Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Ustaz Hassan Din, Kuliah madrasah as siddiqin, nilai seorang mukmin, Abu Hassan Din,

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din – Kelapangan pada malam Rabu (19/11/2014), saya berkesempatan menghadiri kuliah maghrib perdana yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Dr Abu Hassan Din Al Fadhil. Kuliah yang bertajuk ‘Nilai Seorang Mukmin Dan Muslim’ berlangsung selepas solat maghrib di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kuliah Maghrib Perdana, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Intipati Kuliah Ustaz Hassan Din


Intipati kuliah penceramah undangan yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hassan Din menjelaskan perbezaan antara seorang Muslim dan Mukmin. Seorang Muslim dapat diintrepretasikan dengan mudah melalui pengucapan syahadah. Namun, cabaran mengekalkan syahadah sehingga ke akhir hayat menjadikan seseorang itu Mukmin. Secara mudah, Mukmin itu beriman. Status seorang Muslim boleh diwarisi tetapi tidak dengan iman.

Seseorang yang Muslim tidak semestinya Mukmin. Cara hidup mempengaruhi nilai seorang Muslim dan Mukmin. Berdasarkan definasi tersebut beliau memperincikan lagi tentang maksud Mukmin dalam konteks kehidupan seharian. Sesungguhnya, menjadi peringatan yang mendalam apabila beliau berpesan “Tidak akan berzina, minum arak, berjudi, mencuri, menipu, rasuah dan pelbagai perbuatan mungkar seorang Muslim itu sekiranya dia Mukmin”. Astagfirullah…

Suasana Kuliah Maghrib Perdana Di Madrasah As Siddiqin


Kuliah perdana di Madrasah As Siddiqin berlangsung selama 2 jam dengan pengisian tentang tingkatan solat yang perlu sentiasa diperbaiki bagi membentuk keperibadian Mukmin. Selain itu menjelaskan juga tentang perkara wajib dan sunat yang menjadi kekeliruan dalam budaya masyarakat kita. Kuliah berakhir sekitar jam 10 malam dengan solat Isyak berjemaah.

Ustaz Dato Dr Abu Hassan Din Al Hafiz, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri
Kuliah Maghrib Perdana, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Kuliah Maghrib Perdana, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengikut kita”… hadir bersama orang yang berilmu itu bukan sahaja tempias ilmunya, malah bersamanya rezeki kepada sesetengah yang lain… Subhanallah.

Kuliah Maghrib Perdana, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Kuliah Maghrib Perdana, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Kuliah Nilai Seorang Muslim Dan Mukmin Sebagai Peringatan Bersama


Secara jujur, saya memandang Ustaz Hassan Din ini sebagai insan yang berkeperibadian sederhana namun tinggi ilmunya. Cara penyampaian kuliah yang santai namun penuh dengan suntikan kesedaran, keinsafan dan pengharapan.

KK panjangkan pesanan dalam Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din tentang satu cara agar kita membimbing diri untuk menjadi Mukmin. Senantiasalah kita memikirkan “Apakah perkara wajib yang belum kita laksanakan dan apakah perkara haram yang belum kita tinggalkan”… mudah-mudahan kita senantiasa mencari solusi memperbaiki kehidupan ini diatas jalan yang diredhai… aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 61
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din
Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din
Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Hassan Din, Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Ustaz Hassan Din, Kuliah madrasah as siddiqin, nilai seorang mukmin, Abu Hassan Din,
http://4.bp.blogspot.com/-pL0ptTK_PNg/VG6uzc-2FGI/AAAAAAAAIag/36ys1c5KLmk/s1600/10330434_948377578510200_2762717354256680641_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-pL0ptTK_PNg/VG6uzc-2FGI/AAAAAAAAIag/36ys1c5KLmk/s72-c/10330434_948377578510200_2762717354256680641_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/kuliah-maghrib-perdana-ustaz-hassan-din.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/kuliah-maghrib-perdana-ustaz-hassan-din.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy