Anugerah Sri Wirama Datuk Ramli Sarip

Anugerah Sri Wirama 2014 Datuk Ramli Sarip, Anugerah Industri Muzik 2014 AIM 2014, Lagenda Rock Asia, Ramli Sarip

Nama Ramli Sarip pastinya meninggalkan secebis memori terutama buat mereka yang membesar di era kegemilangannya. Anugerah Industri Musik (AIM21) 2014 telah menyaksikan penganugerahan Anugerah Sri Wirama 2014 kepada ‘Papa Rock’ atas jasanya dalam menyemarakkan kegemilangan industri muzik tanah air.

Datuk Ramli Sarip

Penghormatan Buat Datuk Ramli Sarip


Sebagai salah seorang peminat Ramli Sarip sejak di sekolah rendah lagi, anugerah Sri Wirama AIM 2014 ini merupakan satu penghormatan yang selayaknya buat beliau. Ia secara tidak langsung menjadi pencetus kepada industri muzik tanah air untuk terus memartabatkan muzik ‘rock’ berunsur ketimuran serta memperkenalkan bakat emas kepada generasi muda masa kini.

Kebanyakkan lagu nyanyian Ramli Sarip membawa mesej ketuhanan, kejiwaan dan kehidupan insan. Ia disampaikan melalui rentak ‘rock’ yang bertenaga tetapi tidak pernah melampaui batas. Halus meresapi jiwa… menerbitkan rasa keinsafan, kagum dengan kekuasaan dan kemuliaan Yang Maha Pencipta serta menyuntik kekuatan dalam membina identiti diri. Itulah tanggapan saya terhadap ekspresi insan kelahiran Singapura ini.

Ramli Sarip Dan Nostalgia Kehidupan


Masih saya ingat lagi waktu pertama kali mendengar lagu ‘Aku Menulis Bukan Kerna Nama’ pada tahun 1986. Ketika irama rock masih dikira baharu untuk dicerna oleh kebanyakkan orang. Sewaktu Search menawan hati peminat dengan album ‘Langit Dan Bumi', ketika itulah nyanyian Ramli Sarip memikat hati dan menusuk jiwa, meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

Datuk Ramli Sarip, Popfest 2012

Pada awalnya, saya tidak langsung mengetahui tentang Sweet Charity sehingga mengenali Ramli Sarip. Sungguh menostalgiakan apabila mengingati kembali tentang ‘buku lagu’ yang menjadi kegemaran kebanyakkan budak sekolah ketika itu. Lirik-lirik Ramli Sarip dan Sweet Charity antara yang memenuhi coretan di buku lagu... Waktu-waktu yang pasti dikenang selamanya.

Bila usia meningkat dewasa, Ramli Sarip juga merupakan pencetus untuk mempelajari gitar. Menjadikan Ramli Sarip sebagai salah seorang idola dalam menanam cita-cita menjadi ahli muzik. Cuma, saya kurang mendapat galakan keluarga untuk menjadikan muzik sebagai bidang kerjaya. Namun, gitar dan muzik tetap menjadi minat sebagai sumber inspirasi.

Popfest 2014, Khir Khalid bersama Ramli Sarip

Ramli Sarip... Lagenda Rock Asia


Kini setelah 28 tahun sejak mula mengenali nama Ramli Sarip, penerampilan imej ‘rocker solo’ beliau terus tertanam dalam minda ini dengan kelas dan gaya tersendiri. Bagi KK, ‘Papa Rock’ bukan sekadar nama, tetapi merupakan lagenda rock Asia.

Justeru saya abadikan coretan anugerah Sri Wirama Datuk Ramli Sarip di blog ini sebagai penghormatan atas segala nostalgia irama dan lagu yang banyak mewarnai coretan perjalanan hidup saya dalam dunia yang fana ini.

Salute Papa Rock!

COMMENTS

BLOGGER: 40
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Anugerah Sri Wirama Datuk Ramli Sarip
Anugerah Sri Wirama Datuk Ramli Sarip
Anugerah Sri Wirama 2014 Datuk Ramli Sarip, Anugerah Industri Muzik 2014 AIM 2014, Lagenda Rock Asia, Ramli Sarip
http://2.bp.blogspot.com/-cVqLdnuxOUs/VIVcO-G-DYI/AAAAAAAAIi8/evtQEJcTnIE/s1600/2972.jpeg
http://2.bp.blogspot.com/-cVqLdnuxOUs/VIVcO-G-DYI/AAAAAAAAIi8/evtQEJcTnIE/s72-c/2972.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/anugerah-sri-wirama-datuk-ramli-sarip.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/anugerah-sri-wirama-datuk-ramli-sarip.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy