Malaysia Bebas Dadah 2015

Dadah, Malaysia Bebas Dadah, Dadah di Malaysia, Masalah Dadah, Pemulihan dadah, Pencegahan dadah

Malaysia Bebas Dadah 2015 – Baru-baru ini kebanyakkan aktivis sosial dan individu yang terlibat dalam pencegahan dan pemulihan dadah mula memperkatakan tentang matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015 yang diketengahkan satu masa dahulu. Ada sebahagian mengatakan ia hanya retorik dan tidak kurang juga yang mengemukakan penghujahan tentang perlaksanaan. Justeru, KK terpanggil untuk mengutarakan pendapat berdasarkan pandangan sendiri.


Matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015


Cadangan Malaysia Bebas Dadah 2015 adalah satu persetujuan yang dicapai oleh semua pemimpin ASEAN yang dibentuk dengan strategi yang disepakati bersama. Namun secara jujur, KK berpendapat ia adalah matlamat yang amat sukar untuk dicapai. Apatah lagi penggunaan dadah hari ini bukan sekadar dari jenis tradisional seperti ganja, heroin, dan sebagainya malah lebih tertumpu kepada penggunaan dadah sintetik jenis ampethamine.

Walaupun KK bukan penagih atau bekas penagih dadah, namun berdasarkan pengalaman, ada sesuatu yang KK dapat rumuskan. Ada diantara mereka yang KK hormati kerana berjaya keluar dari dunia penagihan dan menjadi masyarakat yang berjaya… berkeluarga dan berkerjaya. Ia bukan sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan niat, sokongan dan bimbingan sewajarnya. Namun ramai yang masih terkapai-kapai jatuh dan bangun berulang kali… Majoriti besar membabitkan belia dan remaja Melayu Islam.

Statistik dadah mengikut bangsa 2012
Statistik penyalahgunaan dadah mengikut bangsa di Malaysia 2012 (AADK)
Jumlah penagih dadah mengikut status

Mencegah Dan Merawat Dalam Konteks Malaysia Bebas Dadah


Masalah penagihan dadah bukan satu masalah baru. Berdasarkan statistik ia sudah menunjukkan angka serius sejak lebih 20 tahun yang lalu. Ini dibuktikan apabila KK sendiri pernah berbual dengan penagih dan bekas penagih yang mengakui menagih dadah selama lebih 30 tahun. Pernah juga berjumpa dengan penagih yang keluar masuk penjara lebih dari 11 kali disebabkan dadah.

Masalah berkaitan penyalahgunaan dadah tidak semudahnya diatasi apatah lagi dihapuskan. Begitu juga KK berpendapat matlamat Malaysia Bebas Dadah 2015 sukar dicapai. Walaupun penguatkuasaan dijalankan, ia sememangnya sukar kerana dunia secara keseluruhannya pun tidak pernah bebas daripada masalah dadah. Namun ia boleh dikurangkan hingga ketahap yang minimal dengan kesedaran sosial bermula dari institusi kekeluargaan, gaya hidup belia dan masyarakat seluruhnya.

Punca penyakahgunaan dadah

Keperihatinan Masyarakat Terhadap Dadah Dalam Didikan Kekeluargaan


Melalui pemerhatian juga boleh KK katakan keseluruhan masyarakat negara ini kurang berminat memberikan penumpuan kepada permasalahan dadah untuk dijadikan didikan ‘parenting’ dalam kekeluargaan. Apa yang KK lihat, mereka yang memberi tumpuan dan pendedahan seperti itu kebiasaannya adalah golongan yang mempunyai saudara dan anak yang sudah terlibat dengan dadah. Ibarat kata pepatah… “sudah terhantuk baru tergadah”… wallahualam

Sebagai peringatan buat diri sendiri juga, keseluruhan masyarakat terutama ibu bapa sepatutnya lebih prihatin mencari informasi untuk ditanamkan dalam minda yang tersayang dengan kreativiti tersendiri untuk mereka jadikan perisai agar tidak terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah. Jadikan ia sebagai modul pembelajaran dalam keluarga bersama didikan agama dan sosio budaya yang lain. Ibu bapa adalah guru yang terbaik.

Malaysia Bebas Dadah 2015… cakap memang mudah… Mari kita lakukan bersama... mulakan dengan diri kita sendiri untuk mereka yang tersayang…


Salam Hormat

Khir Khalid  


COMMENTS

BLOGGER: 34
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Malaysia Bebas Dadah 2015
Malaysia Bebas Dadah 2015
Dadah, Malaysia Bebas Dadah, Dadah di Malaysia, Masalah Dadah, Pemulihan dadah, Pencegahan dadah
http://2.bp.blogspot.com/-N22zvubYFHM/VIKGNlLn60I/AAAAAAAAIiM/Ww0zJYVN9E8/s1600/tridadah.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-N22zvubYFHM/VIKGNlLn60I/AAAAAAAAIiM/Ww0zJYVN9E8/s72-c/tridadah.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/malaysia-bebas-dadah-2015.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/malaysia-bebas-dadah-2015.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy