Senario Sukan Skateboard Remaja Malaysia

Skateboard dan remaja Malaysia,

Skateboard di Malaysia

Senario Sukan Skateboard Remaja Malaysia - Sebelum ini, saya pernah menulis sebuah artikel tentang Kelab Skateboard Malaysia yang telah menemukan saya kepada pengkaji perkembangan sukan skateboard dan isu sosial remaja di Malaysia. Melalui mesej di Fb page, saya diminta berkongsi pandangan (review) mengenai senario sukan papan selaju (Skateboard) oleh saudara Shahrul Hisham untuk tujuan pengkajian sosial. Justeru, saya perjelaskan serba sedikit pandangan berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian yang ada untuk perkongsian bersama.   

Shahrul Hisham

Perkembangan Skateboard Di Malaysia


Pengaruh skateboard di Malaysia memperlihatkan kebanyakkan remaja memilih sukan ekstrem ini disebabkan aktiviti yang mencabar dan mempunyai ‘style’ serta identiti tersendiri. Ia mendapat tempat di hati kebanyakkan remaja melalui daya tarikan rakan sebaya. Ia adalah fenomena dalam kehidupan sosial kebanyakkan remaja.

Kepada sesiapa yang memerhati ‘scene’ skateboard di Malaysia pasti mengetahui bahawa penghujung tahun 90an merupakan era kegemilangannya. Kehadiran acara sukan ekstrem terbesar di Asia (X-Games) ketika itu menghangatkan lagi arena sukan skateboard di negara kita. Ia telah melahirkan ramai bakat-bakat muda ketika itu yang mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Nama-nama seperti Boy PJ, Joe Ipoh, Pa’din, Am Cheras, Kecik Ampang, Fuad dan ramai lagi menjadi ikon dikalangan remaja, sekaligus mengangkat Malaysia sebagai negara bakat remaja sukan lasak di mata dunia.

Senario skateboard di Malaysia

Tahun 2006 adalah tahun terakhir Malaysia menganjurkan X-Games dan sedikit sebanyak menenggelamkan tarikan sukan ini. Maka lebih ramai remaja dilihat terdorong merancakkan lagi aktiviti-aktiviti negatif seperti merempit, gangserisme, hedonisme dan melepak yang belum pernah berlaku dalam senario skateboard. Kebanyakkan remaja juga mula memandang sukan skateboard seperti kebudak-budakkan seterusnya melupakan sumbangan besar yang telah dibuktikan untuk manfaat remaja dan negara.

Potensi Sukan Skateboard Dalam Motivasi Jiwa Remaja


Penghujung 2011, menyaksikan penerimaan semula sukan Skateboard dikalangan belia hasil daripada pengaruh media sosial dan trend dunia. Sepertimana obsesnya sesetengah ibu bapa terhadap bola sepak, begitulah juga kebanyakkan remaja terhadap sukan ini.

Kini telah lahir ramai usahawan tempatan yang berdaya kreatif dari kalangan skateboarder dengan produk-produk berkualiti. Penjenamaan produk tempatan yang diinspirasikan dari sukan skateboard seperti Sibling Skateboard, Hellbent Clothing, Glam Wheel, Thieves, Laksamana, The G Hard dan pelbagai lagi mula tersebar di pasaran antarabangsa. Malaysia berpotensi sebagai pengeluar peralatan berkaitan skateboard setanding dengan kualiti jenama antarabangsa seperti Vans, Converse, Quicksilver, Reef dan yang setaraf dengannya.

Produk skateboard keluaran Malaysia
Skateboard dan seni graffiti
Kredit : Sibling Skateboard Company

Skateboard Antara Gejala Sosial, Kesukanan, Kreativiti, Perisai Keyakinan Diri Dan Keusahawanan


Tidak dinafikan persepsi atau stigma masyarakat memandang sukan skateboard sebagai gejala sosial tanpa sebarang fakta yang jelas. Skateboard adalah cabang sukan lasak bertaraf dunia, namun disebabkan kurangnya sokongan, prasarana dan bimbingan menjadikan sukan ini mati di kaki-kaki lima. Tanpa pengisian sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab, ia boleh menjadi barah sosial kepada belia dan remaja negara.

Skateboard banyak menyumbang kepada pembentukan perisai keyakinan diri remaja, merangsang kreativiti, menaikkan ekonomi dan martabat negara selaras dengan peredaran trend global? Pencapaian skateboarder Malaysia dalam Asian X-Games serta berkembangnya produk skateboard yang menyumbang pendapatan ekonomi negara telah membuka mata kerajaan untuk memandang serius senario sukan skateboard remaja Malaysia. Hasilnya, telah banyak ‘skatepark’ dibina dan sehingga kini Malaysia merupakan negara yang memiliki banyak skatepark di dunia.     

Semoga artikel ini memberi penjelasan yang dapat membantu untuk pembangunan transformasi sosio-remaja serta kebaikan masyarakat seluruhnya, in shaa Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Senario Sukan Skateboard Remaja Malaysia
Senario Sukan Skateboard Remaja Malaysia
Skateboard dan remaja Malaysia,
https://4.bp.blogspot.com/-pA1L6Bj6b6g/VGr0PExGhNI/AAAAAAAAIXo/Tlz4F5Ahik8/s1600/IMG_0034edt11-14.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-pA1L6Bj6b6g/VGr0PExGhNI/AAAAAAAAIXo/Tlz4F5Ahik8/s72-c/IMG_0034edt11-14.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/11/senario-sukan-skateboard-remaja-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/11/senario-sukan-skateboard-remaja-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy