Ciko Dan Miko Ahli Keluarga Baharu

Kisah kucing kami dalam segmen kekeluargaan, ahli keluarga baharu bernama Ciko Miko dan Celak.

Ciko Dan Miko Ahli Keluarga Baharu – Berkongsi kegembiraan dalam segmen kekeluargaan. Sewaktu artikel ini diterbitkan, genaplah seminggu kami dianugerahkan dengan kelahiran Ciko dan Miko seterusnya menjadi ahli keluarga kami yang baharu. Siapakah Ciko dan Miko itu hehee? Semuanya diinspirasikan dari perkongsian artikel sahabat blogger Kak Lynn Munir yang boleh dibaca di sini >>>>> Elsa

Kucing baru lahir

Kucing Kami Ciko dan Miko


Sekadar berkongsi kegembiraan setelah pelbagai kejadian suka duka kucing kami sebelum ini yang tidak pernah diceritakan. Ada yang datang dan pergi… menjadi kesedihan buat anak-anak bila kucing yang disayangi tidak pulang ke rumah, hilang tanpa perkhabaran kerana diculik orang. Lebih sayu dan menyedihkan lagi apabila melihat kucing sendiri mati dilenyek di hadapan rumah… kes langgar lari. Nak buat repot pun tak boleh huhu…

Kali ini, datang lagi seekor kucing betina yang sarat mengandung mencari rumah perlindungan dan melahirkan 2 ekor anak kucing jantan di rumah kami. Syukurlah… nasib baik 2 ekor, kalau banyak jenuh juga nak menjaga. Sayangnya, sungguh menyedihkan apabila ibu mereka hilang melarikan diri sehari selepas melahirkan mereka. Menjerit-jerit mengiau anak-anak kucing tu memanggil ibu yang tak berkunjung tiba.

Ciko Dan Miko Si Kucing Yang Belum Mengenal Dunia


Pada mulanya kami bersangka baik, mungkin sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap ibu kucing itu. Namun, ternyata tanggapan kami salah apabila terlihat ibu kucing tersebut dalam keadaan sihat walafiat di blok perumahan lain. Ternyata ibu kucing ni jenis betina liar hehee… Mana ketidaknya… seronok mengawan dengan si jantan hingga mengandung. Sampai waktu beranak, ditinggalkan anak macam tu sahaja. Boleh jadi permasalahan sosial kalau macam ni.. :D

Kucing yang ditinggalkan ibunya
Ini dinamakan ibu gantian... ibu sintetik...
Kucing menyusu dengan susu kambing
Puan Mem menjadi ibu susuan.. Ciko yg belum celik mata lagi
cara-cara memberi kucing minum susu
Yang ini namanya Miko.. mata pun belum celik lagi...

Sebelum itu ada pula seekor anak kucing betina yang tiba-tiba datang ke rumah dan terus bermastautin sehingga hari ini. Disebabkan kami baru kematian 2 ekor kucing, kehadiran anak kucing betina yang kami beri nama 'Celak' diterima dengan baik. Kesian pulak bila pagi-pagi mengiau-ngiau minta makanan,.. comot dan kesejukan. Kesian...

kucing yang datang membawa rezeki
Celak.. kucing betina yang dianggarkan dalam sekitar usia 4 bulan

Lumrah sesetengah kucing, ada yang sayang anak dan ada juga yang buat tak tahu je. Manusia pun ada yang macam tu juga kan? Apa pun, Ciko dan Miko ini secara tidak langsung menjadi anak angkat kami termasuk seekor lagi yang kami namakan Celak, menjadi perkongsian jurnal kekeluargaan buat tatapan maya.

Jika ada yang bertanya KK ada berapa orang anak?... bolehlah jawab ‘4 orang dan 3 ekor’ hehee. Kos kehidupan dah naik, maka kenalah berkerja lebih keras. Mudah-mudah dipermudahkan rezeki buat kita semua... aamiin.. :) 


Salam Hormat

Khir Khalid


COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ciko Dan Miko Ahli Keluarga Baharu
Ciko Dan Miko Ahli Keluarga Baharu
Kisah kucing kami dalam segmen kekeluargaan, ahli keluarga baharu bernama Ciko Miko dan Celak.
http://1.bp.blogspot.com/-VA7nH_Pf134/VGcd8X5TVYI/AAAAAAAAITo/_KWPNLu4aQs/s1600/10370447_945227248825233_7822393605563577757_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-VA7nH_Pf134/VGcd8X5TVYI/AAAAAAAAITo/_KWPNLu4aQs/s72-c/10370447_945227248825233_7822393605563577757_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/ciko-dan-miko-ahli-keluarga-baharu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/ciko-dan-miko-ahli-keluarga-baharu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy