Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional

Puisi, apresiasi puisi, program apresiasi puisi, apresiasi puisi melayu tradisional, Perpustakaan Negara Malaysia, PNM, puisi di perpustakaan, intervensi puisi

Pada Khamis (13/11/2014), telah berlangsungnya Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di auditorium Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri tokoh karyawan puisi, kesusasteraan dan akademik termasuk jabatan, agensi serta pelajar-pelajar sekolah dari sekitar Kuala Lumpur. Turut hadir, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) sebagai salah satu program sokongan intervensi dalam komuniti untuk ODP dan PKW dibawah penyeliannya.

Apresiasi Puisi, Perpustakaan Negara Malaysia

Intipati Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional


Selaras dengan matlamat memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional ini bertujuan memperkenal dan mendedahkan elemen bahasa kebangsaan dalam aspek puisi Melayu tradisional kepada golongan belia dan masyarakat seluruhnya. Ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBhg Pn Nafisah Ahmad selaku Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, menjelaskan peranan puisi dalam mencorak identiti masyarakat Malaysia.

Puisi Melayu Tradisional adalah sumber warisan artifak yang berfungsi membentuk satu lingkaran pemikiran, kehidupan, nasihat dan menyatakan isi hati termasuk menggunakan pantun sebagai puisi dalam mengindahkan sesuatu majlis. Puisi juga banyak menerapkan pengajaran dan nilai-nilai murni yang mampu membantu dalam menangani gejala sosial yang semakin membarah terutamanya dikalangan generasi muda, belia dan remaja. Beliau turut menjelaskan tentang Antologi Anak Laut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Komsas Bahasa Melayu di sekolah sebagai alat mendidik generasi muda agar tidak melibatkan dari dalam kegiatan sosial yang tidak bermoral.

YBhg Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Selain itu, YBhg Pn Nafisah Ahmad juga menyampaikan amanat kepada pengamal media sosial termasuk penulis-penulis blog seperti kita agar sentiasa menggunakan bahasa yang betul dalam penulisan. Adalah menjadi tanggungjawab memperkasakan bahasa kebangsaan bermula dengan penulisan kita sendiri kerana bahasa itu melambangkan bangsa.

Puisi Melayu Tradisional Sebagai Wadah Memperkasa Bangsa Dan Bahasa Kebangsaan


Acara yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada 1 tengah hari. Ia berlangsung dalam suasana yang penuh meriah dengan pelbagai pengisian ilmu yang bermanfaat. Saya kongsikan beberapa gambar sewaktu Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional berlangsung buat tatapan maya.

Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Tetamu yang hadir di auditorium Perpustakaan Negara Malaysia
Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Persembahan pembukaan Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
YBhg Datuk Aripin Said, Tokoh Puisi Tradisional
Ucapan oleh YBhg Datuk Aripin Said, Tokoh Puisi Tradisional
Zaiton Hussin, Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Sesi Apresiasi Puisi oleh Pn Zaiton Hussin dari Dewan Bahasa Dan Pustaka
Datuk Aripin Said, Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Persembahan Lagu Rakyat oleh YBhg Datuk Aripin Said
Persembahan teater puisi oleh pelajar Universiti Sains Malaysia dalam program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Persembahan teater dan puisi oleh pelajar Universiti Sains Malaysia
Azmeer, Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Persembahan nyanyian oleh komposer Azmeer
Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Persembahan puisi bertaranum dan bacaan Al-Quran sebelum acara berakhir
Datuk Aripin Said, Tokoh Puisi Tradisional, Apresiasi Puisi Melayu Tradisionak, Khir Khalid
Mengabadikan gambar bersama YBhg Datuk Aripin Said,
Tokoh Puisi Tradisional

Intervensi Sokongan Parol WPKL Dalam Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional


Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional ini menjadi tapak sokongan kepada ODP dan PKW dibawah penyeliaan Parol WPKL untuk merangsang minat, bakat serta mempelajari nilai-nilai murni yang boleh dicungkil melalui puisi Melayu tradisional ini. Selaras dengan hasrat mengintegrasi mereka ke dalam masyarakat, program ini membantu menyuntik kesedaran yang mendorong mereka ke arah kehidupan yang baik melalui aktiviti dalam komuniti yang positif.  

Parol Kuala Lumpur, Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Bersama Parol WPKL sewaktu majlis berakhir
Parol Kuala Lumpur, Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Sesi doa Parol WPKL sebagai penutup intervensi Apresiasi Puisi Melayu Tradisional

Ia secara tidak langsung juga memberi pendedahan baharu kepada mereka tentang informasi prasarana serta kemudahan yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Ia sesungguhnya menjadi satu pengalaman berharga yang dapat dijadikan sebagai panduan demi kebaikan mereka serta keluarga ke arah kehidupan masyarakat yang sejahtera, in shaa Allah.

Disertakan rakaman lagu yang disampaikan komposer terkenal tanahair, Azmeer sewaktu Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional. Ia berkisar tentang nilai-nilai kemanusiaan inspirasi dari pengalaman sebenar yang menjelaskan keadaan Hiroshima selepas dibom. Jom saksikan…


Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


COMMENTS

BLOGGER: 51
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Program Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
Puisi, apresiasi puisi, program apresiasi puisi, apresiasi puisi melayu tradisional, Perpustakaan Negara Malaysia, PNM, puisi di perpustakaan, intervensi puisi
http://4.bp.blogspot.com/-pJiDYGaws5I/VGlFsy1SgHI/AAAAAAAAIVg/lWOLlI2Hfsc/s1600/10610535_946133628734595_5225983934611316172_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-pJiDYGaws5I/VGlFsy1SgHI/AAAAAAAAIVg/lWOLlI2Hfsc/s72-c/10610535_946133628734595_5225983934611316172_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/program-apresiasi-puisi-melayu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/program-apresiasi-puisi-melayu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy