PRAY for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome

Muhammad Izzsyraq Azraq, penyakit short bowel syndrome, adik Izz,

Terbaca kisah perjuangan adik Muhammad Izzsyraq Azraq (Adik Izz) yang menghidapi penyakit Short Bowel Syndrome di blog rakan blogger Yana Yani (YY). Sebagai seorang bapa, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap diri ini. Justeru, KK berhasrat memanjangkan perkara tersebut dengan harapan ia membantu membawa kebaikan, in shaa Allah.

Muhammad Izzsyraq Azraq, Short Bowel Syndrome

Apa itu Short Bowel Sindrome


Pengetahuan baharu buat KK tentang penyakit Short Bowel Syndrome ini. Ia sebenarnya adalah penyakit yang sangat ‘rare’ dan sehingga kini masih belum ada lagi rujukan tepat untuk para doktor dalam menangani penyakit tersebut. Segala rawatan terhadap Adik Izz dilakukan berdasarkan ‘try and error’.

Pray for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome

Menyoroti kisah Adik Izz yang dilahirkan secara normal pada 13 Mac 2013 adalah merupakan anak ketiga daripada 3 beradik. Namun pada usia 7 bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan perlu menjalani rawatan pembedahan untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit yang dialami. Doktor mengesahkan bahawa usus Adik Izz telah terbelit lebih daripada 4 kali dan telah bertukar warna kehitaman. Usus Adik Izz terpaksa dibuang.

Berdasarkan penulisan blogger YY juga, saiz usus kecil manusia adalah antara 6 hingga 8 meter tetapi Adik Izz kini hanya mempunyai 8 sentimeter dan disahkan sebagai usus yang terpendek. Lebih menyedihkan apabila doktor mengkhabarkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus. Sesungguhnya, hati ibu bapa mana yang tidak terkesan dengan perkhabaran seperti itu...

Kasih Sayang Keluarga Dan Short Bowel Syndrome


Pada waktu artikel ini ditulis, Adik Izz berusia 1 tahun 8 bulan. Sudah setahun Adik Izz menduduki Hospital @ Wad KK4, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan sehingga kini. Doktor masih lagi buntu untuk mencari penyelesaian agar penyakit ini dapat disembuhkan. Begitu juga seluruh keluarga Adik Izz yang sanggup berkorban waktu, tenaga dan segala yang terdaya dengan doa pengharapan ke hadrat Illahi atas nama kasih dan sayang.  

Pray for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome
Aamiin ya Rabbal alaamiin.

Secara jujur, KK tidak mengenali Adik Izz atau mana-mana ahli keluarganya. Kisah perjuangan Adik Izz serta apa yang dialami seluruh keluarganya amat terkesan buat KK. Apatah lagi bila terbaca luahan bapa Izz sendiri tentang penyakit Short Bowel Syndrome yang dialami anaknya di blog beliau.

Ya… bapa Izz juga seorang blogger. Anda boleh mengunjungi blog beliau >>> www.ekjozbuloh.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjuangan Adik Izz. Sebagai blogger, KK berharap agar artikel ini dapat tersebar kepada sesiapa jua dengan harapan ikhlas membantu.

Bersama kita titipkan doa semoga Allah kurniakan penyembuhan atas kuasaNYA serta dikurniakan ketabahan kepada seluruh keluarga Muhammad Izzsyraq Azraq… aamiin.


Marilah kita sama-sama usahakan apa yang termampu untuk kebaikan. Segala maklumat dan perkembangan tentang Adik Izz dan Short Bowel Syndrome ini juga boleh diikuti melalui page PRAY for Izzsyraq – Short Bowel Syndrome di bawah.

Pray for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome
Jom like... bersama kita beri sokongan

Mudah-mudahan dengan doa dan usaha ukhwah pembaca yang dihormati sekelian mampu memberi kekuatan berterusan kepada Adik Izz dan seluruh keluarganya menghadapi dugaan  ini… aamiin ya Rabbal alaamiin.

*Kredit : Gambar-gambat di atas adalah hak milik blog ekjozbuloh.blogspot.com dan fb page PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome. 


COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: PRAY for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome
PRAY for Izzsyraq : Short Bowel Syndrome
Muhammad Izzsyraq Azraq, penyakit short bowel syndrome, adik Izz,
https://2.bp.blogspot.com/-2IYs8x_psnQ/VHrvuggqZGI/AAAAAAAAIfY/HdBnIkAX_-M/s1600/10606216_738418966207069_2885571730591851113_n.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-2IYs8x_psnQ/VHrvuggqZGI/AAAAAAAAIfY/HdBnIkAX_-M/s72-c/10606216_738418966207069_2885571730591851113_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/pray-for-izzsyraq-short-bowel-syndrome.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/pray-for-izzsyraq-short-bowel-syndrome.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy