Hukum Kenduri Tidak Jemput Jiran

Apa hukum mengadakan kenduri kahwin atau rumah terbuka secara besar-besaran tetapi tidak menjemput jiran tetangga yang berdekatan.

Hukum Kenduri Tidak Jemput Jiran – Musim cuti sekolah boleh juga dikatakan sebagai musim kenduri kahwin dan kenduri kendara. Saya pun ada menerima beberapa jemputan kenduri kahwin musim cuti ini. Namun ada beberapa jemputan yang tidak dapat hadir atas alasan tertentu walaupun berusaha mengotakannya… hhmmm… Apa pun, selagi termampu pasti akan hadir jika dijemput…

Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Hukum kenduri dan majlis kahwin tak jemput jiran.
Gambar hiasan sahaja - Ihsan Google

Kenduri Tidak Jemput Jiran


Saya nak kongsikan sedikit cerita dan mengharapkan pandangan dari sesiapa yang jelas tentang hukum kenduri tidak jemput jiran. Ia berlaku kepada rakan saya ketika kami sekeluarga bercadang melawat ke rumah beliau baru-baru ini.

Setibanya kami, rupa-rupanya telah berlangsung majlis perkahwinan selang beberapa rumah. Maka, kami terpaksa meletakkan kereta agak jauh dan berjalan kaki seolah-olah menjadi tetamu kepada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung. Segan jadinya bila terpaksa menyusuri khemah yang didirikan… ‘wrong timing’ lah kiranya ni…

Dipendekkan cerita, sewaktu bersembang sekeluarga di rumah rakan, saya tergerak bertanya “dah pergi ke kerja kahwin tu?”… Rakan menjawab yang beliau sekeluarga tidak diundang, malah terdapat beberapa jiran lain juga tidak dijemput ke majlis perkahwinan tersebut kerana tidak mengenali… wallahualam.

Tidak Jemput Jiran Atas Alasan Tertentu


Saya agak terkesan dengan jawapan tersebut. Mungkin tuan rumah majlis perkahwinan tu ada alasan tersendiri. Tetapi, bila perkara seperti ini berlaku di sebuah kejiranan boleh dikira sentap buat jiran tetangga yang tidak dijemput.

Saya tak pasti apa hukum tidak menjemput jiran tetangga dalam majlis keramaian, kenduri atau kenduri kahwin ini. Ada yang kata berdosa besar dan majlis tak berkat disebabkan orang terdekat tidak diundang bagi merapatkan silaturrahim. Ada sesiapa boleh perjelaskan tak?

Kalau kenduri biasa-biasa mungkin tak berapa terkesan. Tetapi kalau majlis perkahwinan atau open house besar-besaran dari pagi hingga ke malam, apa lah salahnya bermodal sepinggan dua nasi dan lauk untuk jiran tetangga... takkanlah tak mampu... Jemputan mulut dari tuan rumah sendiri pun sudah cukup baik untuk silaturrahim tetangga… sejuk sikit hati jiran.

Seronok Majlis Kenduri Tetapi Menyusahkan Jiran Lain


Apa pun alasan, saya berpendapat agak kurang sopan kenduri tersebut… bila bunyi lagu mengganggu kejiranan hingga ke malam. Anak-anak kecil menangis tak dapat tidur disebabkan suara emcee, muzik dan orang melalak berkaraoke. Jiran nak keluar masuk pun susah disebabkan parking tetamu majlis menyusahkan urusan jiran tetangga. Jiran nak balik pun terpaksa pusing melalui jalan yang jauh…

Tambahan lagi bau-bau makanan masuk ke rumah jiran yang tidak diundang. Buat orang kempunan je... Walau pun sehari, tetapi sehari itulah menggambarkan tidak prihatin dalam kejiranan. Sengal ada jiran macam tu…  

Justeru, apa hukum kenduri tidak jemput jiran eh? Saya cuba cari tetapi tak jelas. Saya simpulkan dari pandangan masyarakat bahawa orang seperti ini memang tidak prihatin, mungkin ego dan tak tahu budi bahasa… Silaturrahim berjiran tu kan penting…

Semoga menjadi peringatan buat semua termasuk diri ini juga.


COMMENTS

BLOGGER: 44
Loading...
image
Name

Bisnes,32,Blogging,64,Ekspresi,110,Familia,35,Foodie,34,Gadget,8,Hartanah,13,Health & Fitness,11,Hiburan,26,Informasi,98,Intervensi,27,Komuniti,36,Lifestyle,58,Motivasi,118,Movie,12,Pendidikan,38,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,42,Segmen Dan Giveaway,68,Sosial,41,Teater,5,Travelog,14,Umrah Dan Haji,3,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Hukum Kenduri Tidak Jemput Jiran
Hukum Kenduri Tidak Jemput Jiran
Apa hukum mengadakan kenduri kahwin atau rumah terbuka secara besar-besaran tetapi tidak menjemput jiran tetangga yang berdekatan.
http://1.bp.blogspot.com/-wTqvj708ZoE/VHlt1rD1wRI/AAAAAAAAIeY/4MoHdqQvgUw/s1600/kenduri-kahwin-untuk-mengumumkan-perkahwinan-pasangan-1024x768.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-wTqvj708ZoE/VHlt1rD1wRI/AAAAAAAAIeY/4MoHdqQvgUw/s72-c/kenduri-kahwin-untuk-mengumumkan-perkahwinan-pasangan-1024x768.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/hukum-kenduri-tidak-jemput-jiran.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/hukum-kenduri-tidak-jemput-jiran.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy