ATS Dadah Sintetik Generasi Kini

Amphetamine Type Stimulants, ATS, dadah sintetik, syabu, ice baby, batu, kaca, dadah generasi kini, sejarah dadah sintetik, formula dadah

ATS Dadah Sintetik Generasi Kini – Dadah dikategorikan kepada beberapa jenis yang setiapnya membawa kemudaratan jika disalahgunakan. Bermula penghujung 90an, penggunaan dadah sintetik ATS mula merebak dikalangan remaja dan belia menggantikan jenis dadah terdahulu seperti ganja, morfin dan heroin yang dianggap tidak lagi ‘trendy’ dan ‘stylo’.

Amphetamine Type Stimulants - ATS


Amphetamine Type Stimulants - Dadah sintetik ATS
ATS bermaksud Amphetamine-Type-Stimulants adalah kategori dadah jenis perangsang (stimulants). Ephidrine merupakan kandungan utama ATS yang diperolehi melalui proses kimia dari tumbuh-tumbuhan yang tergolong dibawah genus Ephedra. Ia dicipta untuk tujuan perubatan dan merupakan bahan terkawal di Malaysia.

Kini ATS merupakan dadah gantian (sintetik) yang paling banyak disalahgunakan. Ecstacy dan Syabu (ice) merupakan ATS paling popular untuk tujuan berhibur. Ia boleh didapati dalam bentuk pil untuk dikesip atau ditelan termasuk serbuk atau partikel kecil untuk dihidu atau suntikan.

Ia diadun bersama bahan-bahan lain bagi memberikan kepuasan maksima dalam berhibur, menjadi lebih agresif, mengurangkan kemurungan dan menambahkan keberanian serta keyakinan diri. Terkandung didalamnya bahan tambahan berasaskan kimia racun tikus, cecair peluntur dan lampu kaca florescent. Maka tidak hairanlah jika ada berlaku kematian hasil penyalahgunaan dadah sintetik ATS ini yang pada mulanya diambil sebagai hiburan.

Sejarah Penyalahgunaan Dadah Sintetik ATS


ATS mula diperkenalkan sekitar tahun 1932 untuk perawatan asthma melalui piawaian pembuatan yang ketat. Oleh kerana ia berupaya memberikan kelegaan stress, tenaga dan kesan berjaga yang lebih panjang, ATS digunakan secara meluas sewaktu perang dunia kedua.

Terdapat juga dakwaan bahawa ATS digunakan secara meluas oleh tentera Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler. Salah satu punca kekalahan Jerman ketika perang dunia ke 2 juga disebabkan keputusan bekalan ATS yang berjaya diputuskan oleh pihak inteligen tentera berikat. Namun KK belum lagi menjumpai fakta bertulis tentang kesasihan kenyataan tersebut.

Syabu, Ice baby
a.k.a Syabu / Ice / Ice baby

Apa yang pasti, formula dadah sintetik ATS mula disalahgunakan secara berleluasa sejak perang dunia kedua. Kini ia diubahsuai untuk tujuan bersalahan yang lebih membahayakan serta memudaratkan. Penyalahgunaan ATS memberi kesan kepada system saraf pusat membuatkan seseorang itu tidak teragak-agak bertindak diluar batas manusia normal serta berpotensi melakukan jenayah seperti bergaduh, meragut, merogol dan membunuh.

Pendapat ATS Bukan Kategori Dadah


Berdasarkan pengalaman, terdapat sebahagian remaja yang menganggap ATS bukan sejenis dadah. Lebih memburukkan apabila seminar pencegahan dadah yang diadakan tidak berkesan kerana penjelasan yang disampaikan tidak melalui norma bahasa golongan yang disasarkan.

Ecstacy
Ecstacy a.k.a butterfly
Sebagai contoh… Dadah adalah sebutan ‘skema’ yang diketahui bahayanya, namun nama-nama yang biasa menjadi sebutan seperti ice baby, sweet, butterfly dan sebagainya tidak menggambarkan ianya setaraf seperti heroin, morfin dan pelbagai nama saintifik lain sebagai dadah. Melalui pengaruh rakan sebaya, ada remaja yang berani mengatakan… ice tak macam dadah.. stim ice macam mabuk beer jer… mana ada ketagih macam dadah… tak caya cuba laa…

Dunia sudah berubah… Pengaruh negatif rakan sebaya dikalangan remaja akan lebih berpengaruh jika kita tidak peka tentang perubahan yang berlaku dalam gaya hidup sosial masa kini. ATS dadah sintetik generasi kini yang mampu memburukkan masa depan negara. Pemahaman dan kesedaran perlu bermula dari keluarga dan masyarakat sendiri bagi mencegah ia dari terus berleluasa.

Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati…. Menjadi peringatan buat diri saya juga…


COMMENTS

BLOGGER: 41
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: ATS Dadah Sintetik Generasi Kini
ATS Dadah Sintetik Generasi Kini
Amphetamine Type Stimulants, ATS, dadah sintetik, syabu, ice baby, batu, kaca, dadah generasi kini, sejarah dadah sintetik, formula dadah
http://3.bp.blogspot.com/-ldIjpmYL_G4/VH5mekHvd8I/AAAAAAAAIgU/f3Z4_bTUaps/s1600/finished-craft.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-ldIjpmYL_G4/VH5mekHvd8I/AAAAAAAAIgU/f3Z4_bTUaps/s72-c/finished-craft.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/ats-dadah-sintetik-generasi-kini.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/ats-dadah-sintetik-generasi-kini.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy