Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014

Memperkasa Informasi Generasi Muda, informasi remaja, informasi belia, kes kebankrapan golongan belia, remaja muflis, muflis

Pada Selasa (21/10/2014) telah berlangsungnya Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014 peringkat W.P. Kuala Lumpur bertempat di auditorium Muzium Negara. Ia adalah program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan WPKL dengan kerjasama Jabatan Kastam WPKL, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Insolvensi Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Amanah Raya Berhad (ARB) dan Jabatan Muzium Malaysia.

Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara

Intipati Dan Matlamat Program

Program ini juga turut menjadi salah satu program intervensi Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL dalam memperolehi input terkini kepada yang terlibat. Ia juga merupakan ‘outreach program’ yang melibatkan kerjasama dari perbagai agensi bertujuan menyuntik pengetahuan serta kesedaran terutama dikalangan belia terhadap peranan jabatan dan agensi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Program juga turut memberi penjelasan tentang GST, imigresen termasuk isu kebankrapan yang melanda kebanyakan generasi belia masa kini. Secara peribadi, KK amat tertarik dengan maklumat yang menjelaskan tentang fungsi Jabatan Insolvensi yang dilihat semakin releven apabila isu kebankrapan menjadi salah satu perhatian. KK difahamkan terdapat lebih 100 000 kes kebankrapan di Kuala Lumpur sahaja yang disebabkan ketidakupayaan membayar balik pinjaman sama ada dibuat oleh individu itu sendiri atau mereka yang menjadi penjamin kepada orang lain. Namun ada juga kes penganiayaan, memanipulasi undang-undang dan penipuan yang melibatkan penggunaan identiti (kad pengenalan) individu lain, menjadi penama (sleeping partner) dalam perniagaan dan pelbagai lagi permasalahan yang kurang difahami ramai.

Antara kes-kes kebankrapan yang sinonim dengan golongan belia pula adalah berkaitan hutang kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi. Berdasarkan maklumat yang sempat KK catatkan secara kasar, terdapat sebanyak 34% kes kebangkrapan yang melibatkan peringkat umur antara 35 - 44 tahun, 26% bagi umur 45 – 54 tahun dan 20% untuk peringkat umur lain-lain. Peratusan berdasarkan statistik jantina dari 2007 sehingga Jun 2014 melibatkan 70% lelaki dan 29% wanita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun perlu juga kita fahami bahawa kebankrapan itu bukanlah satu jenayah, ia adalah kegagalan dalam menguruskan kewangan dengan baik.

Kepentingan Belia Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi

Program ini juga turut memberi penekanan tentang pentingnya pengurusan kewangan dan pengetahuan perundangan dalam kerjaya yang mungkin dapat menghindarkan belia dari terkait dengan permasalahan yang tidak dijangka. Ia juga turut menjelaskan peranan pelbagai institusi agar dapat dijadikan tempat rujukan demi meringankan bebanan permasalahan kepada mereka yang terlibat namun komited mencari jalan penyelesaian. Selain itu, ia turut member penekanan terhadap pengaruh media sosial dalam penyebaran maklumat agar informasi dapat disampaikan dengan jelas dan dimanfaatkan untuk kebaikan golongan sasar.

Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara
Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara

Bagi KK, secara tidak langsung terpanggil untuk menjelaskan kepada pembaca yang dihormati bahawa isu sosial itu bukan hanya berkisar tentang permasalahan perilaku remaja dan keluarga sahaja. Ia turut mencakupi isu berkaitan akademik, kewangan, pengurusan, persaingan kerjaya dan cabaran kehidupan. Isu kes-kes komersil pula bukanlah semuanya kes pecah amanah (Criminal Breach of Trust (CBT)) dan rasuah semata-mata, tetapi mencakupi kes-kes keusahawanan dan kerjaya seperti akta syarikat, akta penerbitan bon dan saham, akta suruhanjaya sekuriti, akta bank dan institusi kewangan serta pelbagai lagi kesalahan akta hal-hal perlesenan dan urusan teknikal yang berkait rapat dengan kepentingan belia dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

Memperkasa Informasi Sosial Kepada Generasi Belia

Pelajaran yang tinggi dan kekeluargaan yang baik kadang-kala tidak menjamin anda untuk tidak terkait dengan masalah sosial dari pelbagai sudut perundangan. Ia akan KK kongsikan lagi berdasarkan fakta dan pengalaman untuk peringataan demi kebaikan bersama nanti… in shaa Allah. 

Parol WPKL, Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014, Auditorium Muzium Negara

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya 
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 49
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014
Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014
Memperkasa Informasi Generasi Muda, informasi remaja, informasi belia, kes kebankrapan golongan belia, remaja muflis, muflis
http://1.bp.blogspot.com/-jhVolfWL5S8/VEdnx0UCLFI/AAAAAAAAH7M/z5jHuMedwc0/s1600/1010388_930365666978058_1808539908318363057_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-jhVolfWL5S8/VEdnx0UCLFI/AAAAAAAAH7M/z5jHuMedwc0/s72-c/1010388_930365666978058_1808539908318363057_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/program-memperkasa-informasi-generasi-muda.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/program-memperkasa-informasi-generasi-muda.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy