Nilai Sosio Budaya Yang Hilang

Nilai murni sosio budaya yang mula hilang dalam masyarakat kita

Nilai Sosio Budaya Yang Hilang – Jika diperkenankan Allah swt, Wawasan 2020 akan memartabatkan Malaysia sebagai sebuah sebuah negara maju setaraf dengan negara-negara lain yang telah mencapai status maju. Kemajuan fizikal menjadi bukti arus pembangunan sedang giat dilaksanakan. Cuma tanpa sedar, kita mula kehilangan nilai murni sosio budaya roh ketimuran dalam percaturan kemajuan demi mencapai kejayaan wawasan.

Kemajuan fizikal tanpa nilai sosio ekonomi yang murni

Sosio Budaya Dalam Arus Pembangunan


Tiada yang bersalahan dengan mengejar kemajuan kerana ia ditakrif sebagai satu kejayaan. Hatta dalam ajaran Islam juga ada diterapkan kewajipan kita semua untuk mengejar kejayaan. Namun dalam mengejar kejayaan, kebanyakkan kita mengorbankan nilai sosio budaya yang menjadi teras kehidupan.

Apakah dengan adanya bangunan-bangunan pencakar langit di kota-kota besar memberi erti kejayaan jika nilai sosio budaya tidak diperkasakan? Tanpa pemerkasaan sosio budaya, kita hanya akan mengulangi sejarah yang pernah dilalui oleh negara maju lain seperti Amerika Syarikat, Eropah termasuk negara Asia seperti Jepun tidak terkecuali.

Kemajuan Sosio Budaya dan Sosio Ekonomi


Berdasarkan pemerhatian KK sendiri, ternyata ramai yang melihat kemajuan dari aspek sosio ekonomi walaupun jurang kaya dan miskin semakin melebar. Persaingan sosio ekonomi kehidupan disebabkan arus pembangunan membuatkan kita alpa tentang sosio budaya seperti budi bahasa dan pekerti amalan nenek moyang yang sepatutnya diwarisi.

Cuba kita renungkan kehidupan sekarang. Melalui kemajuan teknologi, yang jauh telah didekatkan tetapi malangnya yang dekat dengan kita umpama kabur hilang dari pandangan mata hati. Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan kejiranan. Sifat hormat saling mengingati  diganti dengan sikap ‘mind your own business’… Tuntutan berpesan-pesan kepada kebaikan menjadi satu bebanan yang boleh menjadi penyebab perpecahan, hasad dengki dan iri hati.

Teknologi kadang kala menjauhkan yang dekat

Kemajuan Sosio Ekonomi Akan Hancur Tanpa Nilai Murni Sosio Budaya


Banyak lagi nilai sosio budaya kita yang semakin hilang. Semakin hari digantikan dengan budaya ‘sempoi’ acuan idealisme popularis dan kapitalis. Sayangnya, kita berbangga dengan kemajuan dan kejayaan fizikal didikan mereka itu. Malah ada yang menganggap nilai murni sosio budaya warisan bangsa dan tuntutan agama sebagai kolot, konservatif dan kekampungan.

Apalah erti kemajuan sosio ekonomi tanpa sosio budaya yang mulia. Sejarah membuktikan banyak tamadun yang hancur kerana berdiri dengan kemajuan fizikal semata-mata. Selain menjadi tanggungjawab pihak berwajib, para saintis sosial, ahli-ahli budayawan, warga pendidik dan sebagainya, ia juga menjadi peringatan kita memperkasakannya dengan suntikan kreatif sesuai dengan arus zaman. Mudah-mudahan nilai-nilai murni sosio budaya warisan kita tidak akan lenyap dalam arus pembangunan dan kemajuan… in shaa Allah…

Salam Hormat
Khir Khalid 

COMMENTS

BLOGGER: 47
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Nilai Sosio Budaya Yang Hilang
Nilai Sosio Budaya Yang Hilang
Nilai murni sosio budaya yang mula hilang dalam masyarakat kita
http://2.bp.blogspot.com/-aMHolecZEBA/VI2d134m4RI/AAAAAAAAInM/tu8hfU_guz0/s1600/3679373.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-aMHolecZEBA/VI2d134m4RI/AAAAAAAAInM/tu8hfU_guz0/s72-c/3679373.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/nilai-sosio-budaya-yang-hilang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/nilai-sosio-budaya-yang-hilang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy