Mesyuarat Intervensi Parol Kuala Lumpur

Parol Kuala Lumpur, Parol WPKL

Mesyuarat Intervensi Parol Kuala Lumpur – Pada Khamis (16/10/2014), KK telah menghadiri salah satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri W.P. Kuala Lumpur. Ia merupakan mesyuarat yang terkandung didalamnya perancangan, jadual dan susunatur pengisian beberapa program intervensi yang akan diadakan untuk ODP dan PKW dibawah penyeliaan Parol WPKL sehingga penghujung tahun ini.      

Mesyuarat Parol Kuala Lumpur

Intipati Intervensi Parol WPKL


Komitmen dalam pemutihan, pemulihan dan kitar semula modal insan merupakan antara elemen utama yang ditekankan dalam setiap program-program intervensi yang diadakan. Selain intervensi dan motivasi kesedaran yang diadakan di pejabat-pejabat parol daerah dibawah pentadbiran Parol Negeri WPKL, perbincangan mesyuarat ini lebih menekankan pengisian praktikal yang akan dilaksanakan untuk seluruh ODP dan PKW di sekitar Kuala Lumpur. Ia merupakan sebahagian usaha mewujudkan kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dalam proses mengintegrasi mereka ke dalam masyarakat dengan berkesan.

Atas matlamat tersebut, setiap program intervensi akan dilaksanakan dalam persekitaran komuniti yang positif. Oleh itu, kefahaman masyarakat termasuk anda pembaca yang dihormati dalam mengetahui maklumat sebenar tentang ODP dan PKW juga amat penting untuk kejayaan jangka panjang yang berterusan. Kepada yang belum mengetahui, boleh dibaca melalui link yg disediakan di bawah.


Mesyuarat Intervensi Demi Kesejahteraan Ummah


Mesyuarat Parol Kuala Lumpur
Mesyuarat Parol Kuala Lumpur

Secara tidak langsung dengan kefahaman anda terhadap perkara ini juga dapat membantu menghapuskan 'stigma' dan memberi peluang kedua kepada mereka yang tergolong dikalangan warga kita sendiri untuk meneruskan kehidupan diatas jalan yang diredhai. Secara jujur dalam mesyuarat intervensi Parol WPKL ini KK bersyukur kerana berpeluang menyumbang buah fikiran yang sekurang-kurangnya dapat membantu untuk kehidupan yang lebih baik buat warga kota metropolitan ini.

Mudah-mudahan mesyuarat intervensi ini dapat mencapai hasrat yang disasarkan demi mewujudkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat yang sejahtera… aamiin.



Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya 
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 31
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Mesyuarat Intervensi Parol Kuala Lumpur
Mesyuarat Intervensi Parol Kuala Lumpur
Parol Kuala Lumpur, Parol WPKL
http://4.bp.blogspot.com/-UFbrzsnQ_vI/VEPXFjqoZ3I/AAAAAAAAH54/L9DYwamjmHY/s1600/9982_928518980496060_6124075736097194001_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-UFbrzsnQ_vI/VEPXFjqoZ3I/AAAAAAAAH54/L9DYwamjmHY/s72-c/9982_928518980496060_6124075736097194001_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/mesyuarat-intervensi-parol-kuala-lumpur.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/mesyuarat-intervensi-parol-kuala-lumpur.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy