Salam Maal Hijrah 1436

Maal Hijrah 1436, Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1436Masa berlalu begitu pantas dan kini menjelang tibanya Hijrah memasuki ambang tahun baharu 1436. Begitu lama berlalu peristiwa hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah, tetapi semangatnya tetap kita rasakan sehingga ke hari ini.

Maal Hijrah 1436

Menghidupkan Semangat Hijrah


Semangat hijrah sememangnya perlu kita hayati ketika perpecahan umat Islam dan pertelagaan umat manusia umumnya semakin berleluasa hari ini. Menggambarkan seolah-olah dunia telah kembali sebelum berlakunya Hijrah Rasulullah saw dahulu yang penuh dengan persengketaan dan kerosakan.

KK mengharapkan agar semangat dan roh hijrah itu akan dapat kita sentiasa hidupkan malah lebih hebat lagi demi kesejahteraan masyarakat yang bertamadun. Telah banyak sekali karya berteraskan fakta yang dinukilkan oleh para intelek dan agamawan, ahli sosiologi, ekonomi, saintis, ahli politik serta ilmuan lainnya tentang kepentingan Hijrah. Semua sepakat menyatakan Hijrah merupakan satu peristiwa besar dan ulung yang menjadi titik tolak dalam sejarah dunia Islam serta terukir dalam sejarah peradaban dunia di muka bumi ini.

Dunia Kini Dan Semangat Hijrah


Hari ini jika kita mengkaji perkembangan yang berlaku di bumi para anbia, maka kita dapat saksikan di sanalah berlakunya tragedi dan pergolakan yang amat besar. Di situ berlakunya pergeseran dan pertelagahan akibat situasi ideologi politik, kuasa, kepentingan yang menjanjikan angka korban setiap hari.

Kita di Malaysia bersyukur kerana masih dikurniakan keamanan. Namun dalam keamanan yang terwujud ini, kita sebenarnya berperang dengan pelbagai isu yang mampu mengugat kestabilan dan keharmonian negara. Bermula dengan gaya hidup masa kini dan cabarannya, krisis identiti, anasir idealisme yang mempengaruhi pemikiran sosial, isu remaja, etika kerjaya dan kehidupan masyarakat seluruhnya. Ada diantaranya yang ditakrif sebagai kanser… pembunuh senyap dalam masyarakat kita yang memerlukan kesedaran bersama agar semangat Hijrah Rasulullah dapat diterapkan secara kreatif dan realistik.

Maal Hijrah 1436

Impian, Cabaran Dan Realiti Hijrah


Pembuka tirai tahun baru Hijrah ini, KK berhasrat untuk terus berkongsi pelbagai artikel yang dapat memberi kesedaran bersama tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Pengalaman jatuh bangun sebagai seorang usahawan kecil, seterusnya berkecimpung dalam pelbagai segmen sosial insani menjadi inspirasi sebagai topik hidangan di blog ini agar bersama kita berfikir sejauh mana semangat Hijrah itu terus wujud.

Niche blog yang diatur susun sebagai ‘Lifestyle blog on social awareness’ akan menjadi arkib perkongsian santai informasi dan motivasi kesedaran sosial berkaitan segmen gaya hidup, keremajaan, kerjaya, pemulihan, pemutihan dan permodalan insan, termasuk jurnal kekeluargaan. Secara fiktif, segalanya berkisar pengalaman sebenar buat iktibar diri ini dan sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Semoga semangat Hijrah 1436 membawa kerahmatan serta keberkatan buat kita semua… aamiin.


Salam Maal Hijrah 1436


Salam Hormat
Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 24
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Salam Maal Hijrah 1436
Salam Maal Hijrah 1436
Maal Hijrah 1436, Salam Maal Hijrah
http://2.bp.blogspot.com/-9_V-y2pQelc/VEomPEi8k2I/AAAAAAAAH9U/3eVT6vrmzDA/s1600/540408_931602133521078_6231964700419834630_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-9_V-y2pQelc/VEomPEi8k2I/AAAAAAAAH9U/3eVT6vrmzDA/s72-c/540408_931602133521078_6231964700419834630_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/10/salam-maal-hijrah-1436.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/10/salam-maal-hijrah-1436.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy