Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri

Ceramah Ustaz Kazim Elias, Masjid Bandar Tasik Puteri, Ceramah motivasi ibu bapa dan kekeluargaan.

Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri – Pada malam Sabtu (8/11/2014) yang lalu, KK berkesempatan bersama keluarga menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Ustaz Kazim Elias di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang

Ceramah Motivasi Kekeluargaan Ustaz Kazim Elias


Intipati ceramah yang disampaikan menjurus kepada motivasi ibubapa dan kekeluargaan, bermula selepas solat isyak. Ia telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri dengan kerjasama PIBG dan masjid serta dihadiri lebih 2000 orang, penduduk sekitar qariah Bandar Tasik Puteri ini.

Selain pengisian berkaitan persoalan agama dan motivasi kekeluargaan, ia juga menjurus kepada nasihat tentang realiti cara hidup sosial dan kekeluargaan masa kini. Hubungan antara ibu bapa, anak-anak serta jiran tetangga sememangnya penting demi membentuk komuniti yang selamat, harmoni serta mampu menjemput keberkatan seluruhnya. Secara peribadi, saya tertarik dengan cadangan Ustaz Kazim agar diwujudkan kerjasama berpanjangan antara pihak sekolah dan masjid, PIBG termasuk penduduk sebagai inisiatif terbaik membendung gejala sosial terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah warga Bandar Tasik Puteri.  

Suasana Masjid Bandar Tasik Puteri Sewaktu Ceramah Ustaz Kazim Elias


Sempat merakamkan beberapa gambar pada waktu sebelum, semasa dan selepas ceramah Ustaz Kazim Elias di Masjid Bandar Tasik Puteri. Ceramah yang berlangsung selama 2 jam ini berakhir sekitar jam 11 malam. Sememangnya, ia merupakan satu acara yang meriah penuh dengan ilmu, semangat persaudaraan serta ukhwah kejiranan.

Qari warga Bandar Tasik Puteri, Rawang
Bacaan Al Quran oleh qari warga Bandar Tasik Puteri 
Ustaz Kazim Elias di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Sewaktu ceramah baru bermula
Jemaah Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Jemaah yang menghadiri ceramah Ustaz Kazim Elias
Soalan kepada Ustaz Kazim Elias
Tabung soalan yang terdapat di pintu masuk masjid
Warga muda di Masjid Bandar Tasik Puteri
Bersama warga muda kejiranan Bandar Tasik Puteri
Keluarga di Masjid Bandar Tasik Puteri
Puan Mem bersama 2 anak yang hadir
Masjid Bandar Tasik Puteri
Suasana ketika jemaah mula pulang
Masjid Bandar Tasik Puteri
Terdapat gerai-gerai jualan di perkarangan masjid
Masjid Bandar Tasik Puteri
Masih meriah walaupun jam menunjukkan hampir 12 malam

Ceramah Kekeluargaan Membendung Gejala Sosial Melalui Jalan Agama Dan Dakwah


Berdasarkan cadangan Ustaz Kazim Elias berkenaan peranan masjid dalam inisiatif membendung gejala sosial diperingkat komuniti setempat, setiap pelajar yang tersenarai kerana salahlaku displin yang berat perlu dibawa ke masjid untuk menjalani program kesedaran pada setiap hujung minggu. Melalui tempoh yang ditetapkan, setiap pelajar yang disenaraikan perlu menghadirkan diri pada petang Jumaat dan bermalam sehingga Ahad untuk mengikuti pembelajaran berpandukan jadual program yang diatur sebaiknya.

Bagi Ibu dan bapa pelajar yang disenaraikan itu juga perlu menghadiri tazkirah dan berjemaah magrib dan isyak sebelum pulang meninggalkan anak mereka untuk pengisian selanjutnya. Ibu bapa tersebut juga digalakkan menghadiri solat subuh berjemaah dan mengimarahkan tazkirah subuh yang diadakan bersama anak-anak dan seluruh jemaah yang hadir. Mudah-mudahan permasalahan sosial dapat dibendung dengan lebih berkesan, in shaa Allah.

Mudah-mudahan juga ceramah Ustaz Kazim Di Bandar Tasik Puteri ini dapat menyuntik semangat kesepakatan yang erat dikalangan penduduk demi kehidupan yang harmoni dan diberkati… aamiin.

    

COMMENTS

BLOGGER: 50
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri
Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri
Ceramah Ustaz Kazim Elias, Masjid Bandar Tasik Puteri, Ceramah motivasi ibu bapa dan kekeluargaan.
https://4.bp.blogspot.com/-Sf8LGTzx9Ds/VGN7ItBgUuI/AAAAAAAAIP0/YiQ_gvorUYU/s640/10606622_943821945632430_4070009664821646155_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-Sf8LGTzx9Ds/VGN7ItBgUuI/AAAAAAAAIP0/YiQ_gvorUYU/s72-c/10606622_943821945632430_4070009664821646155_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/ceramah-ustaz-kazim-di-masjid-bandar.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/ceramah-ustaz-kazim-di-masjid-bandar.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy