Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara

Ceramah motivasi pekerjaan sebagai ibadat, Parol Kuala Lumpur

Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara – Antara pengisian ilmu yang bermanfaat sewaktu Sambutan Hari Penjara, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur adalah sesi ceramah motivasi pekerjaan kepada seluruh kakitangan dan anggota. Ia telah diadakan pada pagi Khamis (6/11/2014) bertempat di ibu pejabat Parol Negeri W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL).

Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur

Pengisian Ceramah Pekerjaan Sebagai Ibadat


Ceramah motivasi yang bertajuk ‘Pekerjaan Sebagai Ibadat’ ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhd Safwan bin Saidin yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ia merupakan pengisian acara yang diadakan pada sebelah pagi sebelum aktiviti riadah sebelah petang yang telah dikongsikan pada artikel sebelum ini. >>> Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara  

Intipati ceramah menjelaskan tentang pekerjaan sebagai satu ibadat dalam konteks hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas serta dedikasi untuk kehidupan yang diberkati. Selain menjelaskan ciri-ciri orang yang bermotivasi serta menyeru rasa bersyukur terhadap kerjaya yang Allah kurniakan, ia turut menekankan tentang keimanan dan integriti dalam melaksanakan amanah negara terutamanya apabila terkait dengan pasukan beruniform.

Parol WPKL yang merupakan bahagian penting dalam segmen pemulihan insan dibawah Jabatan Penjara Malaysia juga tidak terkecuali dari amanah tersebut. Ia menjadi peringatan bahawa jawatan yang disandang dan uniform yang dipakai itu membawa bersamanya amanah yang amat berat dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukan apabila di akhirat kelak.   

Sesi Ceramah Motivasi Pekerjaan Parol WPKL


Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur
Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur
Ceramah motivasi Pekerjaan Sebagai Ibadat, Parol Kuala Lumpur

Ceramah Motivasi Pekerjaan Sebagai Suntikan Modal Insan


Saya amat bersyukur kerana berpeluang hadir dalam ceramah motivasi Parol WPKL sempena Sambutan Hari Penjara  ini. Ia menyuntik kesedaran tentang amanat Allah swt kepada kita semua sebagai khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya, tiada sesuatu pun yang terjadi secara kebetulan. Segala yang berlaku merupakan jodoh pertemuan, qada dan qadar ketentuan Allah swt. Adalah menjadi tanggungjawab kita menerima dan melaksanakan segala ketentuan itu sebagai ibadah demi kejayaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah swt jualah sebaik-baik Perancang, Pelaksana dan Maha Mengetahui atas segala ketentuanNya… subhanallah.

Parol Kuala Lumpur, Jabatan Penjara Malaysia sempena sambutan Hari Penjara

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


COMMENTS

BLOGGER: 41
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara
Ceramah Motivasi Sempena Sambutan Hari Penjara
Ceramah motivasi pekerjaan sebagai ibadat, Parol Kuala Lumpur
https://3.bp.blogspot.com/-Z6jlMgoHIr0/VGKnfJpLJrI/AAAAAAAAIO4/-tTixmcXdR4/s640/P_20141106_112702.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Z6jlMgoHIr0/VGKnfJpLJrI/AAAAAAAAIO4/-tTixmcXdR4/s72-c/P_20141106_112702.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/ceramah-motivasi-sempena-sambutan-hari-penjara.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/ceramah-motivasi-sempena-sambutan-hari-penjara.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy