Isu Negara Islam Iraq Dan Syria - ISIS

IS, Negara Islam IS, negara islam iraq syria, ISIS, pengasas is, islamic state of iraq and syria, Bicara eksekutif jawi, isu isis

Isu Negara Islam Iraq Dan Syria - Islamic States of Iraq and Syria (ISIS) merupakan isu keganasan global masa kini. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi turut menerima percikan bara ISIS ini. Maklumat tepat perlu disampaikan dengan jelas agar masyarakat dapat memahami kedudukan kita dalam kemelut peperangan yang berlaku.

Isu Negara Islam IS

Bicara Eksekutif Negara Islam Iraq Dan Syria (IS)


Pada Selasa (16/12/2014), saya berpeluang bersama Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) menghadiri program Bicara Eksekutif JAWI anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang membicarakan tentang Isu Negara Islam Iraq Dan Syria - ISIS. Ia berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Program Bicara Eksekutif ini juga merupakan salah satu program intervensi Parol WPKL dengan sokongan JAWI. 

Pendirian Malaysia Dalam Isu Negara Islam (IS)


Seminar yang bermula jam 8 pagi mengupas isu ISIS secara ilmiah. saya hadir sedikit terlewat. Ketika itu YBhg En Hamizan Hashim dari Bahagian Keselamatan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri sedang menyampaikan maklumat tentang perkembangan ISIS.

Antara intipati yang disampaikan adalah pendirian kerajaan Malaysia terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak menyokong segala aktiviti militan dan terorisme Negara Islam (Kumpulan IS) ini. Beliau turut menjelaskan kenyataan menteri-menteri luar ASEAN yang melahirkan kebimbangan serta komitmen kepada perlaksanaan ASEAN Convention on Counter Terrorism and the ASEAN Comprehensif Part of Action on Counter Terrorism. Selain itu, profil Abu Bakar Al-Baghdadi selaku pengasas IS juga turut diperkenalkan.

YBhg En Hamizan Hashim, Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria


Program Bicara Eksekutif JAWI diteruskan dengan perkongsian pendapat oleh YBhg Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Antarabangsa Dan Strategik Universiti Malaya. Antara yang disampaikan menjelaskan bahawa kuasa Barat sebenarnya semakin hilang punca dan tiada isu untuk menyatukan rakyatnya. Justeru, mereka perlu mencari musuh dan perpecahan bangsa Arab dengan sumber kekayaan minyaknya menjadi medan terbaik menguji kecanggihan senjata dan ketenteraan mereka demi mengukuhkan kepentingan politik, perpaduan bangsa dan kuasa ekonomi Barat.

Berdasarkan pengkajian, beliau menyimpulkan kemungkinan bahawa Kumpulan IS ini pada mulanya mendapat tajaan serta rangsangan Barat seperti mana yang telah terjadi kepada Osama Laden, Al Qaeda, Hesbollah dan juga Taliban. Apabila kumpulan IS ini berjaya mengukuhkan pengaruh hingga diluar kawalan dan mengancam kuasa Barat, mereka mula memeranginya atas nama keganasan global sebelum 'senjata makan tuan'.

Prof. Dato' Mohamad Abu Bakar, Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria


Prof. Dato Mohamad Abu Bakar juga tidak menafikan keikhlasan Kumpulan IS dalam perjuangan mereka, namun kita di sini perlu melihat isu ini dari perspektif yang lebih luas. Kumpulan IS tanpa mereka sendiri sedari telah terjerat dalam satu percaturan konspirasi ciptaan kuasa Barat itu sendiri sebagai asbab untuk mereka merealisasikan agenda menguasai Tanah Arab dan dunia dengan teknik yang cukup halus.  

Maka kita sebagai negara kerdil yang menerima tempias tekanan juga kesedihan serta pelbagai lagi perasaan perlu menangani kemelut ini secara ‘damage control’ melalui pendekatan bijak dan cerdik. Peranan kita amat penting demi memelihara imej masyarakat Islam disamping menjaga kestabilan, keharmonian dan keamanan negara di rantau Asia Tenggara ini. Seminar berakhir sekitar jam 12 tengah hari dengan input minda yang mengesankan jiwa. 

Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria
Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria

Kuasa Barat, Negara Islam (IS) Dan Keganasan Global



Semoga pengisian dalam program Bicara Eksekutif JAWI ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada jemaah yang hadir tentang isu Negara Islam Iraq dan Syria - ISIS dalam kemelut keganasan global. Sebagai mukmin, bersamalah kita berdoa agar dikurniakan jalan penyelesaian terbaik demi keamanan dan kesejahteraan. Mudah-mudahan bersama-sama kita semua beroleh perlindungan Allah swt di dunia dan akhirat… aamiin.

Bicara Eksekutif JAWI, Isu Negara Islam Iraq dan Syria

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya 
jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh di rujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


COMMENTS

BLOGGER: 61
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Isu Negara Islam Iraq Dan Syria - ISIS
Isu Negara Islam Iraq Dan Syria - ISIS
IS, Negara Islam IS, negara islam iraq syria, ISIS, pengasas is, islamic state of iraq and syria, Bicara eksekutif jawi, isu isis
http://2.bp.blogspot.com/-CeQgRc4gn-c/VJM9tCdK1_I/AAAAAAAAIoc/xLlOHpAV7m0/s1600/10868249_965909413423683_643903446488733940_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-CeQgRc4gn-c/VJM9tCdK1_I/AAAAAAAAIoc/xLlOHpAV7m0/s72-c/10868249_965909413423683_643903446488733940_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/isu-negara-islam-iraq-dan-syria-isis.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/isu-negara-islam-iraq-dan-syria-isis.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy