharif, Khir Khalid

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini :
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
Kisah PKW Wanita Hari Ini (WHI-TV3)
Kisah Pesalah Kehadiran Wajib dalam segmen Wanita Hari Ini, TV3. Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur.
https://2.bp.blogspot.com/-FEKWsgpD5iU/VDU0mARiL-I/AAAAAAAAHyc/CKiwm_N7nAg/s1600/10624566_919649448049680_1745429214546475966_n.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-FEKWsgpD5iU/VDU0mARiL-I/AAAAAAAAHyc/CKiwm_N7nAg/s72-c/10624566_919649448049680_1745429214546475966_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/kisah-pkw-dalam-wanita-hari-ini-whi-tv3.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/kisah-pkw-dalam-wanita-hari-ini-whi-tv3.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy