Pesawat Air Asia Indonesia Hilang

Pesawat Air Asia Indonesia hilang, pesawat Air Asia QZ8501, Airbus A320-200 nombor pendaftaran PK-AXC, Pesawat hilang

Air Asia Indonesia QZ8501 Airbus A320-200

Pesawat Air Asia Indonesia Hilang – Pagi hari minggu (28/12/2014), kita sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat. Kali ini, pesawat Air Asia Indonesia QZ 8501 jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC pula dilaporkan telah terputus hubungan dengan menara kawalan sekitar 45 minit selepas berlepas dari Surabaya menuju ke Singapura.

Maklumat Kehilangan Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501


Kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 dalam usia 2014 yang berbaki 3 hari lagi ini juga memberi kejutan tatkala situasi banjir yang melanda negara masih lagi menguji ketabahan mangsa-mangsa yang terlibat.  Apatah lagi, misteri kehilangan pesawat MH370 dan tragedi yang menimpa pesawat MH17 masih belum terungkai.

Berdasarkan berita semasa yang KK perolehi, pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 ini didaftarkan dibawah syarikat penerbangan Air Asia Indonesia. Ia berlepas pada jam 5:20 pagi dari Surabaya dan dijangkakan tiba ke Singapura pada jam 8:30 pagi Ahad.

Pesawat Air Asia Indonesia ini membawa 162 penumpang seramai 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan 1 bayi. Petugas pesawat pula terdiri daripada 2 kapten dan 5 anak kapal. Keseluruhan penumpang termasuk anak kapal berdasarkan warganegara pula terdiri daripada 1 Malaysia, 1 Singapura, 1 Perancis, 3 Korea Selatan  dan 156 Indonesia – Sumber : FB Air Asia – (28/12/2014 - 1:55pm)

Doa Kita buat Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501


Tiada apa yang dapat kita lakukan sebagai insan biasa selain berdoa agar pesawat Air Asia Indonesia yang hilang ini dapat segera ditemukan. Apa yang sebenarnya berlaku hanya Allah jua yang mengetahui… wallahu a’lam..

Mudah-mudahan tiada juga berlaku sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya hingga memburukkan situasi khususnya buat rantau Asia Tenggara. Sebagai pengamal media sosial, marilah bersama kita semua sentiasa menjaga etika dan tanggungjawab kita untuk kebaikan bersama.

Salam Hormat
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 45
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pesawat Air Asia Indonesia Hilang
Pesawat Air Asia Indonesia Hilang
Pesawat Air Asia Indonesia hilang, pesawat Air Asia QZ8501, Airbus A320-200 nombor pendaftaran PK-AXC, Pesawat hilang
http://2.bp.blogspot.com/-5TcNMsVrAtQ/VJ-rkdtz5aI/AAAAAAAAIyE/JpLhjsd5axY/s1600/airasia.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-5TcNMsVrAtQ/VJ-rkdtz5aI/AAAAAAAAIyE/JpLhjsd5axY/s72-c/airasia.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/pesawat-air-asia-indonesia-hilang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/pesawat-air-asia-indonesia-hilang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy