Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara

Sambutan Hari Penjara Parol Kuala Lumpur, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia

Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara – Tarikh 5 dan 6 November 2014, merupakan tarikh Sambutan Hari Penjara, Jabatan Penjara Malaysia yang ke 224. Sebelum berkongsi intipati acara yang telah berlangsung, pada artikel kali ini KK terlebih dahulu ingin berkongsi pengisian aktiviti riadah kekeluargaan Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) pada petang Khamis (6/11/2014). Ia telah diadakan di Pusat Bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju dan merupakan acara penutup Sambutan Hari Penjara bahagian Parol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  

Aktiviti Parol WPKL di Bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju

Aktiviti Riadah Parol WPKL Sempena Hari Penjara


Kenangan Sambutan Hari Penjara tahun-tahun sebelumnya masih segar dalam ingatan… sungguh pantas masa berlalu. Pernah KK abadikan di blog ini sambutan yang berlangsung 2013, di Dataran Pahlawan, Melaka dan boleh dibaca di sini >>> Kenangan Sambutan Hari Penjara ke-206

Pada tahun ini pula, KK berpeluang meraikan sambutan bersama-sama seluruh keluarga Parol WPKL dalam suasana sederhana namun penuh dengan pengisian ilmu. Pelbagai aktiviti pengisian ilmiah telah diadakan sepanjang 2 hari ia berlangsung. Bagi aktiviti riadah bowling ini, ia disertai anggota dan kakitangan termasuk sukarelawan yang terdiri dari motivator-motivator sosial, usahawan dan majikan yang membentuk sebagai kumpulan sokongan keluarga besar Parol WPKL dalam segmen pemutihan dan kitar semula modal insan di wilayah Kuala Lumpur ini.

Gambar-Gambar Aktiviti Riadah Bowling Parol WPKL


KK bersyukur kerana berpeluang mengabadikan beberapa gambar bersama ahli keluarga Parol WPKL di blog ini sebagai kenangan sempena menyambut Hari Penjara Malaysia pada tahun ini.

Aktiviti Parol WPKL di Bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju
Parol Kuala Lumpur, Khir Khalid
Parol Kuala Lumpur, Khir Khalid, Ijamala MN
Parol Kuala Lumpur

Selain acara santai bowling, pengisian aktiviti riadah diserikan juga dengan penyampaian sijil penghargaan model insan kepada majikan dan motivator sebagai menghargai usaha dan inisiatif yang disumbangkan. Ia disampaikan sendiri oleh PP Saidun Othman selaku Pengarah Parol WPKL selepas selesai aktiviti bowling seterusnya mengakhiri majlis Sambutan Hari Penjara Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.   

Parol WPKL
Parol WPKL
Parol WPKL
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Kuala Lumpur

Penjara, Parol Dan Pemutihan Kitar Semula Modal Insan


Aktiviti yang bermula jam 3 petang ini berakhir sekitar jam 6 dengan penuh kemesraan. Kesempatan di sini, ingin juga KK perjelaskan berdasarkan pertanyaan di ruang komen pada beberapa artikel sebelum ini. KK juga merupakan salah seorang motivator sosial yang terlibat dalam melaksanakan amanah sebagai kumpulan sokongan Parol WPKL. Kisah berkaitan juga pernah KK nukilkan dahulu di sini >>> Motivasi... Sebagai Satu Platform Kejayaan

Justeru, sebagai blogger yang sweet, yang berteraskan 'Lifestyle Blog On Social Awareness', adalah menjadi tanggungjawab bagi KK berkongsi usaha yang telah dilaksanakan secara telus kepada masyarakat. Nampak menghiburkan namun penuh dengan tanggungjawab dan cabaran. Apa yang penting, mudah-mudahan dengan kefahaman pembaca sebagai anggota masyarakat juga dapat membantu membuka ruang sokongan kepada segmen insan yang diberi peluang kedua untuk memanfaatkannya ke arah yang positif dan diberkati… aamiin.

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia, Khir Khalid

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutama jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


Salam Hormat

Khir Khalid  

      

COMMENTS

BLOGGER: 29
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara
Riadah Parol WPKL Sempena Sambutan Hari Penjara
Sambutan Hari Penjara Parol Kuala Lumpur, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia
http://3.bp.blogspot.com/-43hQ8K00YVs/VFx3uiulBpI/AAAAAAAAILI/GQ90WjpI3G8/s1600/P_20141106_160239.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-43hQ8K00YVs/VFx3uiulBpI/AAAAAAAAILI/GQ90WjpI3G8/s72-c/P_20141106_160239.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/riadah-parol-wpkl-sempena-sambutan-hari.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/riadah-parol-wpkl-sempena-sambutan-hari.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy