Pelancaran 1600 Pandas MY

Majlis pelancaran siri jelajah 1600 Pandas di Malaysia, 1600 Pandas MY

Pelancaran 1600 Pandas MY – Pada pagi hari minggu (21/12/2014), KK berpeluang menghadiri majlis pelancaran '1600 Pandas MY' atas tawaran rakan blogger Bro Framestone yang berlangsung di Dataran Mereka, Kuala Lumpur. Ia merupakan kempen ‘Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas’ yang menjadikan Malaysia sebagai hentian ketiga di Asia selepas Hong Kong dan Taiwan. Terdapat 1600 ikonik panda berasaskan kertas (papier-mache) dalam majlis pelancaran kempen 1600 Pandas MY yang meriah ini. Siri jelajah 1600 Panda di Malaysia pula akan memulakan perjalanan ke lebih 15 lokasi di seluruh negara bermula 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015. 

1600 Panda My

Mesej 1600 Pandas MY


Siri penjelajahan 1600 Pandas MY ini bertujuan mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat dalam menyokong inisiatif kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar melalui pendekatan kreatif dan artistik.

Secara jujur, KK baharu mengetahui bahawa angka 1600 itu adalah jumlah panda yang masih wujud di dunia. Ini bermaksud bahawa panda merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Oleh itu, mesej tersebut perlu disebarkan kepada masyarakat di seluruh dunia.  

Selaras dengan tema ‘Mencetus Budaya Pemulihan Yang Kreatif’, siri jelajah dunia 1600 Panda di Malaysia merupakan satu platform menyebarkan mesej kesedaran tentang panda serta hubungkaitnya dalam pemuliharaan ekosistem semulajadi demi kebaikan kita dan generasi akan datang.

Suasana Majlis Pelancaran Kempen 1600 Pandas MY


1600 Panda My

Beberapa gambar yang dirakam sekitar majlis pelancaran kempen 1600 Pandas MY KK kongsikan buat tatapan maya. Sempat juga berselfie dengan rakan-rakan blogger bersama selebriti Zulkifli Bujang pengacara Selamat Pagi Malaysia (RTM1), yang turut hadir memeriahkan majlis. 

Bersama Bro Framestone, Sunshine Kelly dan Zulkifli Bujang

Majlis pelancaran 1600 Pandas MY ini telah dirasmikan oleh Mr Paulo Grangeon yang merupakan seorang artis arca dan pencipta '1600 Pandas'. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Bapa 1600 Panda’.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Madam Ma Jia, Menteri Konsulat Republik of China disertakan dengan persembahan-persembahan yang menarik perhatian semua yang hadir.

1600 Pandas
1600 Pandas My
1600 Pandas My
1600 Pandas My
1600 Pandas My
1600 Pandas My, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Siri jelajah 1600 Panda di Malaysia ini ditaja oleh MBI International sebagai penaja utama beserta Publika dan XOX Mobile dalam menyokong segala usaha pemuliharaan yang dilakukan oleh ‘World Wildlife Fund’ (WWF – Malaysia).

1600 Pandas My, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
1600 Pandas My, Dataran Merdeka
Jelajah 1600 Pandas di Malaysia
Jelajah 1600 Panda di Malaysia

Menyokong Usaha Pemuliharaan Alam Sekitar Melalui Kempen '1600 Pandas' Di Malaysia


Kempen Siri Jelajah Dunia 1600 Panda di Malaysia akan membuat penampilan di beberapa lokasi termasuk:

Dataran Putrajaya
Batu Caves, Selangor
Tasik Taiping, Perak
Bangunan Stadhuys, Melaka
Tugu Negara, Kuala Lumpur
Cheong Fatt Tze Mansion, Pulau Pinang

Acara kemuncak 1600 Pandas MY akan berlangsung di Publika dari 13 – 25 Januari 2015. Orang ramai berpeluang bertemu panda dengan lebih dekat. Ia merupakan satu-satunya peluang bergambar dan meluangkan masa bersama panda di Malaysia.

1600 Panda di Malaysia #1600pandasMY

1600 Panda ini boleh dimiliki dengan cara ‘adoption’ melalui online dengan harga RM150.00 setiap unit. Kepada yang berminat, ‘adoption’ akan dibuka kepada umum bermula 12 Januari 2015. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Rasmi 1600 Pandas MY melalui banner di bawah ini.

1600 Pandas MY

Salam Hormat
Khir Khalid    

COMMENTS

BLOGGER: 56
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pelancaran 1600 Pandas MY
Pelancaran 1600 Pandas MY
Majlis pelancaran siri jelajah 1600 Pandas di Malaysia, 1600 Pandas MY
http://2.bp.blogspot.com/-pyzqAoFFxKQ/VJgnXINOuJI/AAAAAAAAIuE/VhzpbcBgi_c/s1600/10849813_968043253210299_6793805045027023029_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-pyzqAoFFxKQ/VJgnXINOuJI/AAAAAAAAIuE/VhzpbcBgi_c/s72-c/10849813_968043253210299_6793805045027023029_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/pelancaran-1600-pandas-my.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/pelancaran-1600-pandas-my.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy