Kemeriahan The Beat Of Youth 4UTC

Mencungkil bakat remaja dalam acara belia The Beat Of Youth 4UTC. Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur

Kemeriahan The Beat Of Youth 4UTC - Pada 8 – 9 November 2014, telah diadakan acara The Beat Of Youth 4UTC yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan bertempat di Y-Center, UTC Pudu Central, Kuala Lumpur. Saya berpeluang hadir pada pagi 8 November untuk menyaksikan sendiri kemeriahan pelbagai pengisian acara yang bertenaga dan menyihatkan bermula sekitar jam 9 pagi.

Zumba The Beat Of Youth 4UTC di UTC Pudu Central

Pengisian The Beat OF Youth


Menyelami rentak remaja dalam acara The Beat OF Youth, bermula dengan perlawanan futsal jemputan yang disertai oleh barisan media dan artis menjadi penyeri acara pagi. Antara yang bertanding adalah pasukan futsal KBS, barisan Artis, Astro Awani dan Suria FM. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan futsal Astro Awani yang mempamerkan persaingan yang hebat.

Selain itu, terdapat juga acara yang ditunggu ramai iaitu Zumba… Beramai-ramai kita berzumba!! Sememangnya meriah dan menyeronokkan. Tidak ketinggalan juga acara yang mempamerkan bakat hebat remaja dalam skill menimbang bola 'freestyle football' serta persembahan Yoyo oleh sekumpulan remaja berbakat Yoyoskeel Malaysia, diketuai oleh bro Shakeel yang telah beberapa tahun menjuarai pertandingan yoyo di peringkat antarabangsa.

Gambar-Gambar Acara The Beat Of Youth


Merakamkan beberapa aksi pada acara pagi The Beat Of Youth 4UTC yang meriah. Aktiviti mencabar ‘wall climbing’ juga turut diadakan. Pada awalnya KK berhasrat untuk menyertai ‘wall climbing’ ini, namun tiba-tiba boleh timbul perasaan gayat pulak hehee. Apa pun, jom kita layan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang acara berlangsung.

Futsal jemputan The Beat Of Youth 4UTC
Perlawanan futsal jemputan
Black main futsal di UTC Pudu Central
Kepada peminat Black.. dia tengah tengok kamera tu...
Futsal Jemputan di UTC Pudu Central, Kuala Lumpur
Antara yang sedang menyaksikan perlawanan futsal 
Radhi OAG di The Beat Of Youth 4UTC, UTC Pudu Central
Sempat selfie dengan bro Radhi OAG... layan jamming macam dolu-dolu.. :D
Zumba The Beat Of Youth 4UTC di UTC Pudu Central
Acara Zumba yang ditunggu ramai
Wall Climbing The Beat Of Youth 4UTC, UTC Pudu Central, Kuala Lumpur
Wall climbing yang turut mendapat sambutan
Freestyle football di Y-centre UTC Pudu Central
Persembahan 'freestyle football' yang kreatif dan menarik
Yoyoskeel di UTC Pudu Central, Kuala Lumpur
Persembahan yoyo dari Yoyoskeel Malaysia
Shakeel yoyoskeel, Khir Khalid di UTC Pudu Central
Bro Shakeel... pengasas Yoyoskeel Malaysia

Hargai Belia Dengan Bimbingan Sosial Yang Positif


Acara yang diadakan ini sememangnya menghidangkan pelbagai aktiviti-aktiviti padat dengan pengisian yang bertenaga serta menyihatkan. Ia secara langsung dapat dijadikan sebagai bimbingan dan platform mencungkil bakat remaja buat generasi belia dan golongan dewasa seluruhnya. Semoga kemeriahan acara The Beat Of Youth 4UTC ini dapat menyuntik semangat gaya hidup positif demi membentras gejala sosial ke arah masyarakat yang sejahtera.

Saya kongsikan persembahan ‘Yoyoskeel by Shakeel’ yang telah di'upload'. Banyak lagi acara dan program yang akan 'upload' di youtube pula nanti. Jom layan…



COMMENTS

BLOGGER: 43
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kemeriahan The Beat Of Youth 4UTC
Kemeriahan The Beat Of Youth 4UTC
Mencungkil bakat remaja dalam acara belia The Beat Of Youth 4UTC. Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur
https://4.bp.blogspot.com/-eAx9Ij2JqKc/VGWjGvTrGPI/AAAAAAAAIRk/Qtw4Xj-hHcc/s640/zumba%2Butc.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-eAx9Ij2JqKc/VGWjGvTrGPI/AAAAAAAAIRk/Qtw4Xj-hHcc/s72-c/zumba%2Butc.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/kemeriahan-beat-of-youth-4utc.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/kemeriahan-beat-of-youth-4utc.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy