Pengisian ‘Soft Skills’ Parol WPKL Bersama Suria NGV

Suria NGV sdn bhd, Suria Professional Service Centre, NGV Selangor, NGV Johor, pasang NGV,

Pengisian ‘Soft Skills’ Parol WPKL Bersama Suria NGV - Kemahiran ‘soft skill’ merupakan satu elemen penting dalam kepimpinan untuk pembangunan sosial, kerjaya mahu pun kehidupan yang positif. Baru-baru ini, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur telah mendekati sektor komersil untuk perkongsian praktikal tentang pengisian ‘soft skills’ bersama Suria NGV Sdn Bhd. di Batu Caves, Selangor.

Suria NGV Batu Caves, Selangor

Pengenalan Syarikat Suria NGV Sdn Bhd


Suria NGV Sdn. Bhd. berkecimpung dalam perkhidmatan pemasangan sistem NGV sejak tahun 2001. Ia merupakan sebuah syarikat bumiputera yang dilesenkan oleh Petronas sebagai syarikat pemasangan NGV yang bertauliah dan beroperasi di beberapa lokasi di Malaysia.

Berdasarkan senario kenaikan harga minyak, NGV telah mula mendapat perhatian beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja bagi sektor komersil, malah individu yang menjadikannya sebagai alternatif penjimatan. Namun apa yang menarik perhatian Parol WPKL untuk mendekati syarikat ini adalah disebabkan prestasi pengurusan pekerjanya yang ditadbir melalui kaedah dan perlaksanaan yang strategik.

Suria NGV, Muhammad Aziz bersama Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman dan Pegawai Parol Daerah Gombak, KIP Kasim Sharif
Perkongsian 'soft skills' En. Muhammad Aziz bersama Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman
dan Pegawai Parol Daerah Gombak, KIP Kasim Sharif

Perlaksanaan ‘soft skills’ yang senantiasa dititikberatkan oleh En. Muhammad Aziz selaku perunding dan pengurus syarikat merupakan satu contoh yang patut dijadikan ikutan. Ia juga merupakan kekuatan syarikat ini untuk sentiasa berdaya maju selama 14 tahun dengan efisyen dan cemerlang.

Kepentingan ‘Soft Skills’ Untuk Pengurusan Yang Efisien            


Berdasarkan kenyataan daripada pekerja Suria NGV tentang kepuasan bekerja, ia secara langsung terkesan buat diri ini. “Kalau bekerja semata-mata untuk gaji, mana-mana pun kita boleh bekerja. Tetapi kepuasan bekerja di sini lebih dari itu. Alhamdulillah… sekiranya diizinkan, saya sememangnya memilih untuk terus bekerja di sini”. Melalui sikap terbuka dan keperihatinan majikan dalam setiap perkara melibatkan kerja, peribadi serta kekeluargaan membuatkan semua yang berkerja ibarat satu keluarga.

Suria NGV, Suria Professional Service Centre
Suria NGV, Suria Professional Service Centre

Selain itu, ruang kepercayaan yang diberikan majikan kepada pekerja untuk berurusan dengan pelanggan walaupun diperhati melalui cctv demi kebaikan, terbukti mampu membina personaliti kerja yang rajin dan amanah. Itulah antara kepimpinan ‘soft skills’ dalam pengurusan yang dikongsikan oleh En. Muhammad sebagai pendekatan psikologi bagi membimbing pekerja agar dapat melaksanakan kerja dengan efisyen.

Namun apa yang lebih menarik adalah pengisian solat dhuha dengan tazkirah ringkas dan doa sebagai aktiviti musyawarah setiap pagi sebelum perniagaan dimulakan, menjadi pegangan utama syarikat ini sebagai motivasi diri untuk bersaing dan membangun maju. Justeru, atas faktor-faktor tersebut, Parol WPKL mengundang pihak Suria NGV Sdn. Bhd. berkongsi kemahiran ‘soft skills’ untuk kebaikan pengisian program-program Intervensi Parol yang dilaksanakan sebagai satu sokongan dalam komuniti.

Khir Khalid bersama En Muhammad Aziz, Suria NGV
Bersama En Muhammad selepas sesi perkongsian 'soft skills'

Sokongan Dalam Komuniti Sebagai Tanggungjawab Sosial Suria NGV Sdn. Bhd. Kepada Parol WPKL


Adalah dijangka melalui kerjasama komuniti diantara Parol WPKL dan Suria NGV Sdn. Bhd. ini dapat menyuntik kepercayaan kepada seluruh masyarakat untuk turut membantu. Ia menjadi harapan agar peluang latihan teknikal, mekanikal mahu pun ruang kerjaya kepada yang komited dan berpotensi dibawah seliaan Parol WPKL juga dapat diwujudkan untuk kebaikan jangka panjang.

Justeru, kepada semua pembaca yang ingin bertukar kepada NGV untuk kereta anda, bolehlah datang atau menghubungi maklumat yang disertakan dibawah:

Suria Professional Service Centre

En. Muhammad Aziz - 016-335 5456

Stesen Minyak Petronas
Lot 29071 & 29072
Taman Samudera
68100 Batu Caves
Selangor

Cawangan Johor Bahru
No. 5, Plaza Larkin Indah
Jalan Datin Halimah
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Laman web : www.suprongv.com

Parol WPKL bersama Suria NGV Sdn Bhd
Kenangan Parol WPKL bersama Suria NGV Sdn Bhd

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya 
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 27
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pengisian ‘Soft Skills’ Parol WPKL Bersama Suria NGV
Pengisian ‘Soft Skills’ Parol WPKL Bersama Suria NGV
Suria NGV sdn bhd, Suria Professional Service Centre, NGV Selangor, NGV Johor, pasang NGV,
http://1.bp.blogspot.com/-4zDauPVt2Ys/VE2sWZZdX9I/AAAAAAAAH_g/IeY-R9S1II8/s1600/1012086_933741646640460_8834781940548669009_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-4zDauPVt2Ys/VE2sWZZdX9I/AAAAAAAAH_g/IeY-R9S1II8/s72-c/1012086_933741646640460_8834781940548669009_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/pengisian-soft-skills-suria-ngv.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/pengisian-soft-skills-suria-ngv.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy