Chow Kit Dan Dilema Berblogging

Chow Kit dan dilema sebagai blogger

Chow Kit Dan Dilema Berblogging – Menjejakkan kaki di Chow Kit pada pagi Isnin atas satu temujanji. Saya telah diundang untuk menyertai program menyelami lubuk gelap Chow Kit yang masih dalam perangkaan. Berdasarkan tajuk luarannya agak menarik tetapi intipati yang cuba disingkap membuatkan saya berfikir 2 kali…

Chow Kit, Kuala Lumpur

Kisah Pagi Di Chow Kit


Saya ke Chow Kit dengan komuter yang tiba di stesen KTM Putra sekitar 7:30 pagi. Berjalan kaki sejauh 2 km ke tempat yang dituju, ingatan mengimbau kembali suasana zaman remaja dahulu. Lama tidak berjalan kaki di Chow Kit. Kemajuan infrastruktur dan pembangunan gedung membeli belah membezakan dahulu dan kini kecuali senario penawaran pondan dan pelacur mencari pelanggan yang berlanjutan hingga ke pagi.

Sepanjang berjalan melewati satu kawasan deretan kedai, saya telah disapa pondan sebanyak 3 kali dan 2 kali pelacur yang menawarkan perkhidmatan serendah RM50.00 ‘seround’ … huh.. astagfirullah. Saya tidak berhasrat ke sini untuk tujuan itu dan ia bukanlah dilema yang ingin diceritakan di sini… Itulah realiti Chow Kit… macam-macam barang ada…

Intipati Temujanji Di Chow Kit


Saya bersama beberapa kenalan ditawarkan untuk menyingkap kisah seperti di atas berdasarkan perancangan strategik yang akan diperincian nanti. Program ini mendapat tajaan 3 syarikat multinasional dengan sokongan sebuah IPTS termasuk NGO dan rumah perlindungan untuk segmen realiti sosial dan masyarakat kota.

Saya bersyukur kerana terpilih berdasarkan kelayakan, pengalaman serta sokongan beberapa rakan keusahawanan sosial. Selain itu, portfolio blog dalam niche ‘lifestyle blog on social awareness’ juga membantu menarik peluang ini. Selain terlibat mengumpulkan fakta berpandukan undang-undang serta prosedur ‘United Nations’, Saya juga berpeluang berkongsi realiti sosial sebagai informasi kesedaran bersama di blog ini nanti.

Gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur
Gelandangan jejantas di sebalik kotak.. hampir jam 8 pagi...
Gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur
Apa pengakhiran isu hangat bulan Ramadan tentang gelandangan dahulu eh?

Cuma apabila memikirkan faktor keselamatan untuk turun padang mendapatkan informasi gelap Chow Kit dengan mendekati kegiatan pelacuran, dadah, sindiket dan sebagainya membuatkan saya masih memikirkan sama ada mahu menerima atau tidak tawaran tersebut. Masih menunggu dan melihat apa intipati yang akan dibentangkan nanti... "Am I playing with fire?.."

Program ini sebenarnya belum berjalan dalam tempoh terdekat. Perancangan rapi dianggarkan memakan masa 6 bulan sebelum segalanya ‘on schedule’ secara progresif. Sebelum tempoh itu juga KK diberi waktu untuk membuat keputusan.

Dilema Blogger Dan Berblogging


Selain tawaran merisik serta menulis tentang Chow Kit, bulan ini juga menerima dua lagi tawaran lain yang membuatkan saya di persimpangan dilema. Sebuah parti politik dan NGO kemanusiaan menawarkan peluang sebagai salah seorang blogger atau kolumnis di blog mereka. Segala perincian biarlah menjadi rahsia buat masa ini dan kedua-dua peluang ini pula terbuka untuk tempoh setahun 

Sejujurnya saya dalam dilema tentang pilihan tawaran berblogging... Walaupun dirasakan menarik serta tidak menghalang saya berblog seperti biasa, namun banyak perkara yang perlu diperhalusi melangkaui terma kontrak dan bayaran sebelum membuat sebarang keputusan untuk kebaikan jangka panjang. Tawaran kesemua ini juga merupakan pengalaman pertama saya dalam dunia berblogging. 

Justeru, ada tak pandangan yang boleh dikongsikan?..


COMMENTS

BLOGGER: 59
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Chow Kit Dan Dilema Berblogging
Chow Kit Dan Dilema Berblogging
Chow Kit dan dilema sebagai blogger
http://1.bp.blogspot.com/-28py3r_zmRs/VHSA9YEqrkI/AAAAAAAAIcg/mxlFpFJa2NU/s1600/1900030_951156574898967_4665250312853543330_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-28py3r_zmRs/VHSA9YEqrkI/AAAAAAAAIcg/mxlFpFJa2NU/s72-c/1900030_951156574898967_4665250312853543330_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/chow-kit-dan-dilema-berblogging.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/chow-kit-dan-dilema-berblogging.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy