Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014

Pasir Salak Eco Resort

Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 – Setelah beberapa artikel berlalu, akhirnya diberi kesempatan juga untuk KK abadikan majlis penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos yang lalu.

Pasir Salak Green Valley Eco Resort
Kredit : www.eshamzhalim.com

Pengalaman Fam Trip Tourism Malaysia Perak


Pada beberapa artikel sebelum ini, KK ada berkongsi pengalaman merasai sendiri keseronokan memancing udang galah Sungai Perak di Teluk Intan serta melawat ke beberapa lokasi menarik di sekitar Perak Tengah bersama Tourism Malaysia Perak, wakil agensi perlancongan, wakil media dan sahabat blogger, akhirnya program Fam Trip ini sampai ke penghujungnya.

Berangkat setelah usai menyelami rentetan sejarah tanah air di Kompleks Sejarah Pasir Salak membawa kami berkumpul di Pasir Salak Eco Resort untuk majlis penutupan rasmi Fam Trip ini. Kehadiran kami di sini terlebih dahulu dijamu dengan hidangan tempatan sebagai juadah tengah hari yang menyelerakan. Menikmati hidangan sambil beramah mesra. Bukan sekadar itu, keramahan Tuan Haji Ibrahim Seddiqi selaku Pengarah Tourism Malaysia Perak yang turut makan semeja menambahkan lagi kemeriahan yang ada.

Pasir Salak Green Village Eco Resort
Pasir Salak Eco Resort
Pasir Salak Eco Resort, Haji Ibrahim Seddiqi Talib
Pasir Salak Eco Resort, Khir Khalid, Esham Halim, Sharil Hakimi
Bersama sahabat blogger, dari kiri www.dkosonglapan.blogspot.com, abam KK huhu
dan pasangan suami isteri, blogger www.eshamzhalim.com dan www.cheqeem.com

Ia tidak habis di situ, selesai menjamu selera dan menunaikan solat zohor, kami dibawa meninjau seluruh kawasan sekitar Green Village Pasir Salak Eco Resort ini. Permandangan yang cantik, chalet yang selesa terletak di tepian Sungai Perak.. Suasana yang cukup mendamaikan... Untuk itu, biarlah gambar bercerita dan menjelaskan segalanya.

Meninjau Sekitar Pasir Salak Eco Resort Sebelum Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014


Kepada anda yang inginkan kedamaian, keselesaan, ketenangan dengan layanan perkhidmatan yang terbaik di Pasir Salak, ini adalah pilihan yang tepat buat anda. Bagi KK... makanan yang sedap dengan suasana nyaman, tenteram dan sungguh menyeronokkan...

Pasir Salak Eco Resort
Kolam renang ditepi Sungai Perak yang nyaman
Pasir Salak Green Village Eco Resort
Chalet Green Village Pasir Salak Eco Resort
Pasir Salak Eco Resort
Ibarat satu perkampungan yang cukup bersih dan tenteram
Pasir Salak Eco Resort
Keadaan di ruang tamu chalet
Pasir Salak Eco Resort
Bilik utama di chalet
Pasir Salak Eco Resort
Bilik kedua chalet
Pasir Salak Eco Resort
Santai-santai ambil angin di beranda
Pasir Salak Eco Resort
Infomasi buat anda.

Majlis Penutup Diabadikan Sebagai Kenangan


Sekitar jam 3 petang, majlis penutup bermula dengan penyampaian ucapan oleh Pengarah Tourism Malaysia Perak dan disudahi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta dan KK tidak terkecuali. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat KK. Justeru, penghargaan terima kasih diucapkan kepada Tourism Malaysia Perak serta seluruh rakan-rakan yang mengikuti Fam Trip Jom Mancing Udang 2014 ini.    

Pasir Salak Eco Resort, Ibrahim Seddiqi Talib
Ucapan penutup yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib
Pasir Salak Eco Resort, Haji Ibrahim Seddiqi Talib, Khir Khalid
Cewah.. tayang sijil.. :D

Artikel ini adalah dibawah usahasama Tourism Malaysia Perak untuk mempromosi keistimewaan negeri Perak. Anda dipersilakan menghubungi terus ke pejabat Tourism Malaysia Perak untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini tentang perlancongan di negeri Perak. Mereka amat berbesar hati untuk membantu.

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2
Bandar Ipoh Raya
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605 255 2772 / 9962
Fax: +605 253 2194
www.tourismmalaysia.gov.my

Anda juga dipersilakan untuk like Facebook rasmi Tourism Malaysia Perak untuk mengikuti maklumat serta aktiviti terkini di Perak.

Like Facebook : Tourism Malaysia Perak

Tourism Malaysia PerakTourism Malaysia Perak



Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014
Majlis Penutup Fam Trip Jom Mancing Udang 2014
Pasir Salak Eco Resort
http://4.bp.blogspot.com/-_ixV7OQQpxg/VD_xbU7yMoI/AAAAAAAAH24/ePx3WGJlHa4/s1600/10592770_10204592770530394_2343807413727552985_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-_ixV7OQQpxg/VD_xbU7yMoI/AAAAAAAAH24/ePx3WGJlHa4/s72-c/10592770_10204592770530394_2343807413727552985_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/majlis-penutup-fam-trip-jom-mancing.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/majlis-penutup-fam-trip-jom-mancing.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy