Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL

Program Intervensi parol, Parol Kuala Lumpur, Hari Keluarga Parol Kuala Lumpur, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Tasik Titiwangsa, Hari keluarga Parol KL

Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL – Pada Selasa (23/12/2014), telah diadakan program Intervensi Hari Keluarga Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL). Ia telah berlangsung sekitar jam 9 pagi bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Parol Kuala Lumpur, Parol KL

Matlamat Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL


Matlamat utama program Intervensi Hari Keluarga ini dilaksanakan bertujuan memberi motivasi dan kesedaran yang berterusan kepada OrangDiparol (ODP) dibawah penyeliaan Parol WPKL agar sentiasa bermotivasi demi meneruskan kehidupan dengan sebaiknya. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama diantara kakitangan dan anggota Parol WPKL bersama-sama ahli keluarga sebagai kumpulan sokongan secara strategik dalam suasana komuniti yang positif.

Program Intervensi ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang menarik dan menceriakan. Antara pengisian yang diadakan merangkumi sukaneka untuk kanak-kanak dan ahli keluarga termasuk aktiviti ‘treasure hunt’ yang mencabar namun menghiburkan. Intervensi Hari Keluarga Parol Kuala Lumpur ini juga merupakan program terakhir bagi tahun 2014 buat semua warga Parol WPKL yang terlibat.

Gambar-Gambar Sekitar Intervensi Hari Keluarga Parol


Suasana pagi yang pada mulanya hujan akhirnya teduh sebelum acara dimulakan. Syukur juga disebabkan hujan, cuaca pagi tidak panas dan sangat sesuai dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti intervensi kekeluargaan ini.  

Program intervensi Parol di Tasik Titiwangsa
Sesi pendaftaran kepada semua yang hadir
Sukaneka Parol KL
Suasana sebelum acara kanak-kanak dimulakan
Sukaneka kanak-kanak Parol KL
Acara mencari gula-gula dalam tepung
Acara sukaneka Parol KL
Acara masukkan air dalam botol menggunakan span
Acara masuk air dalam botol, Parol KL
Tekun dan fokus.. :)

Acara kanak-kanak dimeriahkan dengan aktiviti santai pertandingan mencari gula-gula dalam tepung. Setiap peserta dikehendaki meniup tepung untuk mengambil gula-gula yang ada dengan menggunakan mulut. Acara kanak-kanak diteruskan dengan pertandingan memasukkan air ke dalam botol menggunakan span dan meniup belon sampai pecah. Acara berpasangan keluarga juga turut diadakan diikuti dengan pertandingan mencari harta karun (treasure hunt) secara berkumpulan.

Meniup Belon, Parol KL
Acara tiup belon sampai pecah
Parol WPKL, Parol Kuala Lumpur
Gambar kenangan kanak-kanak
Baling belon berisi air, Parol KL
Acara berpasangan baling belon berisi air
Taman Tasik Titiwangsa
Suasana sebelum 'treasure hunt' bermula
Treasure hunt Parol KL
Berbincang mencari 'klu' untuk harta karun.. 

Program Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL ini diakhiri dengan ucapan ringkas yang oleh Pengarah Parol WPKL, PP Saidun Othman, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada semua ahli keluarga yang hadir. Acara berakhir sekitar jam 1 tengah hari dengan meriah dan penuh pengisian ukhwah silaturrahim.

PP Saidun Othman, Parol WPKL
Ucapan ringkas oleh Pengarah Parol WPKL
KIP Zamri Hassan, Parol WPKL
Penyampaian cenderahati oleh Timbalan Pengarah Parol WPKL kepada yang hadir
KIP Zamri Hassan, Parol KL

Intervensi Kekeluargaan Untuk Manfaat Komuniti



Adalah menjadi harapan agar segala usaha yang dilaksanakan mendapat faedah yang baik bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, malah kepada seluruh komuniti dan masyarakat umumnya… aamiin.

Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Kuala Lumpur

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya 
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini
Salam Hormat
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL
Intervensi Hari Keluarga Parol WPKL
Program Intervensi parol, Parol Kuala Lumpur, Hari Keluarga Parol Kuala Lumpur, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur, Tasik Titiwangsa, Hari keluarga Parol KL
http://4.bp.blogspot.com/-6C19q77W6YE/VKDTW0lzalI/AAAAAAAAIyY/J2gtLHq7mn4/s1600/P_20141223_101758.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-6C19q77W6YE/VKDTW0lzalI/AAAAAAAAIyY/J2gtLHq7mn4/s72-c/P_20141223_101758.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/intervensi-hari-keluarga-parol-wpkl.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/intervensi-hari-keluarga-parol-wpkl.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy