Hikmah Syukur Dari Aspek Sosio-Kehidupan

syukur, hikmah syukur, syukur dari aspek sosial, kebaikan bersyukur, kunci kehidupan sejahtera, menghilangkan tekanan,

Hikmah Syukur Dari Aspek Sosio-Kehidupan – Sebagai umat Islam kita patut bersyukur atas segala kurniaan Allah swt. Syukur juga mengajar kita erti keikhlasan dan keredhaan. Kesyukuran itu sebenarnya bersifat universal yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan setiap insan demi memperolehi kehidupan yang lebih sempurna. Secara tidak langsung ia juga membuktikan kebenaran seruan syukur yang diterapkan dalam ajaran Islam.

Hikmah Syukur

Kebaikan Bersyukur Dari Aspek  Sosial 


Alhamdulillah, seorang rakan saya dalam bidang akademik telah membantu menjelaskan perkara ini dari perspektif sosial. Beliau yang bukan beragama Islam telah mengetengahkan beberapa fakta rujukan pengkaji sosial Barat berkenaan kebaikan bersyukur dari aspek sosial kehidupan.

Falsafah dan teori sains sosial Barat telah lama membentangkan kebenaran tentang nikmat bersyukur. Memetik nota catatan ahli falsafah Jerman yang bernama Albert Schweitzer menjelaskan bahawa “Syukur adalah rahsia kehidupan. Ia adalah vaksin, antitoksin dan antiseptik”. Bagi saya, kata-kata tersebut memang ada kebenarannya. Kehidupan kita dari aspek kerohanian juga fizikal pasti tidak akan sia-sia jika kita sentiasa mengenali erti kesyukuran.

Sekiranya berpeluang, saya bercadang untuk mencari pelbagai rujukan lain tentang hikmah syukur dari aspek perubatan untuk menjelaskan fakta sebagai ‘vaksin, antitoksin dan antiseptik' untuk pengetahuan bersama, in shaa Allah.

Syukur Adalah Kunci Kehidupan Sejahtera


Merujuk kajian sains sosial yang dilakukan lebih sedekad lalu oleh ahli psikologi bernama Alex Wood pula yang dicatatkan dalam Journal Of Research In Personality terbitan 2008 menyatakan bahawa syukur mampu menghilangkan tekanan dan kemurungan dalam kehidupan manusia.

Syukur menerbitkan aura dan emosi positif. Semakin banyak kita cungkil perasaan syukur dalam diri, maka semakin banyak manfaat yang akan kita perolehi dalam kehidupan ini. Ia berupaya menerbitkan perasaan fokus, redha dan menghapuskan perasaan negatif seperti ragu-ragu, tidak puas hati, iri hati, geram, kecewa, kesal yang menghancurkan nikmat dan matlamat kehidupan.

Sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaan Allah

Cara Mudah Menerbitkan Rasa Syukur Dalam Kehidupan


Saya kongsikan cara mudah menerbitkan rasa syukur dalam diri kita. Ia disarankan oleh pakar psikologi sosial antarabangsa Dr. Robert A. Emmons yang menjadi rahsia terapi untuk kebanyakkan tokoh-tokoh dan personaliti berjaya di dunia ini.

Perkara utama perlu kita lihat setiap hari adalah perkara yang baik dalam apa jua kejadian yang berlaku walaupun berhadapan dugaan yang menghampakan. Kita catat sekurang-kurangnya 1 perkara setiap hari. Setiap minggu kita ‘review’ kembali kebaikan atau kejayaan yang pernah kita kecapi. Kita pasti akan bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan lebih fokus untuk melalui hari-hari dengan lebih yakin dan tenang.

Saya berpendapat adalah tidak bersalahan mencontohi perkara baik tersebut. Cuma sebagai Muslim, setiap kebaikan yang kita catat dan bentangkan untuk diri kita itu sebaiknya disertakan dengan sujud syukur kepada Allah swt atas nikmat kurniaNya. In shaa Allah, dengan mengenal erti kesyukuran, ia juga mewujudkan semangat baru untuk terus berusaha memperbaiki kehidupan dari segenap aspek sebagai menghargai nilai-nillai kesyukuran.

"Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, 
yang kamu hendak dustakan"
Surah Ar Rahman (55:13)

Mudah-mudahan kita sentiasa dijauhkan dari perasaan riak dan tetap bersyukur atas segala limpah kurniaan Illahi demi beroleh keberkatan di dunia dan akhirat… aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hikmah Syukur Dari Aspek Sosio-Kehidupan
Hikmah Syukur Dari Aspek Sosio-Kehidupan
syukur, hikmah syukur, syukur dari aspek sosial, kebaikan bersyukur, kunci kehidupan sejahtera, menghilangkan tekanan,
https://4.bp.blogspot.com/-kM8BU3UwimY/VImrp31SASI/AAAAAAAAIkI/UHoHqOBoZ9I/s1600/alhamdulillah.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-kM8BU3UwimY/VImrp31SASI/AAAAAAAAIkI/UHoHqOBoZ9I/s72-c/alhamdulillah.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/hikmah-syukur-dari-aspek-sosial.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/hikmah-syukur-dari-aspek-sosial.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy