Ekspresi Tinta Dunia Siber 2015

Ekspresi tinta dunia siber 2015, Cabaran, azam dan harapan berblogging tahun 2015

Dunia semakin tua… Ketibaan tahun baru 2015 meninggalkan coretan suka duka tahun 2014 dalam lipatan memori. Tahun 2014 memaparkan banyak segmen kedukaan yang meninggalkan kesan mendalam buat kita dan negara. Banyak tragedi masih belum terungkai, malah bencana banjir yang berlaku juga diheret ke tahun 2015. Justeru adalah tidak wajar bagi kita menyambut ketibaan tahun baru 2015 ini dengan kemeriahan acara seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya.

Ekspresi tinta siber 2015

Perspektif Dunia Siber 2015


Cabaran serta dugaan tidak mengenal sempadan masa. Tahun 2015 juga dijangka sebagai tahun yang akan kita tempuh dengan pelbagai cabaran. Bukan sekadar tragedi dan bencana yang berlaku, malah dalam segmen kehidupan seharian juga dilihat memerlukan itizam serta keazaman kita untuk terus ‘survive’. Sebagai manusia biasa sememangnya kita tidak lari dari cabaran kehidupan, begitu juga dengan diri ini tidak terkecuali.

Menyentuh perspektif dunia siber… Tiada yang dapat menafikan potensi media sosial yang semakin berkembang maju di seluruh dunia. Media sosial sebenarnya menjadi medan perantaraan maklumat paling efisyen dan berpengaruh dalam pembentukan masyarakat. Tambahan lagi, ia menjadi semakin subur apabila ada masyarakat yang menganggap sebahagian maklumat yang disampaikan melalui media massa adakalanya tidak telus dan terlalu banyak ‘cover line’…

Secara peribadi saya juga adakalanya lebih gemar memilih maklumat media sosial yang kebiasaannya bersifat ‘first hand’ dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Namun dalam perspektif dunia masa kini, kita perlu bijak menilai sama ada media sosial mahupun media massa sebelum mempercayai input yang disampaikan. Kita mempunyai pilihan dan perlu memilih berdasarkan kebijaksanaan sendiri. Itulah realiti dunia tanpa sempadan yang semakin hari semakin berkembang menjadikan dunia semakin mengecil.

Potensi Blog Dalam Penguasaan Informasi 2015


Bagi saya, laman blog merupakan teras segala media sosial yang ada di muka bumi ini. Keistimewaan blog membolehkan pentadbirnya mengutarakan pandangan tersendiri yang mampu tersebar ke seluruh dunia serta kekal untuk tempoh waktu yang lama di enjin carian. Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak saya belajar tentang potensi laman blog serta peranannya dalam penguasaan informasi.

Sayyid Qutb

Blog bukan sekadar menulis semata-mata. Mempelajari bahasa siber seperti HTML dalam merangka kekuatan blog demi mengoptimasikan enjin carian (SEO) agar artikel dapat tersenarai pada posisi carian (SERP) yang lebih baik merupakan satu teknik yang perlu sentiasa dipelajari secara berterusan. Penguasaan ‘keyword’ juga amat penting… ‘Content is king’…  termasuk beberapa elemen-elemen lain yang tidak kurang pentingnya dan pastinya tidak boleh dipelajari semalaman.

Demi meningkatkan keupayaan blog dan nilai komersil ‘hartanah’ atau ‘goodwill’nya, ada yang menggunakan khidmat professional, ada yang menuntut dari mereka yang berkelayakan serta tidak kurang juga yang belajar berdasarkan ‘try and error’ berpandukan rujukan pakar-pakar di alam siber. Perkara utama adalah untuk meningkatkan kekuatan SEO dan SERP bagi mendapatkan ribuan dan jutaan kunjungan pembaca setiap hari melalui enjin carian.

Melalui penguasaan ilmu tersebut, tidak hairanlah ada kalanya artikel blog peribadi pun dapat mengatasi kedudukan SERP blog-blog organisasi mahu pun kerajaan. Itulah potensi blog yang menjadi cabaran berblogging... ada kalanya menyeronokkan dan menjadi inspirasi untuk terus berblogging, namun adakalanya boleh buat stress juga... Apatah lagi bila artikel diplagiat oleh pencuri lanun-lanun 'copy paste'. Kalau tak untung takkanlah 'copy paste'.. sanggup makan hasil haram... 

Cabaran Berblogging Dalam Tahun 2015


Apa pun, segala yang saya faham tentang berblogging ini tidak akan dapat diperolehi tanpa hasil perkongsian ilmu dan ukhwah sahabat-sahabat blogger yang dihormati. Walaupun belum mampu memahami sepenuhnya, saya sedar tentang kepentingan elemen-elemen tersebut untuk menjadi blogger yang berdaya saing dan berwawasan. Ia juga merupakan inspirasi untuk menyahut cabaran berblogging dalam tahun 2015 ini.

Ekspresi Tahun Baru Dunia Siber 2015… Tahun baru dengan harapan yang baru. Idea serta semangat untuk berblogging agar dapat berkongsi kebaikan. Banyak pengalaman yang diperolehi namun masih banyak ranjau yang perlu ditempuhi dan dipelajari. Semoga sentiasa dipermudahkan segalanya buat kita semua di tahun 2015 ini… aamiin.

Berblogging ibarat menulis
Ini namanya pensel kontot... tiada kena mengena dengan entri ini.. :D

Terima kasih kepada sahabat blogger dan pembaca yang sentiasa sudi bertandang. Tanpa anda semua, harapan dan semangat berblogging pastinya sukar untuk direalisasikan… Terima kasih sekali lagi.. :)


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 



COMMENTS

BLOGGER: 51
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ekspresi Tinta Dunia Siber 2015
Ekspresi Tinta Dunia Siber 2015
Ekspresi tinta dunia siber 2015, Cabaran, azam dan harapan berblogging tahun 2015
http://1.bp.blogspot.com/--651DeecVgo/VKOwkplP63I/AAAAAAAAI1A/n_wFO6KmK_8/s1600/10614249_974889922525632_3306256253122740866_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/--651DeecVgo/VKOwkplP63I/AAAAAAAAI1A/n_wFO6KmK_8/s72-c/10614249_974889922525632_3306256253122740866_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/ekspresi-tinta-dunia-siber-2015.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/ekspresi-tinta-dunia-siber-2015.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy